1- Who are they?

20 0 0
                                        

"NO! Please don't do this. I'm sorry. I'm sorry." rayu seorang gadis yang memakai cermin mata besar sekali pandang nampak seperti budak nerd.

"WATER FALL COMING!" kata Emillia yang tersenyum gembira sambil menuang segelas jus oren di atas kepala gadis berspek mata itu.

"Ahh!" habis lencun kepala gadis itu dengan jus oren.

Emillio hanya memerhati sambil tersenyum sinis. Dia menyandar badannya di meja kantin sambil tangan kiri berada di dalam poket seluar sekolahnya.

"Don't mess up with me. I takkan buat macam ni kalau you yang start dulu. Get it ?. " kata Emillia yang mengibas rambut panjangnya lalu melangkah pergi meninggalkan kantin.

"WOI! Bodoh tinggal aku. Kacang forget skin betul." kata Emillio lalu mendengus kasar. Dia kemudian memandang gadis yang basah dengan jus oren sekejap.

"Aku rasa kau akan kena hurung semut sekejap lagi. Good luck." kata Emillio sambil mengangkat tangan kananya. Dia juga melangkah pergi dari situ.

Tinggallah gadis yang berspek mata besar itu menahan malu dan kesan melekit di badannya.

Pelajar-pelajar yang berada di kantin tersebut hanya memerhati. Dalam himpunan pelajar tersebut hanya seorang pelajar perempuan yang berkerut muka menandakan tidak puas hati.

1

Zephy Smith Private School. Sebuah sekolah berasrama penuh yang penuh prestij dan terkenal kerana kebanyakan pelajar daripada sekolah tersebut mempunyai kecemerlangan yang tinggi sekaligus mengharumkan nama sekolah tersebut. Sekolah yang ditubuhkan daripada keluarga aristokrat yang disegani ramai iaitu Smith dan kini telah diambil alih oleh Earl Aryan Smith.

1

"Kesiannya perempuan tu! Jahatnya kembar tu!" kata Hanis salah seorang daripada penonton kejadian tadi.

"Mesti ada benda perempuan tu buatlah sampai Emillia buat macam tu." balas kawannya Dahlia.

"Yeke? Aku tak percaya. Dah terang nampak budak tu kena buli kan?" kata Hanis yakin.

"Kau budak baru mestilah kau tak percaya" kata Lisa pula.

Dahlia hanya mengangkat kening tanda setuju dengan kata Lisa sebentar tadi.

"Hah? Jadi apa kena mengena? Ah tak kisahlah yang penting aku nampak perempuan tu kena buli dengan kembar tadi tu. Aku nak report kat Madam Alina lah ataupun Sir Aryan biar padan muka dorang" kata Hanis.

"If you can. Kau tak kenal dorang lagi. Dorang ni kebal tahu tak." balas Dahlia sambil memandang tepat muka Hanis.

"Apasal pulak? Who are they?" tanya Hanis sambil mengerutkan dahinya.

"Okey aku cerita. Tapi ringkas jelah. Emillio dengan Emillia ni kembar yang terkenal kat sekolah ni. Well kau pun tengok tadi dorang ni boleh dikatakan pakej kan? Dorang ni terkenal juga dengan perangai dorang yang nakal gilaaaaa. Dorang ni suka usik orang atau kacau orang yang buat masalah dengan diorang. Tapi tak adalah sampai membuli. Ramai je buat report tapi tak berguna pun kalau buat." terang Lisa lalu menyedut air minumannya.

"Hah? Apahal tak berguna kalau buat report? Semua orang dalam sekolah ni kaya kot? Asal tak saman je kembar dua orang tu" kata Hanis sambil mendengus kasar.

"Pemilik dan pengetua ni Sir Aryan Smith kan?" tanya Dahlia kepada Hanis.

Hanis menggangguk sambil mengerutkan dahi tanda tidak faham.

