[ 9 ]

170 18 0
                                    

" Imo, saya nak bayar ni! " jerit Jennie sambil menayang-nayangkan mata wang kertasnya.

Makcik tersebut pantas sahaja bergerak ke arah Jennie. Duit tersebut disambutnya dengan senyuman lebar.

" Saya balik dulu. " ujar Jennie. Dia cuba bangun dari duduknya untuk berjalan tetapi langkahnya kian terhuyung-hayang kerana mabuk.

Yoongi yang memerhati sedari tadi melepaskan keluhan kecil. Beberapa keping mata wang diletakkan di atas meja lalu burger dan setin minuman keras pineapple yang terletak di dalam plastik itu diambilnya. Langkahnya diatur menghampiri Jennie.

" Yah. Rumah kau kat mana? " soal Yoongi. Jennie memandang Yoongi dengan mata kuyunya.

" Buat apa kau nak tau, pakcik? " balas Jennie berbalik soalan.

Yoongi menarik nafasnya lalu dihembus. Pakcik dia panggil aku? Hey! Aku baru 24 tahun!

" Meh aku hantar kau balik. " ujar Yoongi lalu lengan Jennie dipegangnya erat. Jennie sekali lagi memandang wajah Yoongi.

" Tak payahla. Kau bukannya tau aku tinggal mana. " ujar Jennie. Dia cuba untuk menepis tangan Yoongi tetapi dia terlalu mabuk dan lemah untuk berbuat sedemikian.

Yoongi mengeluh kecil. Degil la budak ni.

" Aku han... WOI! " belum sempat Yoongi ingin menghabiskan kata-katanya, Jennie sudah termuntah mengena kasut yang dipakai oleh Yoongi.

" Shit! Apasal kau ni?! " marah Yoongi. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru-garunya. Bagaikan sudah buntu hendak buat apa. Banyak kut dia muntah. Warna kuning lak tu. Dah la busuk. Haish!

" Aku pening ah. " kata Jennie sebelum badannya rebah di atas jalan. Pengsan.

Yoongi membeliakkan kedua-dua anak matanya. " What?! "

Yoongi memandang sekitarnya. Tiada sesiapa yang lalu lalang pun. Tiba-tiba dia ternampak sebuah teksi. Pantas sahaja dia menggapai-gapaikan tangannya mengharap agar teksi tersebut berhenti di samping jalan.

Nasibnya baik kerana teksi tersebut berhenti di samping jalan. Pintu bahagian belakang dibuka lalu tubuh kecil Jennie diangkutnya masuk ke dalam teksi. Pintu ditutup lalu Yoongi bergerak ke pintu hadapan pula untuk dia masuk.

" Tolong hantar ke Taman Gangdaemun ya. " pinta Yoongi. Pemandu teksi itu menganggukkan kepalanya lalu dia memulakan pemanduan.

Yoongi memandang ke arah kasutnya yang telah diselaputi dengan muntah itu. Keluhan kecil dilepaskan.

" Masalah masalah. "

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Siapa tu? " soal Hoseok tatkala Yoongi baru sahaja meletakkan Jennie di atas sofa di ruang tamunya.

" Ni lah perempuan tu. Kim Jennie. " balas Yoongi. Kasutnya dibuka lalu disumbat ke dalam sebuah baldi berwarna merah. Esok-esok jelah basuh.

" What? Kau bawa pembunuh masuk rumah ni? " soal Hoseok bagaikan tidak percaya.

Yoongi melepaskan keluhan kecil. " Aku jumpa dia dekat gerai tadi. Dia pengsan. Kesian pula aku tengok. " jawab Yoongi lalu dia melangkah ke dapur untuk mengambil segelas jus oren.

Penat woi angkat Jennie ni. Ingat tak berat ke?

" Oh sebab kau kesian dekat pembunuh ni, kau nak bawa dia ke sini? Weh akal ada ke tak? Pembunuh ni setan! " marah Hoseok lalu kepala Yoongi disekehnya.

Yoongi mendengus kecil. Jelingan tajam dihadiahkan pada Hoseok.

" Aku tau apa yang aku buat. " ujar Yoongi lalu dia mengatur langkahnya menuju ke biliknya di tingkat dua, meninggalkan Hoseok yang terpinga-pinga sendirian di situ.

Seketika kemudian, wajah Jennie yang sedang lena tidur itu ditatap seketika.

" Shit. "

~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~♡~

" Yah! Kau sapa ha?! Lepaskan aku lah! " jerit Jennie tatkala Yoongi dan Hoseok sudah terduduk bersila di hadapannya. Kedua-dua tangan dan kakinya sudah digari oleh Yoongi malam semalam.

" Tak boleh. " ujar Yoongi dengan poker face nya.

Jennie mendengus geram. " Kau sapa? Aku tak kenal pun kau! "

Hoseok mula menggaru-garu telinganya. Bingit lah dengar perempuan ni menjerit pagi-pagi buta macam ni.

" Aku Min Yoongi. Inspektor Min Yoongi. Kau tak payah berlakon tak kenal aku lah. Semalam elok je mengata aku. " ujar Yoongi dengan tangan yang disilangkan.

Jennie ternganga kecil. Semalam? Apa yang berlaku semalam?

" Jap.. kau ni polis tak guna tu en? HAHAHAHAHA! Kau nak buat apa dengan aku? Humban masuk lokap? Heh. " ujar Jennie dengan nada berlagaknya.

Yoongi mendengus geram. Eh dia ni.

" Aku nak tanya kau beberapa soalan. Kau kena jawab jujur! Faham jujur? " soal Yoongi.

Jennie menjulingkan matanya ke atas. Pelish lah!

" Kau pikir aku ni senang buka mulut ke? Sepatah apa pun aku takkan jawab. " balas Jennie dengan angkuhnya.

Yoongi yang mula naik bengang itu bangkit dari bersila lalu langkahnya diatur menuju ke arah meja yang menempatkan beberapa helai kertas. Sehelai kertas diambilnya lalu ditayangkan dihadapan muka Jennie.

" Ni engkau kan? " soal Yoongi. Kertas itu telah di print dengan wajah Jennie padanya.

Jennie terkedu seketika. " Mana kau dapat gambar sekolah aku ha?! " soal Jennie dengan nada yang tinggi.

Yoongi tersenyum sinis. " Aku takkan jawab soalan kau kalau kau tak jawab soalan aku. " ujar Yoongi dengan muka minta penamparnya.

Jennie mendengus kecil. Eyyy! Geramnya aku!

" Fine. Ya, tu aku. Sekarang cakap macam mana kau dapat gambar sekolah aku? "

To Be Continued❤

#3 girl from hell [ C ]Where stories live. Discover now