"Daniel! "

Daniel menoleh ke arah laungan itu. Alamak! Mati aku!

"Daniel, mana Irfan? " soalan itu terus menerjah Daniel.

"Dia.. Dia.. I think you should take a look him first. "

"Why?! "

"Dia... "

~~~

Uhuk. Uhuk. Uhuk.

Irfan? Awak dengar tak?

"Amin! Mana dia! Halau dia! Aku dekat mana ni! "

Irfan, bertenang. Tarik nafas. Hembus. Jangan panik. 'Dia' takde. Ok?

"Kau tipu kan?! Aku tahu dia ada dekat sini! Cepat halau dia! Tolong! Aku takut! "

Batrisyia mengeluh perlahan. Ternyata penyakit Irfan sudah bertambah kronik apabila dia sudah mula membayangkan 'Amin'. Laporan itu diletakkan di atas meja. Mikrofon kecil itu juga dimatikan. Dia kembali melihat Irfan yang sudah terikat di atas kerusi. Kepalanya diurut seketika. Dia bangun dari kerusinya. Berjalan menuju ke arah Irfan yang diletakkan di bilik kuarantin.

"Isya? Isya! Tolong saya! Dia... Dia... " peluh sejuk telah pun merinik di sekeliling dahi Irfan. Ya, dia benar-benar takut. Sangat.

Hahaha, kau fikir kau boleh terlepas? Kita dah bersatu Irfan... Bersatu...

No! Jangan pegang aku! Pergi!

Badan Batrisyia ditolak dengan penuh kudrat. Habis punggungnya menyembah lantai.

Aduh, sakitnya! Tangannya memegang belakang. Ya Allah, kau kuatkanlah aku menempuh dugaan ini. Bibirnya tidak lekang daripada mengulumkan kalimah suci. Semoga Irfan kembali sembuh seperti dulu.

Melihat Irfan yang masih dalam 'dunianya' Batrisyia segera mengatur langkah ke luar dari bilik itu.

"So how? " awal-awal lagi Doktor Azlan sudah menunggu kehadirannya. Batrisyia hanya menggeleng.

"Bad news papa. " dia menarik kerusi lalu duduk di hadapan papanya. Mereka perlu berbincang tentang hal ini. Majlis perkahwinan mereka juga bakal dilangsungkan kurang daripada seminggu. Mampukah mereka lakukannya?

ASSALAMUALAIKUM!

Diperhati sekeliling rumah. Sunyi. Gelap. Suram. Mana mereka pergi?

"Hello? Ayah, ibu? Ni, Mukh. Nampaknya mereka takde dekat rumah. Lain kali ya? "

Telefon dimatikan. Jeda seketika.

Aku akan buat apa sahaja untuk memiliki Batrisyia! Apa sahaja! Kau tak boleh lari daripada aku!

~~~

"Bonda, jom teman Aulia shopping! Aulia ingat nak beli hadiah untuk Bat dan Irfan. Lagi berapa hari sahaja mereka akan melangsungkan perkahwinan. Boleh ya? "

Datin Aleesa hanya mengangguk. Lagipun, sudah lama dia tidak mencuci mata.

Petang itu, mereka berdua keluar ke Johor Premium Outlet. Yup, girls day out. Dato' Airel awal-awal lagi Sudan direject oleh mereka.

Bak kata omputih, family isn't an important thing, but everything. Ceh. Acah family goals.

"Aulia, jom masuk Guess! Manalah tahu ada hadiah yang menarik. Bonda tak gesah nak beli apa pun. Bonda ikut sahaja. " matanya sudahpun melilau ke arah beg tangan yang tersusun cantik. Rambang mata nak! Glam habis!

Sementara membiarkan Datin Aleesa memilih beg tangan yang mempunyai corak-corak menarik, Aina berjalan ke sekitar bahagian baju. Hm, kalau bagi Bat beg, Irfan baju, ok juga kan?

"Azra, pastikan rahsia itu tidak terbongkar! Kalau tak, I cari you sampai ke lubang cacing? "

"Ye! I tahu apa yang I buat! You pun buat lah kerja you! "

Aina terdengar perbualan antara dua orang manusia, barangkali. Kejap. Kenapa macam kenal je suara tu? Dia terus bersembunyi di sebalik baju yang tergantung.

"Ingat ya, tiada siapa boleh tahu benda ni. Especially, Bat dengan Aina! Faham?! Kejap, mana bukti tu? "

"Oh, ada ni. " dengan pantas tangannya menjalar mencari sesuatu di dalam beg tangan.

"Where?! " lelaki itu sedikit berginjak dari Azra, sambil menyilangkan kedua tangannya.

"Sabarlah! Haish. Take a look here. " telefon bimbit itu disuakan pada lelaki yang berdiri di hadapannya.

"Great. Hahaha! "

"Well, tengok oranglah. This is Azra Husna ok?! "

"Good, tak sia-sia kita bekerjasama. So now, you kena tolong I pula. Buat seperti dalam contract. "

"Yes, boss! " akhirnya mereka berdua ketawa bersama.

Tersentak Aina dibuatnya. Rahsia apa ni? Siapa lelaki yang pakai topeng muka itu? Apa yang mereka rancang ni? Apa hubungan lelaki itu dengan perempuan nama Azra ni? Kenapa dia mention nama aku dan Bat?

Terbantut niatnya untuk mencari sehelai kemeja di situ. Lantas dia berlari mendapatkan Datin Aleesa yang masih ralit.

"Bonda, we have to go now! " tangan Datin Aleesa terus ditarik dengan kuat. Janganlah mereka nampak dia di sini.

"Aulia, kenapa ni? " pelik, melihat anaknya seakan cemas semacam. Ada bom ke dalam kedai ni?

"Er, jom masuk situ. Tadi Aulia tak jumpa kemeja yang sesuai. "

Datin Aleesa hanya menuruti. Pelik.

Dia harus siasat, siapa lelaki itu.

~~~

"Isya tak kira, perkahwinan tu tetap kena jalankan! "

"Isya! Irfan kan tengah tak stabil. Janganlah selfish! " isu ini telah pun membangkitkan kemarahannya.

"Tapi pa... Macam mana Isya nak jaga dia pa? Akad nikah sahaja pun sudah memadai pa. Sanding semua tu, nanti-nanti boleh buat. Please pa. " pujuk Batrisyi. Sampai bila dia nak biarkan Irfan macam ni?

Doktor Azlan terdiam seketika. Cuba mentafsir kembali kata-kata anaknya.

"Ok, tapi.. "

"Apapun syarat papa, Isya ikut saja. "

~~~

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now