"Bosan betullah macam ni", gumamnya perlahan .

Firasy Adrian mengerling isterinya sekilas lalu sambung fokus memandu.

Lama - kelamaan , mata Haura Syazwina memberat dan terus terlelap .

*****

Perlahan - lahan Haura Syazwina membuka mata apabila terasa seperti ada orang sedang merenungnya .

Terkejut bukan kepalang lagi apabila wajahnya dan Firasy Adrian hanya jarak beberapa meter .

"Tahu pun nak bangun , aku baru niat nak cium kau"

Membuntang mata Haura Syazwina . Ey gatalnya ! Suami siapalah ni ?

Tidak dapat menahan debaran di hati, terus dia membuka pintu dan keluar . Ternganga mulutnya apabila melihat sebuah rumah seperti istana di hadapannya kini .

"Rumah siapa ni bang ?", tanya Haura Syazwina teruja .

"Ni bukan rumah tapi markas", jelas Firasy Adrian .

"Markas apa ?", soal Haura Syazwina .

"Kau akan tahu nanti"

Terus kaki Firasy Adrian melangkah masuk ke dalam markas . Haura Syazwina membuntuti langkah suaminya . Jejak saja di ruang tamu , makin ternganga mulutnya . Cantik sungguh ! Dengan perabot yang berwarna hitam dikenakan dengan suasana bilik yang berwarna kelabu dan gold . Sumpah lawa !

Firasy Adrian tergelak kecil melihat wajah jakun isterinya . Cepat - cepat serius kan muka balik .

"Sini , aku nak tunjuk kau sebuah bilik", panggil Firasy Adrian .

Sampai sahaja di bilik tersebut , aku terkejut .

Terdapat ramai orang sedang berlatih. Ada yang bergusti , menembak , memanah .

Mereka semua menundukkan badan  apabila ternampak Firasy Adrian . Firasy Adrian mengangguk sedikit .

"Continue"

"Tempat apa ni ?", tanya Haura Syazwina .

"Tempat aku dan anak - anak buah aku berlatih"

Melopong Haura Syazwina mendengarnya .

"A-awak ma-mafia ?", tanya Haura Syazwina .

Firasy Adrian tersenyum sinis seraya menggangguk .

"Ya , aku memang mafia , come , let me explain you everything", dia menarik tangan isterinya dan memasuki sebuah lagi bilik yang dilengkapi dengan perabot . Mungkin ini tempat mereka berehat .

"Nama ayah aku , Richard Abdullah . Dia seorang mafia tergerun dan paling di takuti , tak kisahlah dalam malaysia atau luar negara . Sebut je Black Killer , semua kenal . So , aku ni sebagai satu - satunya pewaris yang ada , ayah turunkan pangkatnya dekat aku selepas dia meninggal dunia . Aku memang dari kecil dah dilatih untuk menembak , berlawan apa semua", terangnya . Haura Syazwina terkebil - kebil mahu mencerna apa yang baru sahaja suaminya terangkan .

' Suami aku mafia ? Ohmaigod '

"Selama n-ni abang dah ada bunuh orang lah ?", takut - takut Haura Syazwina menyoal .

Firasy Adrian menggeleng .

"Tak , aku cuma arahkan anak buah aku je"

"S-saya nak balik", ujar Haura Syazwina . Dia bukannya tak boleh terima pekerjaan suaminya yang kedua ini , tapi terkejut . Tapi dia berasa lega apabila mengetahui suaminya belum pernah membunuh dengan tangannya sendiri .

Segera Haura Syazwina bangun dan berlalu keluar .

Firasy Adrian mengeluh . Dia tahu isterinya tidak boleh menerima sisi gelapnya . Dia redha . Perlahan - lahan dia juga bangkit dan keluar dari markas ini .

Jika begini , susahlah dia mahu melaksanakan kerja yang di beri untuk isterinya .

Sekali lagi dia mengeluh . Takpe , perlahan - lahan dia akan cuba memujuk .

*****

Don't forget to vote and comment ❤

Mr. Hati Beku [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