ep : 01

1.6K 131 4
                                    

Pada hari Yoongi membawa lari Taehyung.

Yoongi pov

Aku lari selaju yang boleh untuk keluar dari hospital dengan membawa Taehyung yang sedang tidur dalam dakapan aku.

Air mata aku mula menitis sebaik saja kaki ku melangkah keluar dari hospital. Aku cuba secepat mungkin untuk tinggalkan tempat ni.

Aku nampak kereta bangtan tiba di hospital, aku mempercepatkan laju larian aku.

Aku kena larikan diri dari mereka. Ini je satu satunya cara supaya aku dapat memiliki Taehyung dan lindungi dia dari orang yang tak layak digelar appa.

Aku menahan sebuah teksi dan terus bergerak ke stesen keretapi . Aku akan bawa Taehyung pulang ke kampung aku di Daegu dan besarkan dia di rumah peninggalan orang tua ku disana.

Keretapi bergerak menuju ke Daegu, mata aku menatap Taehyung yang sedang lena terbaring berbantalkan riba aku.

" semuanya dah okay sekarang. Takde siapa yang akan cederakan kamu lagi. " sebaik aku habis berkata, air mata ku terus membasahi pipiku.

Taehyung terjaga dari tidurnya bila terdengar esakan kecil ku. Dia bangun dan memandang wajah ku yang membuat aku bertambah sebak.

" appa jangan nangis. " Taehyung menyeka air mata aku, itu yang membuatkan aku terharu.

" okay tae, macam yang kamu suruh. Sekarang tengok appa dah tak nangis. " kata aku lalu mengukir senyuman gummy aku.

Dia mula tersenyum tapi bukan senyuman petak yang ceria macam selalu. Cuma senyuman nipis je.

Aku harap sangat aku dapat buat dia tersenyum semula macam sebelum ni.

" m-mana appa yang lain? " Taehyung tanya sambil tercari cari appanya yang lain. Aku mula rasa sedih.

Apa yang aku nak cakap kat dia? Patut ke aku cerita hal sebenar?

Tapi dia takkan faham sebab dia masih kecil. Tapi macam mana kalau dia akan mula benci aku sebab aku pisahkan dia dari appanya yang lain?

Tak tak tak. Aku tak sanggup kalau dia bencikan aku. Oh shit, apa aku nak cakap ni?

Masa aku tengah ligat berfikir, Taehyung masih tercari cari dimana appa-appanya.

" Suga appa, tae nak kookie appa. " kata taehyung dengan air matanya yang mula bertakung.

Macam mana aku nak cakap yang dia takkan dapat jumpa kookie appanya lagi lepas ni? Appa minta maaf tae. Ini pun untuk kebaikan kamu.

" kamu cakap apa ni tae? Kamu cuma ada sorang appa. Ni suga appa. " kata aku.

" tak tak. Joonie appa, hobi appa, kookie appa, chimchim appa dgn jinnie eomma. Tae ada 5 appa dan 1 eomma. " kata Taehyung cekap mengira dan pandang aku dgn penuh harapan

" taklah. Kamu cuma ada sorang appa. " habis aku bercakap terus Taehyung menangis melalak buatkan aku jadi takut.

Betul ke benda yang aku buat ni?

Aku cuba buat dia berhenti menangis tapi makin kuat pulak dia melalak.

Akhirnya dia mula kepenatan dan berhenti menangis lalu terlena.

Aku kena buat sesuatu untuk buat Tae lupakan bangtan.

Kami tiba di Daegu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kami tiba di Daegu. Kami terus bergerak ke rumah keluarga aku dengan menaiki teksi. Itu rumah lama aku, jadi aku tahu takde siapa yang tinggal disitu sekarang. Jadi rumah tu selamat untuk aku dan Taehyung tinggal.

Aku baringkan taehyung atas sofa, lalu aku melihat sekitar ruang rumah tu. Masih sama macam dulu, kemas dan dilengkapi perabot.

Aku bawa taehyung masuk ke bilik tidur aku dan mulakan proses menyembunyikan identiti aku.

Menjadi seorang yang kaya dan popular di seluruh korea selatan ni memudahkan orang ramai dapat mengenali dan mengesan aku.

Sekitar jam 4 pagi semuanya selesai. Sekarang aku bukan lagi orang yang dulu. Nama aku dah ditukarkan kepada MIN SUGA dan anak aku pula diberi nama baru iaitu MIN TAEHYUNG

Aku memanjat katil dan baring disebelah Taehyung. Tubuh kecilnya aku tarik rapat ke tubuh ku. Akhirnya aku perlahan-lahan menutup mata dan terlena.

 Akhirnya aku perlahan-lahan menutup mata dan terlena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semuanya akan berubah mulai sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semuanya akan berubah mulai sekarang.

Dear Taehyung Where stories live. Discover now