chopstick aku ambil lalu dengan penuh nikmat mi ramen itu aku suapkan ke dalam mulut.

pergh!

nikmat rasanya- aku menjengket lagi cuba mencapai paket milo di kabinet atas. ok, kali ni aku pasti tak akan ada sesiapa yang akan tolong.

kerusi dari meja makan aku ambil lalu aku panjat. aku tersenyum sebaik sahaja tanganku berjaya mendapatkan paket milo itu.

aku kembali turun. kerusi aku kembalikan ke tempat asal. aku membuka paket milo itu lalu dituang habis ke dalam mug shin chan milikku.

mug ni daniel yang bagi aku seingat aku masa hari lahir aku yang ke - 15. aku dengan dia memang rapat dari kecil lagi.

tapi disebabkan faktor usia kami yang dah semakin dewasa, aku dan dia mula menjaga batas pergaulan kami.

kalau dulu, dia nak gomol aku sekalipun aku tak kesah. tapi sekarang, aku dah remaja dan dia pun dah dewasa.

no touching - touching without ikatan dahh-

air panas dari termos aku tuang ke dalam mug. ais batu di peti ais sejuk beku aku keluarkan dari peti ais lalu dituang masuk ke dalam miloku.

ini dia, milo pink semanis chanmi buatan hong chanchan!

aku kembali menikmati ramen bersama - sama dengan milo pinkku. tiba - tiba aku kembali terfikir dengan kata - kata guanlin tadi.

"..aku ni lai guanlin. lelaki kiriman syaitan mungkin."

aku mengaku, perangai dia memang syaitan. ya, memang betul. aku tak nafikannya.

tapi tak pernah sekalipun aku anggap kehadiran dia dalam hidup aku tu sebagai bala.

malah aku anggap ianya sebagai nikmat bila aku dapat rasa dan faham apa itu mencintai.

dan apa yang menghairankan aku ialah..

kenapa dia tak puas hati dengan daniel?

🐣🐣🐣

aku menendang batu yang berada di tepi jalan. aku pishang yang teramat pishang. sebab tu lah aku bercadang nak keluar jalan - jalan.

" phewitt, cek adek maneshh- mahu pigi mana itu? tiketnya belum dibayar" dengan suara ala - ala bangladesh, salah seorang daripada sekumpulan remaja lelaki yang melepak di bus stop itu menegur.

" tiket? nak kena lalu sini kena bayar tiket eh? maaflah, saya tak tahu. mana nak beli?" lelaki itu tersenyum.

" nak lalu sini tak payah tiket. tapi kalau nak masuk hati saya kenalah ada tiket." lelaki itu mengenyit matanya.

sawan biawak afrika ke, bang?

seorang lagi remaja lelaki datang mendekat ke arahku.

" awak nak pergi mana?" soal lelaki itu.

" saya nak jalan - jalan-" lelaki itu mengangguk.

" nak abang teman sayang tak?"

" tak apa, biar aku aje yang teman dia. jom, sweety. kesian baby - baby kita kat rumah tu tunggu lelama-" satu tangan tiba - tiba memeluk bahuku.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now