aku melabuhkan punggung di sebelah nenek. kepalaku aku tundukkan sedikit tanda menyapa.

" h-hai-" tegurnya tanpa memandang wajahku.

" hai, aku hong chanmi. kau?" tanganku aku hulur untuk berjabat dengannya.

" s-saya kim junseo" ujarnya sambil mengangkat muka dan menyambut huluran tanganku.

aku tersenyum lalu melepaskan genggaman. bahu halmeoni aku peluk.

" kau ni budak baru ke kat sini? bila pindah? aku tak pernah pul-"

" memanglah chanmi tak nampak, sebabnya dah 2 tahun tak balik sini." sindir halmeoni. aku tersengih.

" sowwy!" kepalaku aku lentok manja ke bahu halmeoni.

" saya baru pindah tahun lepas." aku mengangguk.

" umur berapa?" soalku ingin tahu. sebab dalam pandangan mata kasar aku, umur dia ni nak dekat 20 - an.

" 17." tersedak air liur aku mendengarkannya. muka mature tapi umur baru- 17?! like seriously.

serupa sangat dengan perwatakan guanlin. erk, k staph.

" nama panggilan saya junseo tapi saya popular dengan nama bean sprout prince kat sekolah." aku mengangguk.

tiba - tiba teringat dekat ben. ehek, janganlah budak junseo ni jadi yang ketiga duhai-

" erm, kau sekolah kat mana?"

" ilsan highschool. tarikh lahir saya 19 november. jangan lupa tau?" sempat junseo kenyit mata. aku tertawa halus.

" hari jadi aku pulak 2 hari selepas hari lahir kau. jangan lup-" sekali lagi kata - kataku terhenti mengingatu tarikh itu.

tarikh lahir aku, sama dengan tarikh ben pindah. sejak dari ben pindah, bagi aku, aku dah takde tarikh lahir.

yang ada cumalah, tarikh perpisahan. aku tersenyum lalu menggeleng kecil.

" takde papelah." junseo mengangguk.

" halmeoni, ada laici kotak tak? hauslahh!" rengek junseo. aku mencebik.

" ee, manjanya kau." ejekku. junseo sekadar menjelirkan lidahnya kepadaku.

" ada, pergilah amek sendiri kat dapur dalam peti ais sana tuh-" arah halmeoni. junseo terus mengangkat punggung berlalu menuju ke dapur.

" amekkan aku punya sekali!" pesanku.

" pemalas!" sahutnya. aku mencebik.

" halmeoni pun nak satu, nak kata halmeoni malas jugak ke?" terkekek - kekek aku ketawa mendengarkan sindiran halmeoni.

amek kau kena setepek-

junseo kembali bersama dengan 3 kotak air laicinya dengan muka masam mencuka.

satu kotak dihulur kepadaku manakala yang satu lagi diberikan pada halmeoni. satu kotak lagi dia punyalah-

junseo menghempaskan punggungnya di atas sofa sambil menghirup air laici kotaknya.

" korang dua boraklah dulu. halmeoni ada hal nak urus kat dapur-" beritahu halmeoni sebelum berlalu pergi ke dapur.

aku menghembus nafas dan menghirup air laici kotak yang kosong itu berkali - kali.

" weh, weh. tengok aku buat cpr kat air kotak ni-" junseo menoleh memandang ke arahku.

aku menghembus nafas dan menghirup air laici kotak yang tidak berisi itu berkali - kali lalu aku toleh pandang junseo.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now