"Zarif," Khairul menyentuh bahu Zarif. Zarif tidak menoleh tetapi kepalanya tunduk ke bawah.

"Bagi dia masa. Dia baru sedar. Dia kena rehat," Bibirnya akhirnya memberikan kata-kata yang bermanfaat di situ. Fathia yang dari tadi berdiri di sisi Farah mengangguk setuju.

"Tapi...."

"Zarif..." Fathia memotong bicara Zarif yang tidak setuju dengan nasihat Khairul.

"Tak payah nak halau orang sangatlah kau," Ujar Farah. Matanya beralih ke arah Fathia.

Mataku membulat. Tak habis dengan Zarif dan Farhanah dimarah, kawan paling rapat pun dimarah. Sebenarnya apa yang ada dalam memori Farah sebelum ni? Betul ke Khairul gunakan Farah untuk buat arwah Nadhirah cemburu?
 
Kalau betullah Khairul buat macam tu dekat Farah, aku tak teragak-agak nak lupakan perasaan aku. Kalau dia boleh buat macam tu dekat Farah, tak mustahil dia buat perkara yang sama dekat aku juga.

"Farah! Kau ni apa masalah eh? Kita orang selama ni ada je tau dengan kau!" Iman akhirnya bersuara di belakang tubuh Fathia.

Senyuman sinis terukir di bibir Farah mendengar bicara Iman. Retina matanya perlahan-lahan beralih ke arah wajah Iman yang sudah bengang dengan perangai Farah.

"Kau tak ada... KAU SEMUA TAK ADA! Masa aku kena fitnah dengan senior kau orang semua tak Iman yang teringat akan peristiwa itu terus memaku lidahnya. Tak mampu dia membalas fakta itu. Memang sebelum Nadhirah pergi, tak ada siapa yang tahu masalah Farah. Farah dikenali ramai selepas berkawan dengan Nadhirah yang merupakan teman wanita Airiel waktu itu.

"Jangan tipu aku! Jangan tipu akuuu! Aku tak bodohlah, senang-senang nak percaya kau orang!" Tengking Farah dengan suaranya yang serak basah menahan sebak.

"Aa- Akak cadangkan kita semua bagi Farah masa. Kita keluar dulu ya. Bagi dia sesuaikan diri dengan benda yang dia kena hadap ni," ujar Farhana. Bibirnya mengukir secangkir senyuman palsu sementara matanya menakung selautan air mata.

                            "Semua ni mimpi... Tak mungkin Nadhirah tinggalkan aku," Farah merenung lantai. Tangannya menggenggam erat selimut yang menyelubungi kakinya.

                          "Semua ni realiti," Khairul membalas. Dia mahu Farah menerima kenyataan tersebut walaupun perit. Perit untuk semua yang berada di situ termasuk dirinya.

                          "Macam mana dengan hubungan kita?" Soal Farah memandang Khairul seakan-akan hanya bicara Khairul yang dia mampu percaya. Sedangkan Khairul adalah antara lelaki yang mengguna dirinya.

                      Mata Khairul tunduk sebelum ia perlahan-lahan beralih ke arahku. Aku membulatkan mata terkejut. Dah kenapa tiba-tiba pandang aku ni?

                           "Aku minta maaf. Tapi, perasaan aku dah beralih dekat orang lain sejak kali pertama aku jumpa dia. Sejak kali pertama aku jumpa dia, aku rasa nak jaga dia," Anak mata Khairul merenungku lama.

                    Jantungku berdegup laju. Bulu romaku naik. Perutku diserang rama-rama yang liar beterbangan. Tak dapat aku tafsirkan apa yang aku rasa. Lidahku seperti lumpuh tak mampu berkata apa. Apa yang Khairul cuba sampaikan?


*******

Langkahku lemah menuju ke kelas. Kepalaku tunduk dengan pipi yang basah dek kerana air mata yang tak henti-henti mengalir. Kakiku berhenti melangkah saat tubuhku berdiri di hadapan bilik rehat. Pantulan imejku yang terpapar pada kaca tingkap bilik rehat aku renung. Jari jemariku naik menyentuh kantung mata yang tampak bengkak. Biji mataku masih kemerahan sama seperti malam semalam.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now