💘10💘

1.6K 148 21
                                    

🔔🔔🔔🔔🔔

Tiba sahaja waktu balik, semua pelajar terus keluar dari kelas.

Nampak sahaja, kereta Jongki Oppa, aku terus masuk.

"Eh? Jongki Oppa dah sihat dah? HyeKyo Unnie pun ada? Unnie dengan Oppa baru balik dari kerja ke?" Soalku apabila melihat HyeKyo Unnie ada sekali.

Selalunya, HyeKyo Unnie tak ikut kalau Jongki Oppa ambil aku.

"Hari ni kita orang tak ada kerja. Jadi, kita orang ingat nak main bowling" beritahu HyeKyo Unnie.

"Main Bowling?! Woah! Bestnya!! Tapi, takkan Jaerin nak main dengan pakai baju sekolah ni?"

"Oppa ada bawa baju Jaerin dekat bag kertas belakang tu. Nanti Jaerin tukarlah dekat tandas" kata Jongki Oppa.

Huh..😥

Nasib baik Jongki Oppa bawa baju..

Kalau tak, terpaksalah aku main bowling dengan pakai skirt.

-

Sampai sahaja di pusat bowling, Jongki Oppa dan HyeKyo Unnie memakai topeng mulut berwarna hitam.

Sementara Jongki Oppa membuat pendaftaran, aku pergi tukar baju dekat tandas.🚺

Selesai sahaja aku menukar pakaian, aku mencari Jongki Oppa dan HyeKyo Unnie.

Aku cari,cari,cari...

Akhirnya aku jumpa diorang.

Jongki Oppa dan HyeKyo Unnie ambil bahagian di hujung sekali.

Pandai Jongki Oppa pilih tempat.

Aku dah lah tak pandai main...

Buat malu je kalau orang lain tengok bola bowling aku masuk ke dalam longkang.

Aku main ni pun, sebab aku suka.

-

🎳🎳🎳🎳🎳

Nama pertama, Jongki Oppa letak nama aku.

Nama kedua, HyeKyo Unnie dan terakhir nama Jongki Oppa.

Aku melihat orang lain yang baling bowling.

Setiap balingan diorang, kena semua pin.

Ada yang strike lagi.

Jeles aku.

Memandangkan aku permain pertama, aku kena mula dulu.

Aku mengambil bola bowling yang beratnya 8kg.

Itu je yang paling ringan yang aku jumpa.

Aku pun buat gaya seperti orang pro.

Baru je aku nak baling, ada beberapa orang namja datang ke bahagian sebelah aku dengan riuhnya.

Suara mereka je yang dikedengaran di pusat bowling ni.

Apabila aku pandang je, aku nampak Hyunjae bersama dengan member-membernya.

Aku terkejut.

Aduhh!!😦

Kenapa diorang ada dekat sini pulak??😑

Aku letak semula bola bowling aku dan pergi ke arah HyeKyo Unnie.

"Unnie ada topeng mulut lagi tak?" Soalku.

"Ada. Jaerin nak ke?"

Aku hanya anggukan kepala aku.

HyeKyo beri aku Topeng mulut hitam kepada aku.

Selesai sahaja aku pakai, aku ambil semua bola bowling aku.

Aku berdiri di tengah-tengah lalu buat pose.

Aku perasan yang member Hyunjae sedang memerhati aku.

Aku tarik nafas...

Hembus....😥

Aku berjalan ke hadapan, lalu membaling bola bowling itu.

Bola itu pergi ke arah tepi.

Tepi, tepi, tepi...

Akhirnya bola tu masuk ke dalam longkang.

Ok...😧

Tak pe...😑

Aku ada peluang lagi satu.

Semasa aku nak ambil bola bowling, aku sempat pandang Hyunjae yang tersenyum-senyum melihat keputusan aku di tv kecil yang digantung di bahagian atas.

Tak apa Jaerin...

Kau boleh buat...

Aku baling sekali lagi bola bowling itu.

Dan...

Keputusannya ialah....

Bola masuk ke dalam longkang sekali lagi.

Buat malu je la...😕

Aku hanya berdiri di situ tanpa menoleh kebelakang.

Aku..

Malu...😶

Kalau dapat jatuh 1 pin tak apa juga.

Ini langsung tak ada!😣

Aku dapat dengar gelakan kecil dari member-member Hyunjae.

Aku pandang mereka lalu menjeling tajam pada mereka.

Mereka terdiam.

Aku duduk di sebelah Jongki Oppa.

"Pandainya adik Oppa main..." perli Jongki Oppa.

Huh!😧

Jongki Oppa pun sama je...

Bukan nak sokong..😒

-

Sementara HyeKyo Unnie main, aku pandang member-member Hyunjae lemparkan bola bowling.

Diorang tak adalah pandai sangat main..

Tadi punya gelak macam pro sangat tapi, lebih kurang je mcm aku...

Selesai sahaja Jongki Oppa melemparkan bola bowlingnya, aku pun mengambil bola bowling untuk dilempar.

Kali ni aku nak buat betul-betul.

Aku melemparkan bowling itu betul-betul di tengah landasan bowling itu.

Bowling itu perlahan-lahan bergolek-golek ke arah Pin.

Golek, golek, golek...

Dan...

Yeay!!!!

Strike!!!!🎉🎉🎉🎉

Aku terus berlari ke arah HyeKyo Unnie dan memeluk HyeKyo Unnie.

"Yeay!!! Strike pertama Jaerin!!" Kataku teruja.

Selepas sahaja aku selesai melompat teruja, aku pandang member-member Hyunjae.

Aku naikkan kening sebelah aku pada diorang.

Nak berlagak sekejap..😎

Diorang diamkan diri dan sambung melemparkan bola bowling mereka.

HAHAHAHA!!😈








TBC...

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now