BAB1: CHAMPION DILAHIRKAN DAN DIBENTUR

54 3 0
                                    

Saya menggunakan istilah 'Champion' bagi maksud dalam bahasa Melayu untuk 'juara'. Saya berhasrat untuk menjadikan istilah 'Champion' sebagai kosa kata yang diterima pakai dalam bahasa Melayu.

Para Champion sama ada memang dilahirkan dan boleh juga dibentur. Seorang champion dari seluruh para champion sepanjang masa ialah Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu'alaiwasallam). Banyak strategi Champion semasa menghadapi serangan tentera kuffar, menghadapi kesukaran dan kelaparan, menghadapi permasalahan para sahabat baginda dan pada seluruh kehidupan Rasulullah yang diumpamakan sebagai al-Quran berjalan itu.

Salah satu contoh teladan terbaik ialah seperti mana disebutkan Allah dalam al-Quran dan memang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu'alaiwasallam), iaitu:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya." (Surah al-Anfaal ayat 60)

Ya sumber Champion paling utama dan selamanya ialah kitab teragung al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu'alaiwasallam). Berfikir Gaya Champion bukan sahaja ujana sang multi-jutawan Donald Trump, para pemikir Barat dan jutawan dunia lainnya, malah terlebih utama ialah ianya saranan Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu'alaiwasallam).

Ilmu pengetahuan atau hikmah itu adalah illmu milik para Mukmin yang tercicir. Lalu Donald Trump (walaupun bukan muslim) dan lain-lain susuk manusia sepanjang zaman mengutipnya.

Orang Mukmin tidak harus berputus asa dari berusaha dan memohon bantuan Allah kerana Allah berkata:

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah ali-Imran ayat 200)

Banyak definisi champion. Apa yang utama ialah seseorang champion mahu mencapai kejayaan khusus. Keadaan biasa-biasa tidak ada dalam kamus seorang champion. Champion berfikiran besar dan terkehadapan, walaupun masa hadapan masih dalam perancangan Allah. Seperti kata Donald Trump, "Champion fokus dan berdisiplin."

Kata Jack Dempsey, peninju Amerika Syarikat yang memegang gelaran juara dunia kelas berat 1919-1926, "Champion adalah seseorang yang bangkit ketika dia tidak boleh."

Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu'alaiwasallam) memang seorang champion sepanjang zaman. Keperibadian baginda sudah dibentuk sejak dari dalam rahim ibunya lagi oleh Allah. Memang Allah sudah menentukan takdirnya menjadi champion untuk manusia dan umat Islam. Namun seorang champion teragung tetap diuji dan diperhalusi Allah dengan cubaan.

Bagaimana dengan kita? Setiap seorang dari kita boleh juga mencipta champion dalam diri, bagi keluarga, untuk komuniti, bagi negara dan bagi umat Islam sejagat. Saya amalkan moto 'usaha, doa dan tawakal.'

Dalam buku Jangan Bersedih, Dr. Aidh Abdullah al-Qarni menyarankan, "Anda tidak perlu bersedih ketika kesulitan menimpa, masalah datang bertubi-tubi, dan berbagai rintangan datang menghadang. Anda hanya perlu bersabar dan bertahan, kerana pertolongan Allah sudah menghampiri."

Ini juga membawa maksud bahawa apa yang perlu anda lakukan ialah bersabar di samping berdoa. Seterusnya berusaha menggunakan seluruh kudrat dan daya minda, serta akhirnya bertawakal. Ini kerana Allah Maha Mengetahui setiap ciptaan-Nya, seperti termaktub dalam al-Quran.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya ..... (Surah al-Baqarah ayat 286)

Berfikir Gaya Champion merupakan saranan Allah melalui contoh teladan champion teragung sepanjang zaman, Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu'alaiwasallam).

DOKTRIN KESATRIAWhere stories live. Discover now