"Lagipun, sebahagian jiwa aku ada pada salah seorang anak murid kamu," tambahnya lagi.

Langkah diorak keluar dari bilik guru. Iskandar serta-merta bersandar pada dinding sebelum pintu dibuka. Farid Sattar melihat Iskandar berada di situ. Senyuman manis terukir.

"Semoga berjaya," ucap Farid Sattar.

Iskandar sekadar mengangguk.

Farid Sattar beredar dari situ dengan wajah dingin semula. Dia sudah lama kerja di situ. Biarpun sudah mencecah usia 80 tahun, dia masih bekerja sebagai guru kelas 5A. Katanya, tahun ini tahun terakhir dia bekerja dan tidak lama lagi dia akan pencen dari dunia perguruan.

⭐⭐⭐

Keesokan hari Cikgu Wan bergerak lebih laju dari sebelum ini sehinggakan mengeluarkan asap dan angin dek momentum.

Satu saat kemudian,...

"Oksigen... Oksigen..." keluh Cikgu Wan kepenatan berbaring di atas meja guru.

"Cikgu Wan dah kenapa? Kebelakangan ni, cikgu macam sembunyikan sesuatu," kata Zafina Shahira syak wasangka.

"Mana adalah... Cikgu cuma..."

Tanpa disangka, suara keceriaan menusuk ke gegendang telinganya.

"Cikgu Wan penat ya," kata Zafina Shahira berlari ke arah Cikgu Wan bersama rakan sekelas yang lain.

"Mari saya urutkan," kata Siti Zulaikha mendekati gurunya.

"Saya ada buat biskut untuk cikgu," kata Hasbi ceria.

"Terima kasih, semua. Cikgu terharu," ucap Cikgu Wan menangis kegembiraan.

"Hei, cikgu berangan ke?" celah Ilman Faiz, dingin.

Cikgu Wan sedar dari lamunan. "Apa? Mana adalah! Apapun, semua kumpul di luar sekarang juga!"

Maka, pelajar 5F berkumpul menghadap tanah lapang di belakang kelas mereka. Cikgu Wan berdiri di dasar tanah lapang itu. Niratcha muncul seketika kemudian.

"Apa yang berlaku?" soal Niratcha.

Tidak lama kemudian, Cikgu Wan mengajukan soalan kepada Danial Nabil. "Nabil."

"Ya," balas Danial Nabil.

"Apa ciri yang perlu ada pada seorang pembunuh?"

"Teknik dan gaya perlawanan. Teknik menyerang melambangkan gaya perlawanan seorang pembunuh pada masa tertentu," terang Danial Nabil.

"Begitu ya. Cikgu ada satu pesanan ringkas untuk pembunuh cilik macam kalian. Lebih baik mengelak daripada menyerang."

Serta-merta, Cikgu Wan menghasilkan puting beliung besar sehingga terhasilnya padang dan trek lumba lari. Pelajar 5F kagum melihat keajaiban itu.

"Apapun, cikgu nak kamu skor A dalam semua subjek dalam ujian tu nanti," pesan Cikgu Wan lagi.

Mustahil!

⭐⭐⭐

Ujian Bulan Mei berlangsung. Para pelajar kelas 5F menghadap ujian matematik. Iskandar cuba memikirkan jawapan.

Apa jawapannya ni? Desis hati Iskandar.

Tiba-tiba, dah bayangan aneh mempengaruhi mindanya. Seekor raksasa berupa buaya muncul di hadapannya.

"Apa ni?" monolog Iskandar kehairanan.

Buaya itu cuba menyerangnya. Iskandar terus mengelak serangan maut itu.

"Macam mana nak lawan buaya ni?" monolognya lagi.

"Lebih baik mengelak daripada menyerang."

Pesanan Cikgu Wan masih terngiang-ngiang di fikirannya. Itu dia!

Iskandar mengambil pen biru yang dari tadi tidak disentuh. Dia mula menulis jalan kira matematik berdasarkan soalan yang direnungnya dari tadi. Seekor raksasa berjaya ditewaskan.

Sementara para pelajar menjawab dengan tekun, Cikgu Wan memandang langit sambil berdiri di tengah padang, mengharapkan anak muridnya berjaya.

Bang! Satu tembakan dari belakang sempat dielak Cikgu Wan.

"Kau ni gila ke apa sampai nak bagi kelas belakang skor A? Semua tu mustahil!" kata Niratcha mencekak pinggang.

"Kau tunggu je nanti," kata Cikgu Wan muncul di belakang Niratcha.

⭐⭐⭐

Seekor demi seekor raksasa ditewaskan.

"Bagus. Tinggal seekor lagi!" monolog Iskandar tersenyum gembira.

Seekor raksasa berekor sembilan muncul dengan saiz lebih besar.

"Baiklah!"

Tanpa disangka, raksasa itu menyerang Iskandar dengan pantas lalu menyebabkan segalanya gelap-gelita.

"Tak mungkin."

⭐⭐⭐

Para pelajar menunduk malu selepas apa yang telah berlaku ketika ujian bulanan itu. Cikgu Wan hanya diam berdiam di hadapan kelas. Dia menumbuk papan hitam dengan lemahnya dan bunyi menjengkelkan.

"Cikgu, kenapa murung ni? Cerialah sikit," kata Alif Najmi memecahkan kesunyian.

Cikgu Wan memandang Alif Najmi. Pelajar psiko itu menghempas kertas jawapan matematik milik satu kelas ke meja guru. Kebanyakannya markah 90 ke atas. Alif Najmi mengambil kertas jawapannya. Markahnya 100 peratus.

"Lagipun, saya ada jiwa pengetua kalau Cikgu Wan nak tahu," terang Alif Najmi tersengih sinis.

"Apa?" Cikgu Wan sedikit terkejut.

"Alaa... mengaku je yang cikgu tu pengecut. Cikgu boleh je gagalkan kami semua sebab cikgu tu pengecut. Cikgu takut pada kitorang, kan?" sindir Alif Najmi.

"Cikgu bukan pengecutlah! Baiklah, cikgu akan gandakan kerja sekolah kamu!"

"Eh!"

#vote

Kelas DSBWhere stories live. Discover now