Raja Kim Se Jong, nama yang menjadi sebutan ramai disebabkan jasa jasanya kepada negara Joseon. Permaisuri Park seobin sebagai isteri yang setia kepada raja kerajaan itu terkenal dengan kebaikan dan kemurahan hatinya kepada rakyat jelata. Tidak lupa juga anak mereka yang baru sahaja berusia 10 tahun, Puteri Kim Hae Rin! Walaupun masih lagi kecil, kecantikan puteri Hae rin sudah boleh dibayangkan rakyat apabila puteri itu meningkat dewasa. Negara itu makmur dan aman dengan begitu lama sekali sehinggalah...
10 tahun kemudian
Raja! Kita perlukan pewaris sekarang! Takkanlah kita mahu tabalkan seorang puteri untuk menjadi pemerintah negara ini! Ini akan memalukan negara kita! Kata para pembesar kepada Raja.
Sambil mengeluh raja membalas kembali pernyataan mereka, Apa salahnya jika seorang wanita memerintah! Dia sudah tahu bagaimana politik,dia sudah tahu strategi bagi menghalang musuh,dialah yang memberi cadangan bagi mempertahan kan keamanan negara kita!
Pada masa yang sama..
Puteri..nampaknya pembesar menentang cadangan yang diberi raja. Apa yang perlu kita lakukan sekarang? Tanya pembantu setia puteri, dayang Oh sae yeong.
Biar beta sendiri yang pergi meyakinkan mereka! Keluar puteri Hae rin dari biliknya menuju ke dewan perbincangan.
Ketika raja dan pembesar mempertahankan kata kata mereka...
Puteri Kim Hae Rin telah datang! Dewan perbincangan yang seketika tadi huru hara dengan suara raja dan pembesar kini diam tanpa bunyi. Kesemua pembesar tergamam manakala raja yang sudah penat menjerit jerit tersenyum sinis.
*Pap pap pap*
Bunyi hentakan kaki puteri bergema di seluruh ruang dewan. Nampaknya kamu semua terkejut ya. Bukankah sebentar tadi kamu yang membantah cadangan rakyat untuk meletakkan beta sebagai pewaris takhta?! Kenapa diam sahaja!
Suasana di dewan sunyi.
Raja. Sila hantarkan wakil untuk ke negara Qing bagi mengisytiharkan anakanda sebagai puteri mahkota. Saya akan memerintah negara ini dan memanjangkan lagi sejarah kemakmuran negara ini!
Raja berfikir sebentar...
Hantarkan utusan untuk ke Qing bagi memohon pertabalan puteri Hae rin sebagai puteri mahkota! Titah raja sambil tersenyum. Pembesar pula kelihatan kecewa dengan titah raja. Puteri Hae Rin pun keluar daripada dewan itu.
Puteri hae rin yang dalam perjalanan ke biliknya terhenti di sebuah bilik. Puteri masuk kedalam.
*Pak pak pak*
Sayu sahaja bunyi tapak kakinya melangkah ke dalam bilik yang suram itu. Dia melihat lihat dan memegang perhiasan dan perabot disitu. Satu demi satu diusapnya dengan lembut. Dia terhenti di suatu sudut dimana terletaknya sebuah meja kecil dan tiga kerusi. Puteri tersenyum sendiri. Dia melihat ke atas seperti sudah tahu apa yang berada didepannya, sebuah lukisan. Lukisan itu kelihatan sudah lama,terdapat tiga orang di dalam lukisan itu. Ayahandanya,dia dan bondanya yang sudah lama meninggal kannya. Puteri mengangkat lukisan itu dan memeluknya dengan erat seperti memeluk kekasihnya. Matanya berlinangan dengan air mata yang hampir hampir sahaja jatuh ke pipinya. Tetapi dia mengusap matanya seakan tidak mahu jatuh hanya kerana perginya bonda yang tersayang.
Adik akan cuba ibu...adik cuba.
Dia meletakkan kembali lukisan itu di tempatnya dan keluar dari bilik itu.
Pada malam itu..
Aku mahu kau sebarkan rahsia ini... strategi ini pasti akan memberi kesan kepada
Puteri. Dia yang mencari masalah dahulu jadi dia yang akan mendapat hukumannya!
Keesokkan harinya
Puteri Hae Rin! Tengok risalah yang saya jumpa dia pekan tadi! Sampai hendak tersembur air liur dayang Oh kerana tergesa gesa menyampaikan berita itu. Puteri Hae Rin mengambil risalah itu lalu membaca. Apa ini?! Tidak mungkin! Puteri Hae Rin yang baru sahaja kelihatan sangat tenang sebentar tadi menjadi keliru dengan pernyataan risalah itu. Ini hanya karut sahaja lah dayang Oh. Hahaha,ini hanya khabar angin tidak berasas sahaja. Puteri Hae Rin cuba untuk menenangkan dirinya sendiri dengan ketawa yang tidak berapa ikhlas.
Pada waktu tengahari
Puteri Hae Rin keluar bersiar siar di pekan bersama dayang Oh. "Ada khabar angin kata yang puteri ini anak angkat"," Jadi dia tak layaklah kan mewarisi takhta"kedengaran suara suara yang cuba untuk mengejek puteri Hae Rin. Dayang Oh melihat sahaja wajah gementar puteri Hae Rin. Puteri Hae Rin, itu semua hanya khabar angin sahaja...tak perlulah puteri menggigil macam ada hantu kat sebelah. Okay? Puteri kembali tersenyum dengan gurauan tak seberapa dayang Oh itu. Memang ada hantu pun sebelah kamu dayang Oh. Hehehe. Dayang Oh yang memang dikenali dengan sifat penakutnya tergamam dan hilang senyuman yang berseri seri tadi. Dayang Oh melihat ketepi dengan matanya lalu terus berlari mengikuti puteri Hae Rin yang berlari anak meninggalkan dayang Oh dalam ketakutan. Aih,dayang Oh ini menyakat orang pandai...apabila diri sendiri disakat bukan main ajak puteri ke tandas lagi kerana terkesan dengan gurauan puteri.
