Kem Kokurikulum

165 0 0
                                    

Ini adalah kisah mengenai perkhemahan pertama aku dalam hidup. Setiap orang mesti dan wajib merasai pengalaman bercamping. Sepanjang kehidupan aku, agak banyak perkhemahan yang pernah aku sertai dan setiap daripanya membawa pelbagai memori.

It was the year 2001. Aku baru berumur 10 tahun dan berada di darjah 4. Aku adalah di antara murid-murid yang sungguh teruja apabila cikgu mengumumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan perkhemahan di pusat kokurikulum untuk murid darjah 4 hingga 6. Ye la aku kan tak pernah berkhemah sejak lahir. Selalu tengok kat tv je. Macam best betul diorg tidur dalam khemah pastu buat unggun api. I must go I said to myself. Mak dan ayah pon on kan je.

Aku tak pasti lokasi perkhemahan ini masih wujud ke tak sekarang tapi pada masa itu, lokasi ini sangatlah terkenal sebagai pilihan kem bina semangat dan pertandingan kawad di seberang Penang. Program berlangsung selama 3 hari tapi tak ingat pula hari apa.

Bermulalah hari yg ditunggu, kami semua bergerak ke kem tersebut dgn bas dari sekolah. Rasanya ada dalam 3 bijik bas semuanya. Ya, agak ramai yg join termasuk guru-guru. Sampai2 sahaja di kem itu, kami diperkenalkan dgn para trainers yg kesemuanya kelihatan cengey sekali. Oleh kerana waktu itu aku masih tidak berakal, aku tak pasti apakan background mereka. Ahli askar atau sebenarnya cikgu?

Kami diarahkan membina khemah masing2 di dalam berkumpulan. 4 orang satu kumpulan. Waktu itu, geng rapat aku memang cukup2 4 orang. Aku, syaza, hawazi dan zakiah. Seronok sekali kerana berpeluang duduk sekhemah dgn rakan2 segila. Hari pertama sunggu fun kerana masih free and easy. Selepas solat maghrib berjemaah, kami diarahkan ke khemah masing2 dan bakar unggun api. Maka, dihadapan unggun api tersebut, bermulalah huha-huha di sana sini. Setiap khemah sunggu bising sekali dgn gelak tawa dan suara murid2 bercerita sesama sendiri. Tak terkecuali khemah kami berempat. Sampai satu tahap trainers datang ke setiap khemah, padamkan unggun api dan suruh kami diam dan tidur.

Bangun sahaja pagi esoknya aku rasa letih sekali. Badan aku panas. Demam. Kawan2 aku juga perasan. Mungkin aku rindu mak dan ayah tanpa aku sedar. Ini adalah kali kedua aku tak tidur di rumah. Kali pertama sewaktu rombongan tadika ke langkawi. Tapi aku melarang kawan2 drpd bgtau cikgu/trainers sbb aku xnak terkecuali dari aktiviti fizikal haritu.

Pelbagai aktiviti dilakukan kedua. Yang paling aku ingat adalah bergayut macam tarzan atas selut dan disambut rakan kat hujung selut. Oleh kerana aku almost everyday panjat pokok, gayut mengayut dah jadi kepakaran aku. Tapi malangnya haritu aku demam. Tak sempat member nak sambut aku dah terlepas tali maka tersembamlah ke dalam selut sedalam lutut. Yang lainnya, merangkak dalam selut di bawah pagar dawai, berlari dalam tayar, berlari atas papan goyang2 dan flying fox. Flying fox was the best. Sebab aku suka gayut walaupon sebenarnya takut ketinggian.

Malamnya selepas mandi demam aku terasa sedikit kebah. Mungkin kerana sudah banyak berpeluh dan badan aku terkejut dgn mcm2 aktiviti fizikal. Sebab tu la setiap kali rasa nak demam mesti mak suruh keluar rumah main kayuh basikal. Mak's advice is the best medicine.

