Prolog

105 3 0
                                        

Malam yang hening dan suram membungkus segala keperitan yg dilalui oleh Syazana. Dendam kesumat yang lama terkubur di dalam hatinya terbalas dengan pertolongan si mayang. Tanpa Syazana sedar perbuatan terkutuk yg telah dia lakukan telah memakan dirinya sendiri kerana dek dendam nya terhadap Imran. Kini semua kegelisahan dan keperitan Syazana telah dilunaskan,rambut mayang di usap usap dan hilai tawa Syazana jelas kedengaran di dalam wad Cempaka. Jelas sekali bilik yg menempatkan Syazana menjadi seribu persoalan di kepala para jururawat dan petugas di Hospital mental Jawa Barat. Tangisan demi tangisan dan hilai tawa terngiang ngiang kedengaran di gegendang telinga para petugas di situ. Jelingan sinis yg selalu diberikan oleh Syazana terpampang seribu persoalan di kepala Cik Ainon, apakah penyebab boleh berlakunya seperti itu kepada kondisi Syazana. Cik Ainon yg baru sahaja menjejakkan kakinya selaku perawat gantian yang menggantikan Cik Umaira yang tiba2 menghilang tanpa dikesan jelas membuatkan Cik Ainon begitu tertarik untuk lebih menyelidik keadaan Syazana. Apakah misteri di sebalik kehilangan Cik Umaira dan apakah hubungan Cik Umaira dngn Syazana serta siapakah Mayang? Mengapa nama Imran selalu disebut-sebut oleh Syazana dan kenapa kebanyakan petugas di Hospital Mental Jawa Barat tidak mengendahkan Syazana seakan2 Syazana telah lama meningggalkan bilik 104 tersebut, tangisan demi tangisan yg selalu menghantui diri Cik Ainon. Pelbagai persoalan yg bermain di pikiran Cik Ainon, Mengapa harus beliau yg terkena mala petaka sebegini dan mengapa dia yg terpilih untuk menghadapi semua ini. Kegelisahan yg dialami Cik Ainon membuatkan dirinya tidak tentu arah dan setelah dia mendapat tahu bahawa sebenarnya Syazana itu adalah……..

MayangWhere stories live. Discover now