BAB 1

142 9 0
                                    

"Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan." (Al-A'raf 7:181)

Monolog Si Mukmin

Perang akhir zaman adalah perang dunia, perang ketiga sesudah dua perang besar sebelumnya. Kematian sangat banyak, bahkan tiada dapat dihitung setepatnya, sebagaimana dalam semua peperangan.

Perang pertama dipalu gendang oleh seorang lelaki berupa kucing besar di negara gelas dan mahkota di kepala. Sementara perang kedua dipacu genderang petaka oleh seorang lelaki dengan panggilan Tuan Besar; al-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar).

Riwayat ini aku sampaikan agar aku tidak ditohmah tiada sampaikan kepada umat manusia. Semuanya dalam kasih sayang Allah. Hanya Dia tempat aku bermohon ampun. Hanya Dia yang Maha Berilmu dan Hikmah-Nya teramat tinggi lagi tersangat mendalam. Hitunglah mengikut kebijaksanaan kalian.

Dalam rangkaian hitungan tahun Hijrah, sesudah 1,300 tahun, mereka mengikat perjanjian. Raja Rom melihat perang dunia pasti terjadi. Allah menghendakinya berlaku kendatipun waktu tidak berlalu tanpa perjanjian demi perjanjian. Lalu berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman, namanya al-Hirr. Dia ingin menguasai dunia dengan kekuatan ketenteraan, memerangi seluruh bangsa di negara-negara bersalju, juga di wilayah-wilayah kebaikan. Dia bergerak dengan murka Allah sesudah beberapa tahun api menyala. Dia ingin membunuh rahsia ar-Rus.

Dalam jujukan hitungan tahun Hijrah sesudah 1,300 tahun, terhitung lima atau enam dasawarsa terkemudian, Mesir diperintah oleh seorang lelaki dengan panggilan Nashir. Bangsa Arab memanggilnyaSyuda al-Arab' (sang pemberani dari Mesir). Allah membuatnya hina dalam perang, tiada memperoleh kemenangan. Kemudian Allah menghendaki Mesir beroleh kemenangan pada bulan-bulan yang mereka cintai. Semua itu adalah untuk-Nya.

Mesir diterima sebagai pemelihara al-Bait dan jazirah Arab dengan adanya seorang lelaki bernama Sada, ayahnya Anwar. Akan tetapi dia berdamai dengan pencuri Masjid al-Aqsa di negara al-Hazin.

Di Iraq, muncul seorang lelaki yang bertindak sewenang, Sufyani. Pada salah satu matanya terdapat tanda kemalasan. Namanya al-Shaddam, yakni penghancur orang yang bersekutu untuk menentangnya. Dia adalah Mahdun (tertipu), tidak ada kebaikan bagi Sufyani kecuali dengan Islam. Dia baik dan ada juga buruknya, dengan kecelakaan dan pengkhianat bagi al-Mahid yang terpercaya.

Dalam lapisan hitungan tahun Hijrah 1,400 selama hitungan dua atau tiga dasawarsa, perang lagi dan lagi dan lagi. Sesat, jelaga hitam, dan kemelut iman dalam dakapan kedurjanaan!

Kemudian, al-Mahdi al-Amin keluar dan memerangi dunia. Dia menghimpunkan mereka yang sesat dan dimurkai Tuhan, orang yang terseret dalam kemunafikan di bumi Israk dan Mikraj (Baitulmaqdis) di tepian bukit Majidun (Mageddo). Dalam perang itu, keluar sang ratu dunia, pelaku makar dan pelacur. Namanya Amirika. Dia menggoda dunia dengan kesesatan dan kekafiran. Dalam pada itu, Yahudi berada di tempat tinggi, bahkan paling tinggi dengan menguasai al-Quds dan kota yang disucikan.

Oleh sebab pelakuan manusia durjana dan hikmat Allah Taala, di bumi Israk dan Mikraj tercetus perang dunia di mana al-Mahdi memberi peringatan kepada kaum kuffar. Maka, berkumpullah mereka untuk memerangi al-Mahdi dalam pasukan yang sangat besar yang belum pernah terhimpun sebelum itu. Selain daripada pakatan Yahudi al-Khazar dan bani Israel, wujud juga gerembolan lain yang bersekongkol yang tidak diketahui jumlahnya.

Al-Mahdi melihat janji Allah sudah tiba, maka Maha Benarlah janji-Nya itu. Kemudian Allah melempari mereka (yang kafir dan munafik) dengan lemparan maha dahsyat. Bumi, lautan dan langit terbakar untuk mereka, dan langit menurunkan hujan (petaka) yang sangat buruk.

Seluruh penghuni bumi mengutuk gerembolan kuffar. Allah memberi izin lenyapnya seluruh orang kafir dalam Perang Dajjal. Peperangan itu terjadi di Syam. Lalu, kejahatan pun binasa.

**********

Sebuah madrasah di Nusantara ...

"Dunia ini tak ada nilai walau dibanding dengan kepak nyamuk, Awang. Macam Sultan Salahuddin. Mu ingat sokmo itu."

Butiran mutiara daripada Tok Ayah Nik banyak. Namun, yang paling diingatinya adalah berkenaan Salahuddin al-Ayubbi. Kisahnya banyak. Semuanya mempunyai pengajaran yang tersendiri.

"Sebaik menjadi pemerintah Mesir, Salahuddin berubah sikap. Beliau lebih warak dan menjalani kehidupan sederhana yang ketat berdisiplin. Kesenangan dunia tidak diendahkannya. Seluruh tenaga ditumpukan untuk membina kekuasaan ketenteraan umat Islam agar mereka cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah umat Islam," cerita Tok Ayah Nik.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Justeru, aku menyerahkan hidupku ini untuk jalan jihad."

Beliau juga adalah pemerintah yang bertimbang rasa, terutamanya terhadap pemimpin atau negara bukan Islam. Namun, amat bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membebaskan Baitulmaqdis. Keadaan ini jelas dapat dilihat semasa Perang Salib.

Sepanjang hidupnya, Salahuddin al-Ayubbi tidak pernah membayar zakat kerana harta miliknya tidak pernah cukup haul dan nisab. Banyak harta miliknya telah didermakan. Dia tidak meninggalkan harta ketika wafat, kecuali wang satu dinar dan 47 dirham. Pengebumiannya diuruskan dengan ihsan kerajaan. Malah, kain kafan beliau juga didermakan oleh salah seorang menteri kerajaan.

Mengingatinya, Awang tersentuh. Terkenangkannya, Awang mencoretkan sebuah catatan.

Aku, hamba Allah yang sibuk dengan dunia.

risau akan urusan-urusan dunia,

walau Allah dan Rasul sering memberi ingat,

bahawa nilai dunia ini tidak sebanding hatta dengan kepak nyamuk.


Beramal kerana Allah, melangkah gagah,

tegakkan agama tercinta,

Islam pasti gemilang,

Untuk makhluk dan alam.


Walau usaha jihad di Palestin,

dilihat dan mahu dilihat masih gagal,

itu bukan penyebab untuk berdiam,

... kerana itu adalah bisikan Iblis dan Dajjal

... dalam susuk manusia dan doktrin busuk

... sang Zionis-Yahudi Israel dan konco-konconya.


Gegarkan naluri waja!

Teguhkan naiwaitu jihad!

Nyahkan sang pengkhianat dunia!

Bunuh syaitan-syaitan musuh Allah!

ORKESTRA ARMAGEDONWhere stories live. Discover now