Gambarnya waktu sekolah rendah . Pergh hensem gila budak ni . Ceh ! Dengan gemuknya . Siapa je nak rapat dengan dia selain Syazwin . Firasy Adrian tergelak kecil kerana sedar dia sudah masuk bakul angkat sendiri . Siapa isteri dia ni sampai boleh ada gambarnya waktu kecil ? Setahunya , dia hanya bagi gambarnya pada Syazwin . Takkanlah..?

Dia memusingkan gambar itu dan membaca nota yang di tulis .

' Dear Syazwin, saya tahu awak mesti akan lupakan saya nanti . Dah pindah tu nanti jangan lupa kita tau . Sentiasalah ingat saya yang hensem ni. Saya sayangkan awak tau Haura Syazwina '

Aku ke yang tulis ni ? Mak aii.. jiwang gila aku ni padahal baru sekolah rendah . ish ish ish . Dia membaca pula balasan di bawahnya .

' Never Firasy Adrian :) '

Sah ! Isteri dia ialah perempuan yang dia cinta selama ini . Tak salah dia memilih Haura Syazwina sebagai isterinya dan cuba mencintai dia . Rupanya dia lah perempuan itu .

End Flashback

"Abang selongkar barang saya ? Ya allah bang ! Nasib baik tak jumpa barang pelik - pelik . Gatal !", geram Haura Syazwina dibuatnya .

Firasy Adrian tergelak besar . Dia juga mengaku dia gatal waktu tu .

"Jadi selama ni abang cintakan saya ?", tanya Haura Syazwina sambil menatap wajah tampan suaminya .

Firasy Adrian tersenyum senget . Dia mendukung isterinya lalu mencium pipi isterinya .

"I love you and i'm gonna make you mine tonight"

Terjerit kecil Haura Syazwina dengan tindakan refleks suaminya . Segera dia berpaut pada leher suaminya . Dia mengangguk kecil . Kepala dibenamkan di dada bidang Firasy Adrian . Malu !

Mereka sama - sama tergelak . Firasy Adrian menutup pintu balkoni dengan sebelah tangannya manakala sebelah lagi menampung badan isterinya .

*****

"Airis !"

"Haura!"

Mereka berpelukan setelah lama tidak berjumpa walaupun bekerja di pejabat yang sama . Masing - masing sibuk dengan kerja .

"Aku ada cerita ni", seloroh Haura Syazwina . Mukanya kelihatan gembira .

"Kenapa, dah ada isi ke ?", soal Airis Nadhirah . Dia memegang perut Haura Syazwina . Haura Syazwina menjulingkan mata ke atas lalu menepis tangan Airis Nadhirah .

"Eish kau ni aku hempuk karang . Aku dengan dia baru je berbaik ! Dia dah tahu aku siapa ! Happynya !", terlompat - lompat Haura Syazwina waktu menceritakan .

"Wah ! Baguslah macam tu , bahagialah korang lepas ni", usik Airis Nadhirah . Dia tumpang gembira melihat rakannya gembira . Harap kegembiraan sahabatnya ini berkekalan .

"Hehe , jom lunch, aku belanja", ajak Haura Syazwina lalu memegang tangan rakannya .

"Jimat duit aku , alhamdulillah"

Berderai ketawa mereka . Tanpa mereka sedari , ada sepasang mata tajam melihat mereka berdua . Senyuman sinis terbit di bibir lelaki itu .

"Well , my dear Haura , berbahagialah dulu sebelum episod derita kau datang"

*****


Wahai readers yang ku sayangi sekalian , janganlah jadi silent readers. Kesian author , rasa macam cakap dengan kayu 😹

Don't forget to vote and comment ❤



Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now