Aku mahu menghubungi Arianna. Cepat-cepat! Tapi, aku masih belum sihat sepenuhnya! Jadi aku terpaksa akur. Wan pula, sentiasa memantau. Siap tidur di rumah aku lagi. Adeh!

Hari ini, aku masuk semula ke pejabat seperti biasa. Tapi, tetap juga hajatku terbantut.

Aku memang sudah terfikir dari semalam. Pagi-pagi, sebaik sampai aku akan menghubungi Arianna  terlebih dahulu. Tapi...

Ah, harap Arianna tidak bersedih. Tidak terlalu risaukan aku. Lagipun, aku sendiri masih kabur tentang perasaan dia. Jadi, boleh jadi juga dia tidak kisah.

Kemudian, aku terus ke meja kerjaku. Tapi, belum sempat punggungku mencecah kerusi, Zaida sudah meluru masuk.

Tanpa diminta, Zaida sudah memaklumkan kepadaku kerja-kerja yang tertangguh dan juga kerja yang perlu aku dahulukan.

Dengan itu, niat aku untuk menghubungi Arianna menggunakan telefon pejabat juga, terus terhalang.

Ermm, tak mengapalah. Sekejap lagi, aku akan menghubunginya. Harapnya, Arianna masih mampu menungguku, sekiranya dia memang sedang menunggu aku di sana.

Bermula saat itu, aku terus tenggelam dengan segala kerja yang perlu aku selesaikan.

Maka, ingatan tentang Arianna terus bersembunyi. Memberi ruang untukku menyiapkan setiap bebanan kerja ini.

Aku akan siapkan segala kerja secepat mungkin. Aku mahu melunaskan rindu yang mendera dalam sanubari ini.

***

Arianna

PAGI ini aku kembali dengan rutin bersarapan di pangkin. Sejak Mak Ngah mengikut Abang Azri, aku dan acik juga lebih selesa makan sendiri.

Setiap pagi, aku akan bekalkan sarapan untuk acik. Atas permintaan dia juga. Lidahnya sudah biasa dengan masakan aku katanya.

Mengada-ngada!

Tapi, pagi ini suasana kembali meriah. Tapi, Nadia tidak membenarkan aku memasak. Katanya, sepanjang beberapa hari dia ada di sini... biar dia sahaja yang melakukan semua kerja di rumah.

Manjakan aku sangat!

Nadia menyediakan bihun goreng untuk sarapan pada pagi ini. Semasa kami keluar ke pangkin, acik juga turut sama. Tetapi, yang peliknya acik hanya berpakaian biasa.

"Acik tak kerja?"soalku. Acik geleng kepala sambil tersengih.

"Kau cuti kenapa?" soal Nadia pula.

"Biarlah. Kau je boleh nak cuti. Acik pun nak cuti juga," jawab acik selamba. Kemudian acik alih pandangan, memandangku.

"Acik memang dah apply cuti. Ingat nak teman Yana hari ni. Tak sangka pula budak ni pun cuti juga!" Aku senyum.

Terharu!

"Dah dekat seminggu Mak Ngah tak ada, kau tak nak pula cuti awal-awal. Masa aku cuti juga kau nak cuti!" Nadia menampar bahu acik. Acik pula membalas dengan menarik rambut Nadia.

Aku geleng kelapa.

"Kau fikir, acik tahu pula kau cuti hari ni." Mereka saling berbalas pukulan.

Aku cuma tersenyum senang. Meriah!
Tapi, kalau dibiarkan ni... mahu sampai ke petang asyik berkelahi.

"Ha, sudah-sudah. Jangan nak bergaduh macam budak tadika. Ni, nak makan ke tak?" Bihun goreng yang sudah kucedok aku suakan kepada mereka.

"Siapa masak, ni?" soal acik setelah  sesuap bihun goreng masuk ke dalam mulut.

"Akulah, sedap kan?" jawab Nadia teruja.

"Patutlah, lain rasa dia. Rupanya, budak sengal ni yang masak." Nadia tampar lagi bahu acik. Acik cuma tersengih sahaja.

"Kejap lagi kita bawa Yana keluar, eh? Kau tahu, Yana ni satu barang baby pun dia tak beli lagi." Terbuntang mata Nadia.


Dia pandang aku meminta kepastian. Aku hanya tersenyum manja.

"Kau biar betul. Dah sarat macam ni, tak stand by apa-apa lagi?" Aku kembungkan pipi.

"Bukan aku tak nak beli. Tapi... mana ada masa," kataku perlahan membela diri.

"Okey, hari ni kita bawa Yana ye, acik. Kesian anak Cik Nad, tak ada baju lagi."

Aku senyum hambar.

Aku mahu Fahri. Aku mahu membeli semuanya bersama Fahri. Tapi, tahu itu semu mustahil!

Kenyataan itu, sangat perit. Tapi, aku harus menelan dan menempuh.

Kesian baby, tak pernah jumpa ayah dia. Aku usap perutku perlahan.

Sekarang, ayah entah ke mana.

Ibu rindu ayah.  

Rindu sangat!


Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now