BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2

Start from the beginning
                                    

Alif Najmi menjongketkan keningnya. "Kau rasa?"

"Aku lagi kuat dekat sini tau."

"Buktikan."

Khairil Ihsan bangun lalu mendekati Cikgu Wan. Dia menghulurkan coklat kepada Cikgu Wan. "Abang nak tak coklat?"

"ABANG???" Semua pelajar terkejut dengan nama panggilan itu.

"Adik akan bunuh abang lepas kelas nanti ya. Minta diri sebab nak ke tandas."

"Mari sini. Saya tunjukkan," kata Puteh Nur.

Dua lelaki itu berjalan keluar dari kelas. Suasana terua menjadi huru-hara dengan hubungan dua 'beradik' itu.

"Cikgu ada adik?"

"Kenapa cikgu tak bagitau?"

"Bila masa cikgu ada adik ni?"

"Apasal dia tak macam cikgu?"

"Kenapa dia bukan harimau macam cikgu?"

Satu per satu soalan diajukan kepada Cikgu Wan. Habis berpeluh Cikgu Wan dibuatnya.

⭐⭐⭐

Semua orang tertanya-tanya dengan perhubungan dua 'beradik' itu. Masing-masing melihat gelagat Cikgu Wan dan Khairil Ihsan.

"Kau rasa, diorang adik-beradik ke?" tanya Farah Yasmine kepada Iskandar.

"Ermm... Tak tahulah. Aku tak yakin," balas Iskandar.

Cikgu Wan yang duduk di depan kelas, menikmati coklat manis. Begitu juga dengan Khairil Ihsan. Coklat apa yang Cikgu Wan makan, coklat itu juga Khairil Ihsan makan.

"Cara diorang makan coklat pun sama," kata Siti Zulaikha.

Cikgu Wan mengeluarkan buku pameran pakaian dalam. Begitu juga dengan Khairil Ihsan.

"Diorang pun suka buah dada besar!" kata Farah Yasmine terkejut.

"Dasar adik-beradik miang," kata Hasbi selamba.

Fatin Shahirah berpendapat. "Dah macam drama perpisahan adik-beradik pula."

Farah Yasmine memandang Fatin Shahira yang duduk di belakangnya. "Maksud kau?"

"Mungkin suatu ketika dahulu, satu peperangan terjadi. Ibu bapa diorang dibunuh sebab peperangan tu. Akibat serangan musuh, Cikgu Wan mesti suruh Khairil lari selamatkan diri. Khairil pun lari. Cikgu Wan pula serang habis-habisan. Tanpa disangka, Cikgu Wan jatuh ke dalam sungai lalu dibawa hanyut. Akhirmya, mereka berpisah untuk jangka masa yang lama," terang Fatin Shahira yang pengaruh drama dan filem.

"Pengaruh TV betul," kata Zulhilmi, dingin.

"Rasanya, benda tu mustahil," kata Iskandar, hambar.

⭐⭐⭐

Seusai sahaja sesi pembelajaran, kelas dijadikan arena perlawanan antara Cikgu Wan dan Khairil Ihsan, seperti dijanjikan. Meja disusun bebentuk segi empat, dijadikan sempadan arena. Danial Nabil dan Niratcha turut menyaksikan perlawanan itu bersama para pelajar.

"Baiklah, kita tetapkan peraturan perlawanan. Sesiapa yang keluar dari sempadan gelanggang ni, dikira kalah," kata Puteh Nur sebagai pengadil perlawanan.

"Okey kalau macam tu. Lagipun, saya nak tambah satu lagi," balas Cikgu Wan.

"Apa dia?"

"Semasa perlawanan tadi, kalau salah satu cederakan pelajar dekat sini, dikira kalah juga."

Kelas DSBWhere stories live. Discover now