Pada malam yang sunyi sepi...
Puteri Hae Rin menyelinap keluar dari biliknya dan bergegas untuk bertemu ayahandanya.
*Tok tok tok*
Hmm? Siapa pula yang datang malam malam begini? Raja bergegas membuka pintu dan terkejut melihat anaknya di hadapan pintu. Kenapa anakanda datang malam begini? Ayahanda ingat siapalah yang datang tadi. Selepas menutup pintu serapat-rapatnya, puteri Hae rin yang hendak menanyakan beribu pernyataan itu cuba menahan dirinya. Ayahanda, betulkah khabar angin yang disebut sebut rakyat tentang anakanda? Anakanda amat takut dengan perkara tersebut kerana ianya akan menghalang pertabalan puteri mahkota yang bakal berlansung tak lama lagi. Anakanda percaua yang perkara itu hanya khabar angin semata mata ,bukan? Puteri Hae Rin yang pada mulanya percaya bahawa khabar angin itu tidak munasabah mula ragu ragu selepas melihat wajah raja yang kelihatan seperti mengelak soalan. Ayahanda? Ah..ke..kenapa riak wajah ayahanda begitu? Ayahanda jawablah pertanyaan anakanda ini! Puteri Hae Rin cuba mendesak ayahandanya untuk menjawab soalan itu. Maafkan ayahanda....Hae Rin...Puteri Hae Rin terduduk di atas lantai. Lidahnya kelu. Tidak tahu sama ada apa yang terjadi ini mimpi atau realiti. Sebenarnya bonda tak dapat melahirkan anak dan secara kebetulan ketika bonda kamu memberi makanan kepada rakyat yang miskin,dia terjumpa kamu tanpa peneman,tanpa ibu bapa dan keseorangan sambil menangis. Jadi dia mengambil kamu dan kami berdua mengambil keputusan untuk mengatakan bahawa kamu ialah anak kandung kami. Kami tidak sangka rahsia yang sudah bertahun tahun tersimpan bakal pecah jua dan kebetulan terjadi sekarang. Maafkan ayahanda...Mereka berdua terdiam dan cuba menahan air mata. Hae rin! Puteri Hae Rin berlari keluar dari bilik ayahandanya dan berlari tanpa berhenti. Selepas penat berlari,barulah dia sedar bahawa dia sudah berlari terlalu jauh. Di depannya terdapat tasik yang besar. Puteri Hae Rin tergamam melihat pemandangan indah itu. Tasik itu disinari cahaya bulan ditambah pula dengan bunga bunga teratai. Langitnya yang gelap pula kelihatan indah dengan adanya cahaya bulan dan bintang. Tasik itu memantulkan pemandangan langit seperti sebuah cermin. Seperti terdapat dunia lain di dalam tasik itu. Ahh,cantiknya pemandangan malam ini. Rasa mahu menangis pula. Selepas terleka dengan pemandangan yang jarang jarang dapat dilihat itu,dia pun berlalu pergi dari situ dan pulang ke biliknya untuk tidur.
Keesokkannya...
Puteri Hae Rin bercadang mahu membersihkan biliknya dan mengubah perabot perabot ke ruang lain. Dayang Oh dan dayang dayang lain membantu. Selepas selesai mengasingkan barang, puteri Hae Rin ternampak sesuatu yang berkilat atas almarinya. Ianya kelihatan hitam berkilat seperti sebuah kotak perhiasan diri. Puteri Hae Rin mengambil kerusi dan cuba mencapai kotak itu. Erghh..sikit lagi...eh eh! Argh! Puteri Hae Rin terjatuh daripada kerusi itu. Kelihatan kerusi itu sudah patah dan usang. Itulah sebabnya puteri boleh terjatuh. Adoi adoi sakit,nasib tak patah kaki aq yang cantik ni. Apabila puteri bangun kotak gelap itu berada disebelahnya. Nasib baiklah puteri Hae Rin dapat memegang kotak itu sebelum terjatuh. Dia mengambil kotak itu dan duduk dia atas katilnya. Perlahan lahan dia membuka kotak itu.
*Krek kreikk!*
Kotak itu sebenarnya ialah kotak untuk seutas rantai tetapi tiada isinya. Aik tak dak apa apa pon. Hmm? Puteri Hae Rin ternampak seauatu seperti secebis kertas di bawah lapisan kotak itu. Dia membukanya dan mengambil kertas kecil itu. Kembalilah dan carilah dirimu yang hilang. Hmm? Apa ni?
Secara tiba tiba cahaya yang terang keluar daripada kotak itu. Argh!!!
Sorilah kalau bosan eh dah baca kalau boleh vote. Nak dapat pahala enn? Kalau suka komen tak suka pon komen gak. Kalau ada salah maaplah aku tak pro. Aku pemalas sikit pastu idea kering, so kadang kadang lambat sikit nak update chapter baru. Oklah bai.
YOU ARE READING
Sunrise
RomanceKisah yang menceritakan tentang puteri kim hae rin yang menjelajah ke masa hadapan tanpa disangkanya.
