BAB ISTIMEWA: PUASA

Start from the beginning
                                    

"Wah, bestnya! Saya ikut!" kata Amira, riang.

"Hmm... Bolehlah. Kita puasa sama-sama ya," kata Ilman Faiz tersenyum.

"Baiklah," balas Cikgu Wan mengangguk.

⭐⭐⭐

Malam itu pukul 10 malam, pelajar 5F berkumpul di luar kelas 5F. Danial Nabil muncul.

"Kenapa kamu semua kumpul dekat sini? Dah malam ni," kata Danial Nabil kehairanan.

"Kami nak puasa dengan Cikgu Wan esok," balas Amira.

"Jangan risau, Cikgu Danial. Kami dah minta kebenaran dari mak ayah nak menginap dekat sini," kata Siti Zulaikha.

"Cikgu Danial join la sekali dengan kami," pelawa Immanuel yang turut serta.

"Ermm... Yelah. Untuk keselamatan kamu semua, cikgu sertai," kata Danial Nabil, setuju.

"Bagus!"

Tidak jauh dari situ, Iskandar berjalan ke kelas bersama Alif Najmi. Farah Yasmine turut mengekori mereka berdua.

"Cantik juga bintang malam ni ya," kata Farah Yasmine melihat bintang di langit.

"Hmm..." Iskandar melihat bintang-bintang di angkasa.

"Fikir apa tu?" celah Alif Najmi memandang Iskandar.

"Ni first time, kita tidur satu kelas bersama."

"Samalah kita. Kita semua pun macam tu."

"Hei, Alif. Kandar. Mari tolong pasang khemah," panggil Ilman Faiz.

"Ya," balas Iskandar.

"Kenapa nak pasang khemah pula?" soal Farah Yasmine kehairanan.

"Laki akan tidur di dalam khemah. Perempuan tidur dalam kelas dengan Cikgu Neraka," pesan Danial Nabil.

Syamil dan Raviendra tertawa kecil mendengar kata-kata Danial Nabil.

"Cikgu Danial pun sebut neraka juga," kata Raviendra cuba menahan tawa.

"Dasar neraka," kata Syamil menahan tawanya.

"Apa yang kelakar?" celah Danial Nabil menegur.

"Tak ada apa," kata Syamil dan Raviendra memandang Danial Nabil dengan wajah tahan ketawa lalu kembali memasang khemah.

Niratcha muncul tidak lama kemudian. Dia mendekati Danial Nabil dengan wajah marah.

"Berani kau tinggalkan aku dalam hutan sorang-sorang! Dah la gelap dalam tu!" marah Niratcha.

Danial Nabil memandang Niratcha dengan wajah dingin. "Kata tak takut. Aku tinggalkan kau je la."

Jantan tak guna! Desis hati Niratcha, geram.

Ilman Faiz berdiri lalu mengesat peluh pada dahi. "Okey, khemah dah siap."

"Bagus. Sekarang, kita ada 12 pelajar lelaki dan empat khemah. Jadi, satu khemah hanya muat tiga orang," terang Danial Nabil.

Iskandar melihat Alif Najmi dan Zulhilmi bersamanya, seperti dijangka akan menjadi satu kumpulan. Pelajar perempuan pula berarak masuk ke dalam kelas bersama Niratcha.

Meja kerusi semua disusun ke tepi. Kain besar dihampar ke lantai. Bantal pula dicampak.

"Cikgu Neraka sambunglah cerita hari tu," kata Amira, ceria.

"Cerita apa?" kata Niratcha kehairanan.

"Alaa... Cerita yang tergendala semasa cuti dekat Terengganu tu," kata Hasbi.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now