" Masuk sekarang."

" Apa? " soal Hwayoung pelik. Tetiba Jimin mengarah. Dah datang balik dah kuasa veto dia tu.

" Masuk dalam bilik. "

" Suka hati sayalah nak masuk dalam ke duduk luar. Ini bilik saya kan? "

Pening kepala. Sakit hati pun ada. Jimin ni sesuka hati nak mengarah.

" Kalau awak tak masuk saya pergi dekat tempat awak berdiri sekarang ni."

Hwayoung tergelak sinis.

" Really ? Awak nak terjun dalam air untuk sampai kat sini ke? Jangan merepeklah."

" Ya saya akan terjun. Baik awak masuk sekarang sebelum saya pergi sana." arah Jimin beri amaran.

Dia bukan apa, kalau si Taehyung bangun tidur atau lelaki lain dekat sini nampak Hwayoung keadaan begitu boleh mengugat iman. Susah sangat ke nak dengar cakap?

Hwayoung masih berpeluk tubuh. Sambil buat-buat tak dengar. Mustahil lah Jimin nak terjun kat sini. Setahu aku kedalaman air kat sini pun agak dalam jugak. Tapi bila tengok balik wajah lelaki itu sepertinya dia tidak bergurau.

Hwayoung nampak Jimin dengan shirtless berseluar pendek sedang mula mara ke hujung sana.

Dan ya dia dah terjun pun ke dalam air!

Oh tuhan. Dia tak bergurau rupanya!

" J-jimin ! Awak dah gila ke? ! "

Aku terjerit dan semakin mengundur ke arah belakang sehinggakan belakang badan aku terlanggar pintu slidding door.

Jimin berenang dengan laju. Seolah dia memang pandai berenang. Dan akhirnya tak sampai berapa minit pun dia dah sampai di dihadapan bilik Hwayoung. Lelaki itu mula naik keatas dan berjalan mara untuk dapatkan aku.

Cepat-cepat aku masuk kedalam bilik dan tutup terus pintu slidding door itu. Kunci.

Jimin semakin menghampiri. Yang memisahkan aku dengan dia sekarang ini  adalah pintu slidding door. Mujurlah ada pintu.
Kalau tidak, aku dah kena terkam dengan dia agaknya.

'Gila ke?! '

Bibir aku bergerak tanpa mengeluarkan suara akibat tidak mahu mengejutkan Irene yang masih lagi lena tidur di atas katil.

Jimin pula aku lihat seluruh tubuhnya sudah basah kuyup, air menitik jatuh daripada rambutnya. Bibirnya tidak henti mengukirkan senyuman.

Tapi yang memeranjatkan aku adalah Jimin terus mendekatkan mukanya di kaca sliding door itu lalu bibirnya melekat di kaca itu. Seolah mahu mencium aku.

Tapi sayang, yang dia cium ialah pintu bukannya bibir aku.

Aku pula sudah tergaman kerana terkejut. Muka aku pada waktu itu agak dekat juga di pintu sliding itu.

Jari Jimin mula menyentuh permukaan pintu dan mengusap perlahan. Lalu bibirnya aku lihat sedang bergerak.

'Sa-rang-hae.'

Walaupun tidak dapat mendengar, tapi aku tahu apa yang dia bicarakan. Hati aku mula dihimpit satu perasaan. Rindu.

" Hwayoung.. Kau buat apa tu? "

Suara mamai Irene tiba-tiba menjengah. Aku tersedar lalu terus menarik langsir untuk tutup semula.

Cepat-cepat aku pusing menghadap Irene. Dia pada ketika itu sedang mengosok matanya sambil duduk bersila. Tanda baru sahaja bangun.

" Ehh..kau dah bangun? "

" kenapa kau tutup langsir? Gelaplah. Buka baliklah."

" Eh tak payah lah. Mata aku jadi silau ada cahaya matahari masuk."

Irene hanya diam. Dia masih dengan mood tidurnya mula bangun lalu perlahan-lahan mendekati aku.

Saat tangannya ingin menyentuh langsir, cepat-cepat aku halang dia.

" Kenapa? Aku nak tengok view waktu pagi dekat sinilah. Tadi kau boleh je tengok." soal dia pelik.

" Irene jom keluar. Kita breakfast. Kau bersiap dulu ehh." aku terus menolak tubuh dua dari berdiri dekat disitu.

Bahaya kalau dia tengok ada lelaki sedang shirtless dekat situ. Suami aku pula tu. Eh, tahu pula aku risau perempuan lain tengok body suami aku.

Sebab sayang? Hmm mungkin.






Our Mistake🍂
Bersambung. 

Terima kasih kpd yang masih membaca dan like story ni. Sampai saya tak sedar story ni dah cecah 7k🎈

Terima kasih dan saya sayang
awak semua❤


Tunggu saya update next week ya

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें