Nama aku.... err kena rahsiakan sebab ni adalah berdasarkan kisah benar. Anggap jelah nama aku teh. Okay, kat sekolah aku ni pelik sikit. Ade satu kelas yang belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris , jadi kelas tu takkan bertukar orang sampailah form 3. Kelas aku lah tu. Cerita ni sempoi je. Disebabkan dah kekal sampai form 3 haaa...macam-macam lah berlaku.
Setakat ni, aku takde crush lagi. PERNAH ade jelah pastu tak suka dah. Dan aku ade cop sorang senior dan jadikan dia abang angkat aku secara tak official. Aku ade sorang kawan aku ni dia duduk sebelah aku. Nama dia Jah:) K takpela. Jah ni suka form 5. Dia panggil crush dia tu bear. Aku tak tahulah apa kena dengan taste dia nih tapi biarlah. Selalu je mak cik Jah ni usha bear dia tu dari kelas.
Sorang lagi kawan aku nih. Kita panggil dia Dee. Dee ni pun pernah suka seseorang jugak tapi dah move on guys. Dan dia ade minat kat sorang akak ni jugak. Basically akak tu akak dorm aku. Oh ya, aku memang duduk asrama by the way. Sekolah? Dirahsiakan. Tapi kitorang selalu je ship Dee ni dengan ramai orang. Contohnya, adidas.
Sebenarnya aku buat cerita ni pasal kawan aku yang pelik-pelik tu. Tapi payah sikit jadi aku tukarkan jadi kisah kelas aku jer. Sepatutnya pasal kawan aku yang ni. Nama dia bella. Bella ni ramai fans. Ramai skandal. Oops sorry. Tapi dia suka form 4. Ehehe. Dia ni ade kisah complicated sikit. Kekadang aku pun frust.
Yang lain aku sebut jelah nama yang mungkin termasuk dalam cerita ni gak.
1.Afiq
2.Balqis
3.Zahrah
4.Syaheera
5.Ilani
6.Opel
7.Azri
8.Syazwan
9.Haqimie
10.Yad
YOU ARE READING
Classmates
Teen FictionJust the story of my five years of secondary school survival with a some springkles and chillis for sweet and spicyness.
