"Wah, gerakan macam ala ninja," puji Cikgu Wan, kagum.

Alif Najmi mengeluh. I told you, I got a ninja style, desis hatinya.

Tiba-tiba, suara orang ketawa bergema di ruang bilik itu. Danial Nabil sedia untuk menembak dalang semua ini.

"Saya boleh bau 14 pelajar. Tunggu... 15 pelajar dekat sini. Sudah lama tak jumpa ya," kata dalang itu, seperti pernah kenal.

Suara ni macam pernah dengar, desis hati Iskandar.

Dalang itu bangun lalu berdiri menghadap mereka. Semua orang terkejut dengan dalang yang amat dikenali. Mata Danial Nabil terbuntang luas. Rupa-rupanya, dalang di sebalik semua adalah dari bekas guru mereka, Aryan.

"Helo, semua!" sapa Aryan dengan senyuman mengerikan.

BAB 21-ARYAN

"Lama tak jumpa kamu semua. Sihat? Of course, sihat kan?" kata Aryan tersenyum.

"Aryan, cukuplah demgan semua ni!" tegas Danial Nabil mengacu pistol ke arah Aryan.

"Bawa bersabar dulu. Jangan terburu-buru." Aryan menunjukkan antidot yang disimpan di dalam beg bimbit.

Alat kawalan letupan turut ditunjukkan. Situasi menjadi genting.

"Kau jangan berani buat!" arah Danial Nabil, tegas.

"Sabar. Kita sembang dekat atas ya. Mari... ikut ayah ya," kata Aryan, lembut tetapi menyeramkan.

Semua mengikut kata sahaja termasuk Danial Nabil. Mereka bergerak ke aras bumbung hotel itu. Aryan menjinjing satu beg berisi antidot.

"Sebelum kita ke depan lagi, saya nak cakap dengan dia tu dulu dekat atas," kata Aryan menunding jari ke arah Iskandar.

"Kau nak buat apa?" kata Danial Nabil, tegas.

"AKU NAK AJAR DIA CUKUP-CUKUP!!! BAGAIMANA DIA BUAT DEKAT AKU DULU, MACAM TU JUGA AKU AKAN BUAT DEKAT DIA!!!" tengking Aryan, marah bertambah gila.

Cikgu Wan menjadi geram dengan kata-kata Aryan yang menyakitkan hati. Kalaulah dia bukan dalam cengkerang, sudah pasti dia akan kerjakan si Aryan durjana itu.

"Dasar gila! Kalau nak lawan, kau sepatutnya lawan aku! Dia bukan lawan kau! Lawan orang badan kecil macam kau tu lemah," kata Zulfadlie menghina Aryan.

"KAU DIAMLAH!!!" marah Aryan.

"Macam mana kami nak diam? Sebab kami ada mulut," kata Alif Najmi selamba.

Aryan bertambah marah dan gila. "CUKUP! Kamu..."

Iskandar terkejut Aryan menunding jari ke arahnya.

"...naik cepat!" sambung Aryan, geram.

Aryan terus berjalan ke tempat helikopter mendarat. Iskandar agak ragu-ragu untuk bertindak.

"Is," kata Zulfadlie memandang Iskandar.

"Tak apa. Biar aku slow talk dengan dia," kata Iskandar, tenang.

"CEPATLAH!!! TERHEGEH-HEGEH APA LAGI!!!" pekik Aryan, marah.

"Is, jangan terlalu baik pula nanti. Tak pasal-pasal kau kena pijak kepala," pesan Alif Najmi.

Iskandar berwajah dingin, sekadar mengangguk. Dia mengorak langkah ke depan, menuju ke tapak pendaratan helikopter. Dia berdiri menghadap Aryan.

"Danial," panggil Cikgu Wan.

Danial Nabil memandang Cikgu Wan. "Ya."

"Walaupun apa-apa terjadi dekat Iskandar, jangan kau tembak Aryan."

"Eh!?"

Aryan tersenyum melihat Iskandar bersendirian di depannya. "Bagus, anak muda."

KABABOOM!!! Jambatan yang menghubungkan ke tapak pendaratan helikopter diletupkan.

"Apakah?" Farah Yasmine terkejut.

Sekarang, Iskandar tiada tempat untuk larikan diri. Aryan ketawa sakan.

"Sekarang, kau tak boleh lari dari aku. Aku nak perlawanan semula. Aku nak tebus balik kekalahan yang memalukan tu!" kata Aryan marah.

Pisau ala rambo dilempar ke arah Iskandar, jatuh betul-betul di depan pelajar itu.

Iskandar menundukkan kepalanya. Dengan tenang, dia berkata, "Maafkan saya."

"Apa? Maaf? Kalau nak maafkan, kena sujud depan aku," kata Aryan, hilang waras.

Iskandar mengikut arahan. Dua tapak tangan diletakkan di atas lantai. Dahi menyentuh lantai juga. "Maafkan saya."

Aryan tiba-tiba memijak kepala Iskandar. "Bagus. Lain kali ikut arahan aku. Jangan kau lawan cakap aku. Faham, tak?"

Mereka yang melihat terasa marah yang amat.

"Seperti yang aku cakap tadi," kata Alif Najmi mengeluh.

Aryan berundur semula lalu memegang beg berisi antidot itu. "Jadi, kita tak perlukan ni untuk berlawan."

Beg berisi antidot dibaling ke langit lantas diletupkan oleh Aryan sendiri. Segala harapan musnah begitu sahaja. Mereka yang mahu dapatkan antidot itu beraaa kecewa dan geram. Mahu sahaja bertumbuk dengan Aryan durjana itu. Aryan gelak kuat melihat Iskandar pucat lesi.

"Hahahahaha!! Muka tu yang aku nak tengok! Hahahaha!" tawa Aryan, semakin gila.

Pisau ala rambo yang dari tadi tidak disentuh, diambil Iskandar. Aryan terpegun dengan tindakan pelajar itu.

"Itu yang aku mahukan," kata Aryan, sinis.

Iskandar menjadi kelainan teramat. Dengan riak wajah yang menggerunkan dari kebiasaan, personaliti berubah menjadi... Serigala.

"AKU AKAN BUNUH KAU, SYAITAN!!!"

#vote

Kelas DSBWhere stories live. Discover now