"Sir Aryan tu pakcik dorang. More to uncle kesayangan doranglah. Uncle dorang sayang sangat kat dorang jadi tiada siapa yang boleh sentuh dorang." kata Dahlia sambil mengangkat kening.

"Sir Aryan pun tahu perangai sebenar dorang" kata Lisa pula.

"Ada haritu ada seorang budak perempuan dia pergi jumpa Sir Aryan lepastu burukkan kembar tu kat Sir Aryan. Perempuan tu fikir Sir Aryan tak kenal perangai sebenar anak saudara dia so perempuan buat cerita tak betul kat Sir Aryan. Sudahnya budak tu dah kena buang sekolah." cerita Dahlia ringkas.

"Sebelum kau buat andaian apa-apa. Memang patut perempuan tu kena buang sekolah. Perempuan tu jealous dengan kembar tu lagi-lagi Emillia sebab crush perempuan tu minat Emillia so dia buatlah camtu." kata Lisa pula.

"Pengajarannya kau tak usik diaorang, dorang tak usik kau. Simple. " kata Dahlia pula ringkas untuk menamatkan penerangan kisah budak kembar itu kepada Hanis.

"Ada soalan?" tanya Lisa kepada Hanis.

"Kau kata diorang ni terkenal dengan perangai nakal? Mana nakalnya?" tanya Hanis.

"Ouh yang tu. Dorang ni suka buat prank kat orang. Kalau ada orang buat pasal dengan dorang ataupun dorang tak suka dengan orang tu. Habislah orang tu kena prank hidup-hidup"

"Ada yang sampai berhenti sekolah sebab tak tahan sangat"

"Ada juga yang saman. Tapi kembar tu selalu menang dekat mahkamah."

"Tapi sekolah ni terkenal kot? Banyak rekod bersih tentang sekolah ni" tanya Hanis kepada dua orang rakannya.

"Dorang ni walau nakal tapi dorang ni selalu harumkan nama sekolah and memang banyak pelajar sekolah ni hebat-hebat termasuk kitaorang. Kau tengah kawan dengan budak yang menang pertandingan melukis peringkat antarabangsa kot." kata Lisa bangga.

"Dan kau tengah kawan juga dengan penari balet yang menang pertandingan menari ballet peringkat antarabangsa juga." kata Dahlia sambil membuat muka bangga.

"Ok sekolah ni gempak. Aku tak salah pilih sekolah dan kawan" kata Hanis sambil tersengih.

"Kau akan rasa bertuah duduk kat sekolah ni kalau kau tak kacau kembar tu" kata Dahlia ringkas.

"Hm okay. Pencapaian korang ni buatkan aku nak juga harumkan nama sekolah ni. Korang rasa aku kena daftar kelab apa?" tanya Hanis bersemangat kepada dua orang rakannya.

"Beli perfume banyak-banyak pastu semburlah kat sekolah ni. Dah harum." kata Lisa yang ingin membuat lawak. Usaha tangga kejayaan.

"I rate your punchline -10/10." kata Hanis sambil menjeling Lisa.

"Kau minat apa dan kau hebat dalam bab apa?" tanya Dahlia kepada Hanis.

"Hmmm.Kalau sukan aku handal dalam jadi ahli sorak." kata Hanis semangat.

"Good sekolah kita ada pasukan sorak iaitu The Prestige Zephy jadi kau boleh daftar masuk" kata Lisa sambil tersenyum nipis.

"Esok ada aktiviti ko-kurikulum kan? Aku nak daftar esok! " kata Hanis semangat.

"Tapi pengerusi kelab dan ketua pasukan tu orang yang sama. Kau boleh terima tak?"

" SERIOUSLY? Of course, I can accept it. Siapa? Boleh aku buat kawan" kata Hanis dengan matanya penuh sinar harapan.

Lisa dan Dahlia berpandangan lalu tersenyum sambil memandang Hanis.

"Emillia Nathalia Smith Binti Dato' Seri Asyraf Smith"

"bullshit"

THE TALES OF SMITH TWINSStories to obsess over. Discover now