bab 10

4.3K 351 15
                                    

(Di mall kawan aku)

Hidup ini...
Diibarat kan seperti-

"iman!"

..seperti sebuah-

"IMAN!"

"TCH! Kau nak ape?"

Kacau jer kite nak berpuisi.. aish!

" Aku dah jumpa brokoli!" Jerit alex dengan muka bangga.

Alexender yang kat tepi tu pulak buat muka malu+ dingin dia.

" pale otak kau brokoli! Ni terung lah!" Kata daniel yang berada tepinya.

" oh... ye ke?" Kata alex.

" pale otak kau jugak daniel.. tu bukan terung.. tu kubis" kata shim dengan muka bangga.

" oh.. ye eh? Baru nak acah pandai.." kata daniel dengan muka minta penyepak.

Alex pulak dah amik cili segenggam. Tinggal nak sumbat je dalam mulut daniel.

" korang.. kebodohan tu nak pakai jangan kat sini boleh?.. benda alah ni namanya sawi.." kata khai dengan muka redhonya. Dapat member terlebih bangang..

Makcik makcik kat tepi bawang tu gelak je tengok perangai kebodohan diorang ni. Haih..

Aku pergi ke troli untuk lihat apa yang diorang dah beli.

Barang yang aku suruh beli

Beras
Santan
Meggi
Asam keping
Kunyit hidup
Ayam mentah(sekor)
Serai
Cili padi
Snack(makanan ringan)
Sabun mandi
Syampu
Ubat gigi

Barang yang diorang beli

Beras✅
Meggi✅
Makanan ringan✅
Air tin
Minyak wangi
Baju
Kasut
Batang aiskrim (saya ulang.. BATANG AISKRIM SAHAJA)
Dan beberapa benda yang
Tak berguna.




HURM! Langsung tak boleh diharap..


"Ok.. macam ni..aku pecahkan kita kepada dua kumpulan. Aku, alex dan iman satu kumpulan cari barang basah. Khai, shim dan daniel cari barang keperluan yang lain." Arah alexender.

Yang lain pun ok kan je..

Kami mula pergi ke tempat masing2

" man.. aku gi timbang cili padi ngan serai jap" kata alex lepas aku dah isi dalam plastik.

Tinggal aku dengan kembar alex.

" dah berapa lama kau datang sekolah ni?" Soal alexender.

Eh.. dia tegur lah.. ehek!

" dari awal bulan lepas" balasku sambil cari asam keping.

" ouh..boleh tahan lama jugak kau tipu diorang.."kata alexender sinis.


Aku terkaku.


"Ape maksud kau?"

"Kau perempuan kan?"

" ok! Lepasni nak beli apa?" Soal alex yang baru datang bersama barang tadi.

Patutlah dari awal aku jumpa dia, dia tengok aku semacam..

Nasib baik alex datang cepat..

Tapi.. macam mana ni? Mamat ni dah tau..

😁😁😁😁

Mari masak bersama chef man

____________________________________

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan Masak Lemak

Beberapa Cili padi
Serai
Kunyit Hidup
Santan
Ayam atau baby chicken
Asam keping (Ekstrak asam pun boleh)
garam and sedikit gula

Cara Penyediaan

Masukkan ayam dan santan.Kalau ada santan asli, masukkan yang cair terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang pekat.Masukkan serai yg dititik, cili padi dan kunyit yang ditumbuk bersama asam keping.Reneh dgn api perlahan jangan sampai pecah minyak.Masukkan sayur-sayur yang ada.Garam saya masukkan paling akhir sekali.

____________________________________

Realiti

"Kecik nye halia ni.." kata daniel sambil merenung kunyit.

" shim.. bagi aku santan tu" arahku.

" mana?" Kata shim sambil memegang mangkuk santan.

" yang ko pegang tu apa?"

" oh.. ni santan eh.. ingatkan susu.."

" man! Macam mana nak titik serai?" Soal khai.

" weyh.. aku tak sanggup lah nak tumbuk cili padi ni.. huhuhu" kata alex.

" ayam.." kata alexender sambil tenung ayam.

Satu jam kemudian...

" haih... lepasni makan kat kafe jelah" keluh ku.

Kecoh betul dapur..

Paling tak boleh blah.. daniel lupa tutup pintu.. habis satu blok datang dorm mintak makanan.

Haih..

Dan.. lagi satu...

Aku hampir terlupa yang alexender dah tau jantina aku..

Tbc

Assalammualaikum and yow reader!

Sorry.. agak lambat author update 😥

Hope korang enjoy!

MUZIKAL BOY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now