"Ouhh ok. Jumpa kau kat sana malam nanti."

Kami berdua balik semula ke kelas.

Aku dan Hyunjae mulakan misi kami untuk mengajak member-member kami.

-

✨✨✨✨✨🎠🎡🎢

Sampai sahaja di Everland Theme Park, kami berpecah dan buat hal masing-masing.

Aku bersama Hana untuk jayakan misi rahsia itu.

Aku memcari-cari kelibat Hyunjae dan Juyeon.

Aku panjangkan leherku.

Dan akhirnya aku jumpa 2 jejaka itu.

Aku buat isyarat mata pada Hyunjae.

Hyunjae faham dengan isyarat aku.

Kami berjalan mendekati satu sama lain.

Kami jalan, jalan, jalan....

Dan terserempak.

"Hai Hyunjae" sapaku pada Hyunjae.

Kami berdua berlakon.

"H-Hai!" Balas Hyunjae kekok.

Aku pandang Hana dan Juyeon.

Mereka berdua pandang satu sama lain.

Mesti banyak benda yang diorang nak luahkan.

Baik aku dengan Hyunjae biarkan diorang berdua.

"Hyunjae. Jom kita masuk rumah hantu. Aku takutlah nak masuk seorang-seorang." Kataku sambil pegang lengan Hyunjae.

"Pergi rumah Hantu? Beraninya kau" balas Hyunjae sambil pandang aku pelik.

Ini mesti kes tak faham dengan situasi sekarang.

"Kau kenapa tak faham-faham lagi? Kita tinggalkan la diorang berdua. Diorang ada banyak benda nak dibincangkan tu." Kataku pada Hyunjae dengan berbisik.

Hyunjae menganggukan kepalanya tanda faham.

"Ouhh..Kau nak masuk rumah hantu!!! Jom! Jom! Kita pergi. Dah lama aku tak masuk rumah hantu.." kata Hyunjae yang teruskan lakonannya.

Akhirnya kami berdua tinggalkan mereka berdua.

-

🏚🏚🏚🏚🏚

Hyunjae bawa aku betul-betul ke rumah Hantu.

"Kenapa kau bawa aku ke sini?" Soalku.

"Bukan ke kau nak masuk rumah hantu?"

"Ish dia ni. Tadikan kita cuma berlakon! Takkan kau masih tak faham-faham lagi?!" Balasku tak puas hati.

"Itu aku tahulah kita berlakon. Tapi, tak salahkan kita masuk rumah hantu?"

Aku tergamam.

Dia ajak aku masuk rumah hantu ke?

Ingat aku berani sangat ke nak masuk ke dalam rumah hantu tu.

"Hyunjae. A-Aku....Tak beranilah masuk ke dalam rumah hantu tu." Kataku sambil berjalan menjauhi diri dari Hyunjae.

Hyunjae tersenyum sinis.

Dia berjalan mendekati aku.

Aku tahu apa maksud di sebalik senyuman tu.

Ini mesti nak paksa aku masuk.

Tahulah berani.

Tapi tak payahlah nak paksa orang yang takut ni.

"Hyunjae..aku tak nak lah..." rayuku sambil cuba untuk lepaskan diri dari genggaman Hyunjae.

Yup!

Hyunjae sekarang tengah pegang tangan aku dan tarik aku masuk ke dalam rumah hantu tu.

-

Sepanjang aku berada di dalam rumah hantu tu, aku hanya pegang baju Hyunjae je.

Hyunjae la ni!😣

Kalau aku tak masuk ke dalam rumah hantu tu, tak adanya aku nak pegang-pegang dia.

Aku cepat-cepat tutup mata apabila hantu muncul.

"Arghh!!! Hyunjae aku nak keluar!!! Aku dah tak tahan lagi!!!!!" Teriakku sambil genggam tangan Hyunjae kuat.

"Yah! Sakitlah tangan aku!"

Aku hiraukannya dan terus gengam tangannya.

Semasa kami berjalan masuk lebih dalam, tiba- tiba ada seseorang pegang bahu aku dari belakang.

"Argh!!! Hyunjae ada hantu pegang aku!!!" Teriakku sambil memeluk lengan Hyunjae.

"Yah! Ini akulah. Jinhee." Kata Jinhee.

Aku melihat Jinhee dan member-member aku yang lain.

"Buat apa korang dekat sini?!" Soalku terkejut akan kedatangan mereka.

"Takkan kau tak sedar yang kita dekat mana? Kitakan dekat rumah hantu. Jadi, mestilah kami nak berseronoklah." Kata Hara.

Aku blur.

"Amboi....Jaerin....kau bercinta dengan Hyunjae tak beritahu kitaorang pun..." kata Mikyong pula.

"Haah. Patutlah kebelakangan ni, kau asyik berkepit je dengan Hyunjae..." kata Hyejin.

"Ma-Mana ada kitaorang bercinta! Bila masa aku berkepit dengan dia!" Nafiku.

"Habistu. Yang kau pegang-pegang Hyunjae tu apa?" Soal Jiwon sambil muncungkan mulutnya ke arah tangan aku.

Aku cepat-cepat lepaskan lengan Hyunjae.

Aku memandang Hyunjae yang tak henti-henti tersenyum sinis.

Aku memberi jelingan tajam padanya.

-

Keluar sahaja kami semua dari rumah hantu itu, kami terserempak dengan member-member Hyunjae yang lain.

"Kenapa dengan rambut korang?" Soal Hyunjae pada member-membernya.

Mereka membetulkan rambut mereka yang tak terurus itu.

"Kitaorang naik rollercoster. Itu sebab rambut kitaorang macam ni." Beritahu New sambil mengusap rambutnya kebelakang.

Aku pandang Jinhee yang melihat New buat demikian.

"Hey Jinhee. Kau tergoda ke?" Soalku.

Muka Jinhee yang putih itu bertukar kepada merah.

"Ma-Mana ada." Nafi Jinhee.














TBC...

Maafkan author kalau author tak balas komen korang..

Author betul2 minta maaf...🙏🙏

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZحيث تعيش القصص. اكتشف الآن