💘30💘

1.4K 135 23
                                    

☉☉☉☉☉

Selesai sahaja aku bersiap, aku terus keluar dari bilik aku dan terus ke dapur untuk sarapan.

"Selamat pagi Unnie" tegurku pada Hyekyo Unnie yang sedang hidangkan sarapan untuk aku.

"Selamat pagi" balas Hyekyo Unnie.

Aku ternampak ada sampul berwarna biru di atas meja makan.

Aku mengambilnya.

"Unnie. Ini siapa punya?" Soalku pada Hyekyo Unnie.

"Jaerin punya" jawab Hyekyo Unnie dengan senyuman yang lebar.

Untuk aku?

Aku melihat kandungan dalam sampul surat itu.

"Woah!!!!!!! UNNIE!!!!" Teriakku apabila melihat isi kandungan dalam sampul surat itu.

Aku memeluk Hyekyo Unnie dengan gembira.

Hyekyo Unnie balas pelukan aku.

"Apa bising-bising ni?" Soal Jongki Oppa yang baru keluar dari biliknya.

Nampak sahaja Jongki Oppa, aku terus memeluknya.

"Kenapa ni?" Soal Jongki Oppa.

"Gomawo Oppa..." ucapku gembira.

"Gomawo? Untuk apa?"

"Untuk tiket masuk MAMA Hongkong" kataku sambil tunjuk tiket masuk MAMA Hongkong yang ada di dalam sampul surat itu.

Jongki Oppa hanya senyum dan mengusap kepalaku dengan lembut.

"Jaerin suka?"

"Mestilah Jaerin suka!!! Jinjja Gomawo Oppa!!"

Aku memeluk Jongki Oppa erat.

"Dah-dah. Pergi sarapan dulu. Nanti lambat pulak pergi sekolah."

"Nae..."

Kami semua duduk di meja makan dan makan makanan yang dihidangkan oleh Hyekyo Unnie.

-

Aku dan Hyunjae masuk ke dalam kawasan sekolah bersama-sama.

Macam mana aku boleh datang sekolah bersama Hyunjae?

Macam ini kisahnya....

Tadi masa aku nak sarapan, Hyunjae datang ke rumah aku.

Dia cakap yang dia nak pergi sekolah dengan aku sebab motor dia rosak.

Jadi, begitulah kisahnya.

"Weh! Hyunjae. Cuba kau tengok diorang tu. Sweetkan..." kataku pada Hyunjae sambil tunjuk ke arah Hana dengan Juyeon yang sedang berpegangan tangan.

"Tak sia-sia aku rancang plan tu.." kataku lagi sambil melihat scene romantik itu.

Hyunjae pandang pasangan itu dengan hanya sekilas pandang.

"Kau tak rasa romantik ke?" Soalku padanya.

"Tak..." jawab Hyunjae selamba.

"Tak? Pelik la kau ni."

Baru je aku nak sambung berjalan, Hyunjae tiba-tiba peluk aku dari belakang.

"Ini baru romantik.." kata Hyunjae dengan berbisik di telinga aku.

Bulu roma aku naik.

Aku lepaskan diri dari pelukannya.

"Apa kau buat ni?!" Marahku lalu berjalan pergi meninggalkan Hyunjae.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now