Catatan 17 - Khabar Dari Selatan

108 4 1
                                    

Kecewa.. Marah... Perasaanku
Terhempas... Hancur... Emosimu
Kebahagiaan yang didepan mata
Rupanya masih jauh dari jangkauanmu

Ibarat fatamorgana menipu optik. Semakin dikejar semakin lupus.
Diragut dusta dunia yang melelahkan
Bersabarlah kau sayangku.
Ingatlah kisah si Hajar.. Tidak berputus asa dalam pencariannya
Atas sikapnya itu anugerah Ilahi pasti menjelang.

Masih ramai yang menyayangimu
Masih ramai yang mengasihimu
Aku antaranya pasti.
Kau dan aku sama.
insan terasing namun berkongsi nasib yang seiring.

Bersandarlah padaku selagi hayatku dikandung badan sebelum tanah menghancurkan jasad

Masa depan kita masih kekaburan.
Yang mahu ditempuh belum tahu onak duri atau hamparan baiduri.
Apa yang pasti kehidupan diteruskan juga demi yang tersayang.
Selagi nafas dihela belum terhenti.  Selagi belum dijemput kekasih abadi.
Teguhlah hatimu mengukuhkan diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Dari Mata BurungWhere stories live. Discover now