Irwina melihat Afif berucap penuh yakin semasa majlis perasmian MX Foundation.

Patutlah menghilang...

"Itu bukan Afif ke?" soal Dian. Irwina hanya mengangguk.

Irwina terus menolak Tupperware berisi cream puff itu kepada Dian.

"Nah ambillah. Esok pulang bekas tu kat aku." kata Irwina dan dia berdiri sambil mencapai apron hitamnya. Waktu rehat hampir tamat.

Aih penat aku buat cream puff tu ingat dia dah balik Malaysia. desis Irwina. Tangannya sedang mengikat tali pengikat apron di keliling pinggangnya.

"Irwina, macam mana dengan blind date yang kitorang cadangkan minggu lepas lepas tu? Setuju atau tak?" soal Dian sambil menyuapkan seketul cream puff ke dalam mulutnya.

Irwina tepuk dahi.

"Ya Allah bolehnya aku lupa." Irwina kembali duduk.

"Aku tak ada masalah sebenarnya. Tapi... aku seganlah wei. Kau tahu kan aku ni kalau jumpa orang baru macam mana..." Irwina tersengih.

"Kau jangan risau. Dia pun sebenarnya tanya juga tentang kau." Kata Dian.

"Serius?"

Dian mengangguk dan meletakkan tangannya di bahu Irwina.

"Kau jumpa je dia dulu. Kalau berkenan, teruskan. Kalau tak, kita cari lagi. Yang penting kau ada usaha untuk tamatkan zaman bujang kau." Kata Dian. Irwina berfikir sejenak.

Dia menarik nafas.

"Yelah-yelah. Hujung minggu je aku free tau. Apa-apa hal bagitahu aku."

***

Rumah Uncle Ben, New York

"Where's Afif?" soal Uncle Ben. Dia duduk di meja makan untuk sarapan.

"Mr Afif is still sleeping. You want me to wake him up?" kata pembantu rumah di situ. Uncle Ben menggeleng.

"No need. He must be so tired."

***

Sepanjang hari Afif bangun betul-betul hanya untuk solat dan sambung tidur semula. Memang betul-betul mengganti tidurnya yang tidak cukup sepanjang minggu yang dia berada di sini.

"Uncle, can I go back to Malaysia maybe tomorrow or the day after tomorrow?" soal Afif di meja semasa mereka makan malam bersama.

"Yeah sure. I think we have done all that we need to do regarding MX Foundation. Mr Hammington will handle the media, meetings and the rest. But I think you need to attend the charity dinner organized by Key Company this weekend. You don't forget about that right?" Kata Uncle Ben. Afif mengangguk.

"Don't worry. I'll come back here again for the charity dinner later." Kata Afif.

"Did you left something in Malaysia?" soal Uncle Ben.

"Huh?"

"I just ask did you left something important in Malaysia because usually during short break between two schedules, you won't go anywhere. You just rest here and do some document reading. I just wonder what makes you want to go back to Malaysia this time." Uncle Ben melihat Afif. Afif diam sejenak kemudian dia mengukir senyum.

"I don't know why too to be exact. But I feel like I need to go back to Malaysia this time. I want to make sure something."

***

Afif berbaring di katil selesai solat isyak. Dia melihat call lognya. Nombor Irwina berada di senarai. Jadi perbualan dia dengan Irwina tempoh hari sekitar jam 4 tu bukannya mimpi.

My Crazy Boss ✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang