Chapter | 30

5.9K 288 9
                                    

"TUMPANG tanya, anak kenal tak dengan Puteri Sarah? Ini gambarnya. " foto itu dihulurkan kepada lelaki yang sedang melepak di warung mamak. Dilihatnya meja itu masih kosong. Barangkali lelaki itu masih menunggu pesanannya.

"Pfft. Makcik nak buat apa cari pelakon fake ni? Dah lah suka cari publisiti murahan. Banyak kontroversi yang dia timbulkan. Huh. " sinis sekali jawapan yang diberikan. Sedikit sebanyak telah pun melukakan hati kecilnya. Kontroversi? Terbit persoalan di situ.

"Takpelah, makcik gerak dulu. " Puan Suraya memandang lelaki itu dengan wajah yang polos. Semoga kau pendek umur. Sial kau. Aku harap hidup kau tak aman. Suka hati kau saja nak kutuk anak aku. Anjing betul. Makinya dalam hati.

Mana aku nak pergi ni? Langkawi ni bukan tempat yang kecil. Haih.

Langkah masih diteruskan.

Dilihatnya, lantai dipenuhi dengan helaian surat khabar yang terbang merata. Hm, mungkin aku boleh gunakan surat khabar ini sebagai tempat tidur.

Biarlah, orang kata apa. Asalkan aku ada tempat tidur sementara, malam ni.

Surat khabar dipungut sehelai demi sehelai. Disusun rata di atas ruang kaki lima kedai yang agak suram. Busuk? Dah biasa dah, selepas kakinya menjejak keluar dari rumah agam itu.

Eh? Ni... Artikel tentang Sarah!

•°•°•°•°

'Pelakon Fake' gelaran terhangat untuk pelakon baru, Princess Sarah. Baru-baru ini...

•°•°•°•°

Tertumpah kolam air matanya seketika. Kenapa? Kenapa mesti hidupnya begini? Kenapa dia yang perlu tanggung semua ini?

Aku takkan mengalah! Aku akan cari anak aku! Dendamku tetap akan dibalas! Aku benci melihat mereka menari di atas tangisan aku! Mereka tidak boleh bahagia!

~~~

Lamunan Batrisyia terhenti apabila Irfan menyentuh bahunya.

"Isya ok? "

"Ok. Eh, cepatlah tolong saya pilih cincin. " cuba menyelindung perasaannya. Jari manisnya diangkat.

"Isya... Sa..ya minta maaf. Takpe, kalau awak rasa terpaksa untuk majlis ni... Kita batalkan saja. " bukan dia tidak tahu apa yang berada dalam fikiran buah hatinya itu. Siapa je yang nak kahwin dengan orang mental sepertinya bukan?

"Eh, tidak. Ini memang pilihan saya. Awak tak nampak ke saya happy ni? " cincin itu disarung satu per satu ke jarinya. Aiyoo rambang mata pula. Semua cantik-cantik. Ceh, perempuan memang macam ni.

Irfan tersenyum. Ingin sahaja dia bersujud pada si Dia, kerana mengurniakan seorang wanita yang sanggup menerima kekurangan dirinya.

Akhirnya, cincin berbentuk bunga mawar itu menjadi pilihannya. Sungguh menawan. Kolaborasi warna merah dan emas sangat elegan.

"Thank you for today. Tak sangka lagi tiga hari, awak akan jadi suami saya. "

"Saya lagi tak percaya tau. Saya kahwin dengan doktor saya sendiri. Hahaha. Isya, jangan risau. Saya akan cuba kawal diri. Tapi... Kalau saya terpesong... Awak bantu ya? "

"Mestilah. Kita kan bakal mendirikan rumah tangga nanti. " bahu Irfan ditumbuk perlahan. Perangainya yang ini masih tak boleh dibuang. Hahaha.

"Isya, awak suka.... Pakai shawl tak? "

"Er, sukalah. Hari-hari kot saya pakai. Kenapa? "

"Alhamdulillah, sebab awaklah bakal isteri shawlehah saya. Hahaha! "

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now