Kisah 1

38.1K 240 12
                                    


Ada beberapa cerita mengenai kemunculan misi Linda. Dipercayai misi linda adalah seorang jururawat yang mati disihir di dalam hospital. Kononnya rohnya merayau-rayau di hospital. Ada ketika kemunculannya dia menjadi baik serta menolong seperti seorang jururawat. Jika tidak bernasib baik kemunculannya begitu menakutkan dan membawa mudarat

cerita 1

Wad mata

Seorang tua bernama PAkcik Ali yang masuk ke wad mata kerana keesokkan harinya akan menjalani pembedahan membuang katarak. Kedua matanya mula kabur dan penglihatannya hanyalah samar samar sahaja. Maka pembedahan perlu segera dibuat bagi mengelakkan matanya buta

Sebenarnya sudah lama doktor mahu membedah matanya tetapi disebabkan kanta tiruan yang perlu dibeli berharga RM 2000 bagi sebelah mata maka pembedahan itu perlu ditangguh bagi mendapatkan wang yang cukup membeli kanta.

Hari semakin beransur malam, doktor on call melakukan pemeriksaan terakhir ke atas Pak cik Ali tepat pukul 9.30 malam.

"Pakcik jangan lupa puasa ya. Pukul 12.00 tengah malam dah tak boleh makan."

"Pak cik ada gastrik nak... sebelum pukul 12.00 boleh makankan. Anak pakcik ada bawa roti tadi."

"Boleh pakcik. Asalkan sebelum pukul 12.00 tengah malam," kata Dr. Asyraf lalu mencatatkan sesuatu nota fail pesakit dan beredar.

Pak cik Ali berbaring semula setelah doktor dipastikan pergi. Apalah yang boleh dibuat di hospital ini selain daripada tidur. Kalau di rumah waktu begini bolehlah menonton televisyen. Walaupun televisyen ada berhampiran meja jururawat tetapi malas pula dia hendak berjalan dengan penglihatan yang samar-samar. Takut terlanggar orang atau perkakas di hospital.

Dua orang jururawat syif malam memungut semula fail pesakit yang ditinggalkan di atas meja pesakit setelah selesai doktor membuat 'round'. Sambil itu mereka berbual dengan perlahan.

"Eh engkau tahu, malam semalam kecoh misi Linda muncul kat koridor menuju ke patologi,"

"Iya. Aku baca juga di grup whatsapp. Ish... makin menjadi-jadi kemunculan misi linda ni."

"Itulah. Malang betul PK yang hantar darah semalam. tengah malam pula tu sebab tetiba doktor suruh ambil darah."

"Ish seriau aku. Sampai berlari dikejar misi Linda. Janganlah dia muncul kat wad ni. Dahlah kerja malam."

"Kau ni. Mulut jangan cabul sangat. Kita berdua je bekerja malam ini. Dahlah wad ni patient tak ramai. PK pun perempuan. Nasiblah."

perbualan mereka tidak lagi kedengaran apabila kedua mereka berjalan menuju ke kaunter. Pak cik Ali yang mendengar tidak faham apa maksud perbualan mereka. Kenapa pula PK berlari dikejar misi Linda. Sekejap sahaja Pak cik Ali terlelap. Tetap pukul 11.00 malam lampu wad dipadam. keadaan menjadi gelap gelita.

Tepat pukul 12.00 tengah malam Pakcik Ali terasa bahunya digoncang kasar. Dia segera bangun.

"PAk cik kata nak makan sebelum pukul 12.00 tengah malam. Bangun!" kata suara garau perempuan dengan kasar.

Pak cik Ali mengosok matanya. Dia berada dalam keadaan mai mai dikejutkan sedemikian rupa. Dia memandang ke hadapan. Dalam keadaan gelap dan kondisi matanya, dia hanya nampak wajah jururawat yang berwarna hitam. Matanya memerah. Rambutnya panjang mengurai.

"Astaga. Pak cik lupa misi. Terima kasih ingatkan pak cik," kata Pak cik Ali.

"Hmmmm!" jawab jururawat tersebut.

Dalam hatinya bersyukur kerana ada jururawat prihatin dengan keperluan dia yang perlu makan sebelum 12.00 tengah malam bagi mengelakkan terkena gastrik. Pak cik Ali meraba-raba meja hospital untuk mencari roti yang dibeli oleh anaknya.

"Pak cik nak roti?" soalnya jururawat kasar.

Pak cik Ali mengangguk. Tangan jururawat yang hitam pada penglihatan mengambil roti dan menghulurkan kepada Pak cik Ali . Walaupun Pak cik Ali berasa pelik melihat kuku yang panjang dan tangan jururawat itu yang hitam tetapi dia hanya menganggap itu adalah kerana keadaan yang gelap dan kondisi penglihatannya yang samar.

Pak cik Ali segera mengambil dan membuka roti lalu dimakannya. DIa terasa pergerakan seperti angin menyapa tubuhnya.

"Misi jemput makan," pelawa Pak cik Ali.

Tetapi tiada jawapan. Mungkin misi dah kembali ke kaunter. Pak cik Ali menikmati rotinya sehingga habis. Tekaknya berasa hausnya. Dia meraba untuk mencapai botol air mineral. tetapi dia tertolak botol tersebut hingga jatuh ke lantai.

Bunyi botol jatuh memecah keheningan malam. Jururawat yang tersenguk menulis nota di meja kaunter tersentak mendengar bunyi botol terjatuh. Hanya tinggal dia seorang sahaja diwad kerana rakannya menemani PK membeli kopi dan kudapan di mesin layan diri ingkat bawah sebagai bekalan berjaga malam.

"Kenapa tu?" soal jururawat melaung dari kaunter.

"Maaf misi. Botol air pak cik jatuh," balas Pak cik Ali.

Jururawat itu segera mendapatkan Pak cik Ali.

"Pak cik kenapa jatuhkan botol air," soal jururawat lembut.

Eh! ini jururawat lain. Lembut je. Tadi kasar.

"Maafkan pak cik. Pak cik makan dulu sebelum puasa tengah malam ini Tadi ada misi tolong pak cik ambilkan roti. Tapi hilang pula bila minta tolong ambikan air."

Jururawat itu berasa pelik. Kan hanya tinggal dia seorang sahaja di wad. Siapa pula yang menolong pak Ali.

"Siapa namanya?" soalnya.

"Tak sempat pula nak tanya. Anak boleh ambilkan air pak cik.," pinta Pak cik Ali.

Jururawat membongkok lalu mengambil botol air yang jatuh di bawah katil. Sebaik sahaja dia membongkok dia terlihat lembaga berpakaian jururawat yang dipenuhi darah

"Boleh saya bantu misi?" kata lembaga itu.

Apa lagi menjeritlah jururawat ketakutan sehingga jeritan kedengaran satu blok hospital.

MISI LINDAWhere stories live. Discover now