Kisah 2

20.4K 146 5
                                    

Segala salinan atau menciplak akan diambil tindakan oleh Naim Tamdjis

Koridor Patalogi/Rumah mayat

Kalau anda membaca kisah pertama ada 2 orang jururawat menyebutkan tentang PK perempuan menemui Misi Linda apabila menghantar darah ke makmal patologi yang terletak di aras bawah. Apa itu PK? Bagi yang tidak mengetahui PK adalah singkatan bagi pembantu kesihatan atau lebih dikenali sebagai pembantu hospital di hospital biasa. Jadi kita sambung kisah Misi Linda yang berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah hospital di Lembah Kelang.

PK Mariam dipanggil oleh jururawat yang bertugas malam untuk menghantar darah ke makmal patologi. PK Mariam melihat jam tangannya.

"Adoi. Dah pukul 12.00 tengah malam baru nak suruh hantar darah. Tadi tak nak suruh," kata PK Mariam merungut perlahan setelah keluar dari pintu wad.

Keadaan di koridor sangat sunyi. Tidak ada sesiapa yang lalu lalang. PK MAriam bergegas menuju ke arah lif. Apabila sampai di segera menekan butang lif.

Ting!

Pintu lif terbuka. Tidak ada sesiapa di dalam perut lif. PK Mariam segera masuk dan menekan butang. Pintu lif tertutup dan segera menurun. PK Mariam melihat dokumen borang darah untuk memastikan semua maklumat yang diperlukan diiisi dengan betul. Tanpa dia sedari satu lembaga berpakaian misi berada di belakangnya.

Tiba-tiba sahaja PK Mariam terasa tengkuknya seram sejuk. Dia mengusap tengkuknya. Ish! Apahal lak ni... katanya di dalam hati.

Ting!

Pintu lif terbuka. PK Mariam terus keluar menuju ke lif tanpa menoleh ke belakang. Lembaga itu lesap bagaikan angin. PK MAriam segera menuju ke arah laluan menuju ke makmal patologi. Sampai di persimpangan di segera membelok ke kiri tanpa memandang ke kanan kerana laluan ke kanan adalah jalan menuju ke arah bilik mayat. Langkah semakin dilajukan kerana PK Mariam kerana ingin segera balik. Entah kenapa hatinya tidak berasa enak. Sampai sahaja di dalam bangunan dia terus masuk.

"Hai kak. Lewat hantar darah? Ada kes kecemasan ke?" sapa PK Zamri yang bertugas di kaunter.

"Entahlah. Dah kena arah hantar darah. Hantarlah. Elok juga boleh beli air kopi kat koop. Bekal kerja malam," jawab PK Mariam.

"Hati-hati kak lalu bilik mayat. Nanti ada yang menyapa," usik PK Zamri.

"Mulut tu jangan nak cabul sangat ya. Akak sumpah kau karang. Dahlah lewat malam ni," marah PK Mariam.

PK Zamri ketawa. Dia segera mengambil darah dan menaip sesuatu di komputer.

"Ok kak. Beres," kata Pk Zamri.

Naim Tamdjis

PK Mariam mengangguk lalu berlalu keluar dari bangunan. Dia segera melangkah menuju ke arah lif. Tapi apabila sampai di persimpanga menuju lif dia terdengar suara tangisan. PK MAriam berhenti melangkah dan mengamatinya. Arghhh sudah! Siapa pula yang menangis tengah-tengah malam ni. Katanya di dalam hati. Dia terlihat seorang misi duduk di wakaf taman dan menekup mukanya sambil menangis.

"Apahallah misi menangis tengah-tengah malam buta kat taman ni. Putus cinta ke hape?" soalnya perlahan.

Akhirnya dia mendekatkan dirinya ke arah misi tersebut. Misi tersebut masih menekupkan mukanya sambil tersedu sedan menangis. Rambutnya panjang mengurai dan mengerbang. Bajunya juga agak kotor.

"Assalaimualaikum. Kenapa misi menangis tengah malam buta kat sini. Nanti orang nampak tak malulah. Misi ada masalah ke?" soal PK Mariam lembut.

"Huuu.. huuuu... huuu," misi itu masih lagi tersedu sedan menangis.

Aik misi ni. Aku tanya lagi kuat menangis. Kata PK Mariam di dalam hati. Dia melihat ke arah bangunan bilik mayat yang gelap dan kusam. Mungkin adik misi ini ada waris yang meninggal kot.

"Cuba adik tenangkan diri. Adik menangis kenapa? Putus cinta atau ada yang meninggal dunia?" soalnya maklumlah dekat dengan bilik mayat.

Misi itu mengangguk. PK Mariam tersenyum. Betullah tekaannya. Dia duduk di sebelah misi untuk menenangkannya.

"Adik.. bersabarlah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu semua ketentuanNYA. Apa yang kita boleh buat berdoa," pujuk PK Mariam.

"Tapi dia tidak mati dengan aman kak," balas misi tersebut yang masih menekup mukanya.

"Tidak mati dengan aman? Macam mana tu?" soal PK Mariam tidak faham.

"Mati disihir..." jawab misi perlahan.

"Astaga. Sebab apa disihir?"

"Sebab ada orang tidak mahu saya disatukan dengan cinta saya,"

PK MAriam terkedu. Cinta hati saya?

lalu dia teringatkan kata kata PK Zamri.

"Hati-hati lalu bilk mayat kak. Takut ada yang menyapa."

"Yang mati itu sayalah kak. Ha ha ha!" misi itu tidak lagi menekupkan mukanya dan memandang PK Mariam yang duduk di sebelahnya.

PK MAriam segera bangun. Dia terkejut melihat wajah misi yang duduk di sebelahnya.

"Kau... kau... kau. Siapa?" soal PK Mariam yang terlalu takut.

"Saya Misi Linda... ha ha ha," kata Misi Linda lalu ketawa.

PK Mariam jatuh terduduk pengsan.

Misi Linda ketawa sepuasnya sebelum terbang ke udara menghilang.

MISI LINDAWhere stories live. Discover now