"Macam biasa, bila muka kucing, Cikgu Wan sudah miang. Kalau muka macam ni (belah kiri), Cikgu Wan terlalu ghairah dengan perempuan seksi. Kalau muka macam ni pula (belah kanan), Cikgu Wan mungkin rasa tak senang dengan keseksian perempuan tu," terang Hanif lagi.

Tiba-tiba, Cikgu Wan memandang satu arah. Mulutnya mengiau dengan panjang sekali, macam mahu berlawan.

"Apakah? Aku tak ada data pasal muka macam tu," kata Hanif terpegun.

Dalam gerakan kilat, Cikgu Wan menangkap seekor kumbang. "Hmm... kumbang ni... tak pernah aku tengok kat Malaysia. Ni mesti kumbang imigresen."

Mendengar, kata-kata Cikgu Wan, Amira teruskan munculkan diri mendekati Cikgu Wan untuk melihat kimbang eksotik itu.

"Apa? Kumbang imgresen?" kata Amira tersenyum seperti tidak buat salah.

Cikgu Wan melihat Amira muncul. "Ya, Amira. Kumbang ni dari luar negara."

"Kalau macam tu, bila kita jual, mesti dapat duit banyak kan?"

"Hmm... Lebih kurang."

"Yeay!" sorak Amira melompat teruja.

Cikgu Wan turut meloncat kegembiraan. Sedar-sedar sahaja dia melihat buku seksi di sekelilingnya. Pecah rahsianya sebagai pemiang. Perasaan malu menguasai diri. "Alamak!"

Mereka yang mengintai dari semak, melihat Cikgu Wan menutup wajahnya kerana malu. "Apalah..."

⭐⭐⭐

Sebelum kelas 5F bercuti, mereka terlebih dahulu berlatih menembak.

"Pastikan kamu fokus pada sasaran," pesan Niratcha duduk bersenang.

Ilman Faiz memandang gurunya bersantai. "Cikgu Neraka join la sekali."

"Tak apalah. Cikgu dah pro, okey."

"Cara kamu tembak masih lagi macam budak-budak. Itu kamu kata dah pro?" celah seseorang dari belakang Niratcha.

Niratcha menoleh ke belakang lalu terkejut beruk melihat gurunya, Tony tiba. "Cikgu!"

"Sekarang, kamu pergi tukar baju. Join sekali dengan diorang untuk berlatih."

Serta-merta, Niratcha bangun. "Baik, cikgu!"

Niratcha terus berlari masuk ke bilik salinan untuk menukar pakaian. Pelajar lain kebingungan.

"Wow. Dengan Cikgu Tony, dia ikut arahan pula," kata Immanuel kagum.

"Cikgu Tony akan jadi guru khas kita untuk latihan menembak ni sebelum kita pergi ke Langkawi. Jadi, luangkan masa kamu dengan dia ya," terang Cikgu Danial kepada pelajarnya.

Sepanjang latihan menembak, Tony menganalisis setiap pelajar. Erfan Shafiq sangat bagus untuk menembak jarak jauh, jadi sniper. Farah Wahida pula tembak laju.

"Ermm... Cikgu Tony," panggil Iskandar mendekati Tony.

Tony memandang pelajar itu. Dia merasakan aura yang menggerunkan, terkejut. Iskandar ni...

"Ya, ada apa?" kata Tony berlembut.

"Macam mana nak jadi seorang pembunuh yang profesional?" soal Iskandar ingin tahu.

Nampaknya, memang dia..., desis hati Tony.

Bahu Iskandar disentuh.

"Mari saya ceritakan tentang seorang pembunuh paling bahaya dulu. Dia tu bukannya malaikat mahupun syaitan. Dia tu lebih kepada pencabut nyawa," kata Tony memulakan penceritaan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now