BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2

Start from the beginning
                                    

"Minta maaf. Cikgu ada persembahan silat tadi," kata Cikgu Wan.

"Cikgu Wan mesti penat, kan?" Silvaprea melekatkan tisu ke kepala Cikgu Wan.

Red Hawk yang memerhati, terus melepaskan tembakan. Peluru sniper menghinggap ke tisu yang tertampal pada dahi Cikgu Wan.

"Yes, kena!" Red Hawk menjadi teruja.

Red Hawk meneropong semula. Dia terus terkejut melihat pelurunya melekat pada pelekat di dahi Cikgu Wan. "MUSTAHIL!!!"

Cikgu Wan mengambil peluru itu. "Kamu perlu letak lebih tebal. Barulah tak rasa sakit nanti."

⭐⭐⭐

Malam itu, Red Hawk berjalan di lorong kecil. Dia bersandar pada tiang lampu lalu mengeluarkan sebatang rokok.

"Haih, apalah nasib aku ni. Tak pernah pun gagal macam ni," keluh Red Hawk.

"Sebab kau terlalu yakin untuk membunuh," kata Cikgu Wan entah dari mana muncul.

"Oh, yeke? Haha..."

Mata Red Hawk tertumpu pada sasarannya yang berdiri di depan matanya. Terbuntang luas matanya. "Kau rupanya!"

Red Hawk rebah terduduk di tanah.

"Kalau ada kesempatan, saya nak ajak kamu minum," kata Cikgu Wan, tersengih.

⭐⭐⭐

Red Hawk melihat Cikgu Wan meniup minuman panas.

"Macam tak percaya. Aku boleh minum dengan sasaran aku," kata Red Hawk muram.

Cikgu Wan terus meniup minuman kopi panas.

"Kalau kau nak bunuh aku, bunuhlah. Aku tak kisah," kata Red Hawk, pasrah.

Cikgu Wan masih terus meniup mimumannya.

"Minum jelah air tu!" marah Red Hawk.

Kelemahan Cikgu Wan #11
Lidah sensitif hidangan panas

"Saya dah berjanji dengan kerajaan agar tak mencederakan sesiapa walaupun dengan orang luar. Lagipun, kau buatkan lawatan kami jadi menarik. Anak murid saya dah rancang semua ni. Lokasi, geografi, sejarah, semuanya mereka belajar di sini. Terima kasih sebab sudi jadi tetamu khas kami," terang Cikgu Wan tersenyum sentiasa.

Red Hawk terpegun dengan ucapan itu. "Walaupun kau makhluk berupa harimau, aku rasa, kau ni taklah jahat sangat."

Cikgu Wan tersenyum sahaja.

⭐⭐⭐

"Wah, power la Ida main!" puji Zulhilmi melihat Wahida bermain konsol PlayStation 2.

"Eh, biasa-biasa je," balas Wahida tertawa kecil.

Tiba-tiba, permainan tamat kerana kalah.

"Alah, dah kalah!" keluh Farah Yasmine.

Iskandar terfikir sesuatu dengan kejadian penculikan semalam. Apalah yang diorang cakapkan semasa kena culik semalam?

⭐⭐⭐

Sementara Ilman Faiz mengadili perlawanan ping pong antara Sharanya dan Fauzi, Danial Nabil berbual dengan Red Hawk menerusi panggilan telefon.

"Kamu... nak berhenti?" soal Danial Nabil.

"Ya, saya dah fikir masak-masak. Saya nak bersara jadi pembunuh upahan. Terima kasih untuk tawaran 10 juta tu, tapi saya terpaksa tolak. Minta maaf ya," balas Red Hawk.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now