Kami diarahkan beratur di padang kawad utk aktiviti wajib malam perkhemahan: burung hantu. Ini adalah burung hantu pertama dalam hidup aku dan jugak paling aku xboleh lupa. Bermula dgn headcount pon dah scary. Mana tidaknya, walaupon banyak kali ulang, jumlah peserta yg dikira melebihi yg sepatutnya. Salah sorg trainer pon mula menakutkan kami, "haaa ada la tu dia masuk khemah korg mlm2. Nak join sekali." Ehh siot je.

Kami diminta beratur mengikut kumpulan bersepuloh. Dimulakan dgn murid paling senior, darjah 6, setiap 10 org dibawak masuk ke hutan kecil sebelah padang kawad yg juga merupakan kawasan aktiviti lasak ptg tadi. Oleh kerana aku darjah 4, maka kumpulan aku adalah antara yg terakhir. Menunggu giliran itu adalah sgt azab kerana terpaksa menyaksikan pelbagai adegan seniors. Macam2 jenis jeritan dan tangisan kedengaran.

Maka sampailah ke giliran kumpulan aku. Kami dibawa ke starting point. Kawasan itu sangat gelap. Di hadapan, kelihatan sayup2 cahaya api lilin. Kami diarahkan berjalan mengikut arah lilin berseorangan. Dari satu lilin ke satu lilin. Aku adalah orang pertama dalam group aku sebab kena tolak beratur paling hadapan. Siot je. Pesan trainer, walau apa pon yg berlaku, terus melangkah ke depan. Jangan hiraukan apa2. Aku sebenarnya xdala takut sgt sebab bagi aku senang je tasknya. Jalan je kan. Walapon gelap tapi kan ada lilin.

So aku pegi ke lilin pertama. Bila dah sampai ke lilin pertama, baru nampak lilin kedua which is sedikit jauh dan lokasinya dalam hutan dan semak berbeza dgn lilin pertama yg berada di kawasan lapang. Semasa otw ke lilin kedua, aku legit dgr bunyi. Bunyi mcm hantu dlm cerita seram "heee heee heee heee". Pastu aku perasan semak sebelah lilin tu goyang2 and terpacak pocong. Tetiba dgr pulak org ckp "hai" dari atas. Kelihatan manusia berseragam langsuir di atas dahan pokok betul2 atas lilin kedua. Berderauuuu darah kanak2 aku. Habis naik segala bulu roma satu badan. Patutla sek2 ni menjerit. Trainers kacau jadi hantu rupanya.

Yang menjadikan suasana lebih haru adalah aku xtau nak menapak ke mana sebab lilin ketiga terpadam. Jadinya aku hanya berdiri kaku. Beralih pandangan dari pocong ke langsuir. Langsuir ke pocong. Tak lama pastu baru la keluar manusia dari semak2 and bakar lilin ketiga yg terpadam. Dgn lutut sedikit lembik aku berjalan ke lilin ketiga. Di lilin ketiga, ada pontianak bagi salam pula. Aku pon jawab la soalan tu lalu menapak keluar dari hutan sebab lilin ke 4 betul2 di sudut luar hutan.

Tapi xtahu kenapa atau dari mana kuasa tersebut, instead of berjalan ke murid2 lain di padang kawad yg boleh kelihatan dari lilin ke4, aku patah balik ingin menuju ke dalam hutan. Tanpa aku sedari sampailah ada seorg trainer tegur dan tarik tgn aku "awak nak ke mana tu." Tak pasti sama ada aku mmg blur atau di bwh pengaruh sesuatu. Huhu. Trainer tu pegang tangan aku, iring sampai ke padang kawad.

Di padang kawad, pelbagai cerita keluar dari murid2. Masing2 menceritakan pengalaman masing2. Yang aku ingat, at least ada 3 orang kena histeria malam tu. Ramai juga yg nangis. Apa2 pon bagi aku, it was fun.

Hari ketiga hanyalah gotong royong mengemas kawasan khemah dan farewell dgn trainers.

Pastu balik rumah dan aku refused buat kerja rumah utk beberapa hari sebab penattt!

END!

HIDUPWhere stories live. Discover now