"Huh! Budak-budak..." kata Grip, dingin.

Dbushh!!! Satu tumbukan menghinggap kemaluan Grip.

"Ughh!!!" keluh Grip sebelum rebah.

Alif Najmi melihat Grip cuba bangun. "Tak ada siapa panggil aku, lelaki!!!"

Dia terus berlari ke arah Grip untuk membuat satu tendangan. Hakikatnya, Grip sempat menyembur gas ke muka Alif Najmi. Mereka yang menyaksikan perlawanan itu terkejut. Alif Najmi mahu sahaja pengsan. Belum sahaja hendak rebah, mukanya digenggam lalu diangkat oleh Grip.

"Hoi, mana aci kau guna senjata!" kata Syamil, geram.

"Hahaha, huh. Siapa seterusnya, huh?" kata Grip, sinis.

Tanpa disangka, Alif Najmi menyembur muka Grip biarpun dia dalam keadaan mukanya dicengkam kuat. Giliran Grip pula rebah.

"Uhuks... Uhuks... Macam mana..." Grip kehairanan.

"Macam mana apa?" kata Alif Najmi mengalihkan kain putih dari mulutnya.

Pelajar 5F melihat Alif Najmi masih keadaan elok. Wajah lelaki itu kelihatan dingin.

"Kau nak main kotor rupanya. Kalau macam tu, marilah," kata Alif Najmi, dingin.

Grip bangun lantas mengeluarkan pisau poket.

"Hoshi, hati-hati!" kata Iskandar, mula cemas.

Grip menyerang Alif Najmi dengan pisau. Alif Najmi terus menepis tangan lalu menyerang balas dengan mematahkan tangan Grip.

"Argh!!" raung Grip.

Alif Najmi menjatuhkan Grip macam gaya gusti. Dia memandang rakan sekelasnya dengan pandangan dingin. "Siapa sebut Hoshi tadi?"

"Eh!?" Iskandar kehairanan.

"Nampak muka aku ni macam perempuan ke?" kata Alif Najmi secara dingin sekali.

"Farid?"

Alif Najmi menggulingkan matanya. Grip dari tadi di bawah cengkaman Alif Najmi.

"Apa-apalah." Alif Najmi yang berwajah dingin tiba-tiba berubah psiko. "Sesiapa tolong pasang lagu John Cena!"

"Aik?" Semua orang terasa pelik.

"Zul, marilah sini!" arah Alif Najmi tersenyum.

"Peliklah budak ni." Zulfadlie tersenyum kecil. "Baiklah, aku datang!"

Zulfadlie terus berlari ke arah Alif Najmi, diekori pelajar lelaki yang lain. Mereka membuat aksi Smackdown ke atas Grip.

Mereka yang memerhati, melihat semua pelajar lelaki itu mengikat Grip. Lagu tema John Cena dipasang oleh Ruby.

"Lagu dah dipasang," kata Ruby dengan penampilan Thug Life.

⭐⭐⭐

"Tak sangka, huh. Budak-budak bawah boleh kalahkan aku macam tu, huh," kata Grip setelah dirinya diikat.

"Semua ni sebab kata-kata kamu sendiri. Mujurlah tepat pada masa, Hoshiko muncul. Walaupun tu personaliti perempuan, Alif Najmi tetap lelaki juga. Cuma pemikiran dia membawa kepada sifat perempuan tsundere. Personaliti Farid pun apa kurangnya juga. Dalam tenang, dia boleh bertindak secara dingin, macam pengetua," terang Cikgu Wan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now