Siap peluk-peluk bagai. Pelik.

"Eomma kamu ada?"

"Ada. Ahjumma masuk lah dulu. Tae pergi panggil eomma kejap."

Mrs.Park tersenyum manis lalu tangan Chorong terus ditarik untuk mengikuti nya masuk ke dalam.

Sementara Taehyung sibuk mencari eomma nya, Chorong mengambil kesempatan untuk menyoal siasat Mrs. Park.

"Eomma, nugu???"

"Anak chingu lama eomma."

"Jinjja?no wonder lah baik sangat dengan eomma."

Bayang Taehyung yang sedang menuruni tangga menarik perhatian Chorong.

"Namja ni keluar daripada rahim mak dia ke buku komik?" bisik Chorong pelan.

"Handsome nya..."

Taehyung yang perasan akan dirinya khusyuk ditatap oleh Chorong hanya buat bodoh.

'Budak tak matang'

Punggung mula dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan Mrs. Park.

"Ahjumma, kejap lagi eomma turun."

Kepala dianggukkan lalu senyuman dilontar kan.

"Tae kerja apa sekarang?" soal Mrs. Park.

"Professor dekat Daegu College. Tapi kan Tae dah pindah kat Seoul so start esok Tae kerja dekat Seoul International University lah pulak."

Chorong dah tak senang duduk. Nak je dia senyum macam kerang busuk sekarang ni.

'Seoul International University...uni akuuu. Destiny'

"Jinjja? Kiranya nanti Tae jadi lecturer pada Chorong lah? Sebab Chorong ambil course faculty of humanity."

Pandangan Taehyung alihkan pada Chorong.

"Umur dah berapa? Lagi berapa tahun belajar?"

"Erm. 23. Tahun ni last."

Taehyung mengangguk faham lalu kembali berborak dengan Mrs. Park sehinggalah Mrs. Kim, iaitu eomma kepada Taehyung muncul.

Chorong yang berasa dirinya seperti halimunan mula berasa bosan.

Phone di tangan ditatap.

"Eomma. Chorong balik dulu boleh? Oppa panggil." tipu Chorong.

Sengaja nak bagi alasan.

"Taehyung, tolong pergi temankan Chorong tu."

Chorong yang terdengar arahan Mrs. Kim pada Taehyung membulatkan matanya.

"Tak payah laa ahjumma. Rumah dekat sebelah je pun. Hehe"

"Takpe, lagipun dah gelap ni. Rumah dekat tak bermakna selamat."

Chorong tersengih kekok.

'Dah tak boleh nak reject lah ni? T^T'

"Kajja."

Chorong turut berdiri setelah Taehyung mengajak nya keluar.

Dalam perjalanan Taehyung menemani Chorong, hanya ada bunyi kereta yang lalu lalang je.

Takde sepatah perkataan yang keluar dari mulut mereka sehinggalah...

"Prof Kim single?"

Taehyung terus berpaling menatap Chorong.

"Prof Kim??"

Chorong mengangguk kan kepalanya.

"Eo. Nanti kan Prof mengajar dekat uni saya. So I have to call you Prof lah kan?"

"Uh huh. Erm, up to you."

"Prof tak jawab pun soalan saya.."

"Mwo..?"

"Prof single?"

Soalan tadi ditanya kembali. Taehyung mula berasa kekok.

"Um. Well, yea."

"Waeyo?"

"Wae?tak boleh ke kalau saya single?"

Soalan dibalas dengan soalan.

Chorong menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Prof, prof ni dah lah hensem. Segak. Tampan. Bergaya. Tak nak kahwin ke?"

Taehyung terkilan dengan soalan gadis disebelahnya. Eh, kenal pun tak sampai sehari, kau dah tanya pasal kahwin.

"Jodoh belum sampai."

"Kalau saya tawar diri untuk jadi jodoh Prof boleh? Baju kita dah matching. CUNNNN"

Sekali lagi, Taehyung terkilan.

Eh budak ni dah berubah 360 degree. Tadi kat rumah bukan main senyap. Sekarang???

Betul lah orang cakap, don't judge the book by its cover.

"Ehem."

Taehyung buat-buat batuk.

"Erm, awak masuk lah. Dah gelap ni."

Kata Taehyung, cuba untuk mengubah topik.

"Eo? Arrasseo. Annyeong, Prof"

Membulat mata Taehyung ketika Chorong mengenyit kan mata kepada nya.

Sebaik sahaja Chorong masuk, Taehyung terus memegang dadanya.

Nafas dilepaskan.

"Cantik tapi gila."

-TBC-

YEYYY TAEHYUNG DAH MUNCUL

Saranghae, Prof Kim! حيث تعيش القصص. اكتشف الآن