TLP 40 ~ Sorrokkan

Start from the beginning
                                    

Clara berlari dan melonjak ke atas tangan Emma dan VY.

Pantas sahaja Emma dan VY melonjakkan tangan mereka keatas.

Clara mendarat kemas pada bahu Shin dan Shiro dan dia melompat kearah Kirito.

Kirito pula pantas membuat Hand Stand dan semasa melakukannya , kaki Clara mendarat diatas kaki Kirito.

Clara melonjakkan badannya keudara. Badannya berpusing pusing diudara sebelum mendarat betul betul dibelakang Si Ketua.

Belakang lutut ditendang hingga lelaki itu melutut. Pedang diacukan pada lehernya.

"Kerjasama penting bro." Bisik Clara.

Beberapa saat selepas itu , penonton bersorak kuat.

"Persembahan terakhir sangat memukau!!  Gandingan mereka sangat hebat!! Berikan tepukan paling gemuruh!!"

Semakin kuat sorakan penonton.

"Dengan ini , The Elements dari Crystal Academy layak ke Pusingan Kedua!!"

The Elements tersenyum.

Pertandingan diteruskan hingga kelapan lapan Academy selesai.

Academy Crystal Vs Academy Wizz
= Academy Crystal

Academy Alisa Vs Academy Maceana
= Academy Alisa

Academy Lucif Vs Academy Alendra
= Academy Lucif

Academy Devin Vs Academy Elvenia
= Academy Devin

"Dengan itu tamatlah sudah Pusingan Pertama!!  Pada jam 3:30 Petang , Pusingan Kedua akan disambung. Peserta boleh rehat selama 3 jam!! Jumpa lagi ya nanti!!"

Masing masing beredar untuk berehat.

"Wei sakit ahh pinggang aku ni asyik duduk kat kerusi je. Jom lah pergi rumah kita." Rungut Emma.

"Kerusi kepala otak kau. Sofa kut ni. Dah lah.. Aku pun nak tidur jap." Kata VY.

Mereka pantas menuju ke rumah yang disediakan.

Dan sampai sahaja disana , mereka terpegun.

"Bapak ah... Ni rumah ke istana gila!!"

"Lantak lahhh... Jom ahh masuk. Aku nak tutup penghadang ni. Kang tak pasal pasal ikan masuk." Kata Kiriro.

Selalunya kucing masuk rumah , ni ikan masuk rumah lak -_-"

Penghadang ditutup sebaik sahaja semua masuk. Air pula dikeluarkan.

"Nasib Underwater Potion tu halang baju jadi basah." Kata VY.

"Dah aku nak pergi bilik." Kata Clara. Beg beg semua dah sedia di teleport kan ke rumah ni dari Academy.

Clara memilih biliknya.

Clara memilih biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Aishar World: The Lost PowersWhere stories live. Discover now