Tony menoleh muka ke tepi lalu melihat Cikgu Wan muncul. "Jadi, inilah rupa sasaran tu."

Cikgu Wan tersenyum sinis. "Semuanya jadi sia-sia kalau kamu cuba bunuh saya. Apa kata kita buat satu perlawanan antara Tony dan Niratcha?"

"Apa?" kata Niratcha terkejut.

"Danial akan jadi sasaran kamu. Bak kata Danial Nabil dalam bab 3, 'selagi kamu tak dapat sentuh cikgu, selagi tu kamu tak boleh bunuh Cikgu Wan'. Macam mana? Setuju?" kata Cikgu Wan.

Pisau getah diberikan kepada dua pesaing itu.

"Oii, apasal aku jadi sasaran pula ni?" kata Danial Nabil geram.

Tony tersenyum sinis. "Hmm... Menarik. Baiklah, kau tunggu saja nanti."

"Haih, apa-apalah," keluh Danial Nabil beredar ke kelas.

Niratcha memandang tajam ke wajah Cikgu Wan. "Apa kau cuba buat ni?"

"Hehe... Untuk melatih diri kamu juga," kata Cikgu Wan.

Cikgu Wan terus lesap dari pandangan. Dia mendekati Danial Nabil.

"Macam mana sekarang?" kata Cikgu Wan kepada Danial Nabil.

"Macam mana apa?" balas Danial Nabil kehairanan.

"Macam mana jadi sasaran? Takut ke?"

"Ceh, mana adalah. Permainan budak-budak."

⭐⭐⭐

Sedang asyik Danial Nabil mengajar Pendidikan Jasmani, Niratcha muncul dengan bekal makanan.

"Danny!" panggil Niratcha manja.

Pelajar 5F melihat Niratcha tiba. Masing-masing berasa pelik.

"Apa kau nak? Kalau pasal permainan tu, lebih baik tak payah," kata Danial Nabil, dingin.

Niratcha bermasam muka. "Mana adalah."

Tiba-tiba, Niratcha jatuh secara sengaja, cuba menarik perhatian Danial Nabil. "Aduh, sakit!"

Mereka yang melihat, hanya rimas sahaja.

Dari jauh, Cikgu Wan dan Tony perhati.

"Haih, macam budak-budak dia ni," keluh Tony.

⭐⭐⭐

Di bilik guru, Niratcha hanya mampu menunggu masa menyerang Danial Nabil. Sedang asyik Danial Nabil menaip papan kekunci komputer ribanya, Tony merempuh masuk, meluru ke arah Danial Nabil dengan gerakan pantas seperti pelesit. Tikaman ke muka cuba dibuat.

Tikam dekat muka!? Desis hati Danial Nabil terpegun.

Pantas, Danial Nabil menepis lalu menyerang balas. Lebih pantas dari Tony. Niratcha sendiri terkejut.

"Lajunya!" kata Niratcha mula ketakutan.

Cikgu Wan yang berdiri di belakang Niratcha menggigil ketakutan teramat.

"Yang kau takut pula ni apasal!?" kata Niratcha geram.

"Jangan mengalah, Niratcha! Kau boleh buat semua ni!" pesan Cikgu Wan.

Danial Nabil tersenyum sinis. "Kalau kamu semua nak tau, aku boleh buat lima tikaman dalam satu saat."

Tangan Tony cedera dek pergelutan hebat tadi. Tuan punya tangan sendiri terkejut. Dia tersenyum kecil. "Nampaknya, aku terpaksa menyerah. Aku tak mampu berlawan lagi."

Kelas DSBWhere stories live. Discover now