Part 2

1.7K 226 28
                                    

" oii budak." panggil seseorang.

aku menoleh ke belakang. kelihatan kim sunwoo, ketua pengawas sekolah yang paling kerek dan menjengkelkan.

aku pandang belakang aku. takde orang..

dia panggil aku ke ?

" yelah, kau. siapa lagi ada kat sini selain kita berdua." kata sunwoo dingin.

aku mendengus perlahan.

cakap baik baik tak boleh ke ?

perlahan lahan aku mendekati dia.

" yaa, sunbae nak apa ?" soalku.

" kau tahu tak sekarang jam berapa ?" soal sunwoo.

aku tengok pergelangan tangan aku, kiri dan kanan.

" eheh, takde jam." kataku sambil senyum kekok.

sunwoo berdecit lalu menunjukkan aku jam yang berada di pergelangan tangan kirinya.

apa motif dia...? kalau dia ada jam, kenapa nak tanya aku ?

aku pandang dia.

" sekarang jam berapa ?" soal sunwoo lagi sekali.

dia ni buta ke apa ? ke tak pandai tengok jam ? kesian duh. muka hensem tapi tak pandai tengok jam.

nak tak nak, aku layan je perangai hanat dia ni.

"6:57." jawabku.

" masuk sekolah jam berapa sepatutnya ?" soal sunwoo lagi.

UM—

k. aku dah tahu.

" erk..6:40." jawabku perlahan.

aku menundukkan kepala.

" then ? kau tulis nama kau kat kertas ni sekarang, jangan lupa balik nanti, masuk kelas tahanan." kata sunwoo lalu memberikan aku sekeping kertas dan pen.

aku hanya menurut tanpa membantah.

yelah, dah terang terang aku yang salah.

selesai sahaja menulis nama, aku pun terus menghulurkan kertas & pen itu semula kepada sunwoo.

sunwoo mengambil dan terus berlalu begitu sahaja tanpa cakap apa apa.

tch, kerek.

" hi yenbi. kenapa muram ni pepagi ?" soal kawan baikku, choi soeun.

" aku kena masuk dalam kelas tahanan balik ni." jawabku lalu meletak kepalaku di atas meja.

haih , bad dAY!

" harap tabah." kata soeun lalu menepuk bahuku perlahan.

beberapa minit kemudian, cikgu pun masuk.

" okay, sekarang cikgu nak kamu hantar homework kemarin." arah cikgu a.k.a Mr.Hwang.

dan perlahan lahan aku tepuk dahi aku.

macam mana aku boleh lupa pasal homework ?!

RIP ME.

" siapa tak siap ? sila berdiri sekarang." arah Mr.Hwang dengan suara tegas.

dalam hati tak putus putus aku berdoa supaya ada juga orang lain selain aku tak siap

tapi HAMPEH.

rajin sekali kamu semua yaa (ಥ_ಥ)

" BAE YENBI ! SILA LARI 5 ROUND DI SEKELILING SEKOLAH SEKARANG! BERANI KAMU ABAIKAN KERJA YANG SAYA BAGI YA!" marah Mr.Hwang.

" tabah weh." pujuk soeun.

aku dengan muka rela terus berlari mengelilingi sekolah.

dahlah aku kena lalu semua kelas. termasuk KELAS PENGAWAS KEREK TU.

RIP 〒▽〒
.
.
.
.

" kau okay ke weh ?" soal soeun.

sekarang ni masa rehat. aku tengah duduk di pondok.

takde mood nak makan.

" hm ? aku okay je." jawab aku perlahan.

" nanti aku bagi kau nota yang mr.hwang bagi tadi. jangan lupa siapkan malam ni tau. nanti kena denda lagi." pesan soeun.

aku hanya mengangguk.

" aku beli makanan dulu tau. kau nak makan apa ?" soal soeun.

" kau belanja ke ?" balasku.

soeun mengangguk.

" belikan jelah aku apa apa." jawabku. soeun hanya mengangguk lalu meninggalkan pondok tersebut.

haih...

kenapa hari ni teruk sangat ?

aku menyandar di tiang pondok tersebut. lalu aku cuba pejamkan mata. cuba untuk cari ketenangan.

bila aku dah rasa okay sikit , aku pun buka mata.

aku buka je mata , tetiba dah ada sebungkus roti coklat dan sekotak susu strawberi di hadapan aku.

aik ? cepatnya soeun datang.

aku pandang sekeliling dan aku terkejut bila nampak dia tengah berdiri sambil menyandar di tiang.

" sun-sunwoo sunbae ?"

───

TBC
sorry sebab lama tak update. malas + idea kering ahaks. btw , jangan lupa vote dan comment. tyouu <3

- bbangtese -

SECRET ADMIRER Where stories live. Discover now