Singa Belakang Rumah

146 0 0
                                    

Hari ini hari minggu. Bererti aku kena pegi mengaji di waktu pagi dan sesudahnya harus segera pulang ke rumah untuk menonton Dragon Ball. Hari ini adalah episod 175. Aku taknak terlepas untuk mengikuti apa pula nasib Goku kali ini.

Pukul 10.30 pagi. Cuaca cerah tetapi teduh kerana pancaran matahari dilindungi oleh awan. Awan is such a blessing.

"Dirah....".
Berlari aku keluar apabila kedengaran suara sahabat baik aku memanggil. Kiah. Selain dari Madi, Kiah adalah kawan zaman kanak2 aku sebelum aku kenal budak2 lain. In fact, dia adalah kawan aku yg kedua selepas Madi. Dan dia adalah kawan perempuan aku yg pertama. Sampai lah ke remaja. Oleh kerana tiada kakak kandung, maka dialah teman aku ke mana2. My acting sister. Teman ke pasar malam, kayuh basikal ke sekolah, teman shopping pakaian raya, tgk wayang dan sebagainya.

Ok back to that morning.

Ketika itu adalah musim memanjat pokok. Pokok favorite kami untuk dipanjat adalah pokok cermai dan pokok asam papan sebelah rumah. Kami boleh spend the whole day atas pokok. Makan buah sambil bersembang, bercerita dan memerhati perangai orang yg lalu lalang di hadapan rumah.

Atas pokok is probably the most serenity place on earth. You can see almost everything from there. Sampai ke sungai di hujung sawah. Seberang sungai adalah kampung sebelah. Selalunya Kiah akan panjat ke dahan yang lebih tinggi berbanding aku. Kami selalunya akan standby garam dan belacan yg dibalut dgn kertas di dalam poket seluar untuk dibuat menyicah.

"Harini tak berapa panas. Kita panjat pokok jambu tu nak?" Ajak Kiah sambil menuding jari ke arah sepohon pokok jambu muda di betul2 sebelah bendang Pak Hassan. Kami jarang panjat pokok jambu tu sebab dahannya rendah dan pokoknya tak merimbun. Panas. "Boleh gak. Buah dia pon banyak gak tu."

Kami pon mendapatkan posisi masing2. Satu dahan seorang. Pelbagai topik kami bincangkan haritu. Bincanglah sangat padahal merepek je. Kiah selalunya akan bukak cerita pasal drama tv ataupon bollywood yang dia baru tgk. Aku pulak akan cerita pasal mimpi yg aku alami yang selalunya ditokok tambah untuk menjadikan cerita lebih menarik.

Panas matahari semakin terik. Azan zohor sudah lama kedengaran. Kami masih belum ada tanda2 mahu pulang walaupon belum menjamah lunch. Sedang masing2 melayan perasaan, tiba2 Kiah berbisik kepadaku sambil jarinya dituju ke arah sesuatu di belakang rumah aku. Area bilik mak. "Dirah..... hang nampak tak apa yang aku nampak......."

"Wey..... Kiah.... singa la...." yes. Legit seekor singa jantan berketinggian seperti seekor lembu dewasa sedang berjalan di belakang rumah aku. Singa jantan. I know sebab dia ada bulu2 kat kepala tu. Slow je singa tu jalan. "Dirah... aku balik dulu tau. Baik hang masuk rumah kunci semua pintu dgn tingkap."

Kiah pon berlari laju balik ke rumah tatkala singa tu dah beransur masuk semula ke hutan. Aku pula slow2 berjalan masuk ke dalam rumah. Takut bunyi tapak kaki aku akan menarik perhatian singa tu. Masuk saja dalam rumah, aku terus dapatkan mak yang sedang tidur keletihan di atas kushen depan tv.

"Mak... mak..." Mak bukak mata. "'Mak.... kita kena tutup kunci semua pintu tingkap..." Mak celik memandang aku. "Awatnya?" "Belakang rumah kita ada singa. Ceyk nampak tadi. Besaq." Mak terus beralih membetulkan posisi baringan. Langsung tak berminat nak dengar luahan aku. "Toksah dok merepek. Haaa tu la. Tengah2 hari rembang p main kat luaq. Hang p mandi lepaih tu p makan." Dan mak pon sambung tidur.

Maka aku keseorangan lah menyetelkan pintu dan tingkap seisi rumah. Singa woi. Kang dia masuk rumah. Habisssss!!

Beberapa tahun kemudian, apabila sedar yang singa tak boleh hidup dan wujud di Malaysia, aku tanya Kiah perihal kejadian ini. Kiah ingat. Dia sangatlah ingat sebab dia yang nampak dulu. Mak pon aku ada cerita tapi seperti dulu, dia masih bagi ekspresi tak berminat. Sebab kecik2 aku memang suka merepek katanya.

Maka ianya menjadi misteri sampai sekarang. Makhluk apakah sebenarnya yang berlegar di belakang rumah aku waktu tu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIDUPWhere stories live. Discover now