PART 5

2.2K 238 69
                                    

CRUSH
PART 5

“WUEKKK!” jimin mengurut dadanya sambil muntah di tepi longkang.

“Sunbae okey? Maaf saya tak tau Sunbae jenis gayat” Ji Hye meminta maaf. Rasa bersalah mula muncul.

“takpe, bukan salah awak. Saya ingatkan penyakit gayat saya dah pulih, rupanya belum” ucap Jimin sebelum menyandar di kerusi.

“minum dulu” Ji Hye menghulurkan air mineral.

“so kita nak main apa lagi?” soal Jimin.

“erm apa kata kita makan dulu, kesian saya tengok Sunbae. Macam orang mabuk” Ji Hye ketawa.

“maaf saya dah rosakkan hari kita” ucap Jimin.

“it’s okay. Kita tak plan pun benda ni nak jadi” Ji Hye cuba menyejukkan Jimin.

“Kim Ji Hye’ ucap Jimin. Kening Ji Hye terangkat apabila Jimin menyebut nama penuhnya.

“erm saya nak cakap something, tapi benda ni saya cakap sekali je” ucap Jimin sambil menarik nafas dalam-dalam.

“ape? Sunbae buat saya nervous pulak” Ji Hye memegang dadanya.

saya suka awak” ucap Jimin sambil memandang tepat mata Ji Hye.

“saya suka awak dari hari pertama awak daftar Uni and masa tu awak pinjam kasut saya. Saya sebenarnya malu nak cakap benda ni dari awal tapi saya tak tahan tengok awak rapat dengan Namjoon. Saya agak jealous sebenarnya” terang Jimin dengan panjang lebar.

“saya pun sebenarnya suka kan Sunbae tapi malu nak cakap. Yelah Sunbae ramai peminat. Manalah nak pandang saya yang selekeh ni” ucap Ji Hye.

“mana ada selekeh, awak comel & kelakar. Lagi-lagi bila saya nampak awak berebut aiskrim dengan Namjoon” Jimin ketawa. Ji Hye juga ketawa.

“Fuh lega lepas luahkan” Jimin menyandar di kerusi.

“so kita kira official?” tanya Ji Hye lurus.

“yela sayang oi, ke nak saya buat pengumuman rasmi kat Uni kot. Biar semua lelaki takkan dekati awak. Lagipun sape yang berani kacau girlfriend Park Jimin? The hottest and georgous man. Pemilik blackbelt Taekwando” terang Jimin sambil menguak rambutnya ke belakang.

“eleh berlagaknya. Euwww” Ji Hye buat gaya ingin muntah.

“haaa buat camtu lagi, saya cium nanti” ucap Jimin. Serta-merta Ji Hye berhenti buat. Takut jugak Jimin buat betul-betul.

“erm tadi cakap nak makan. Jomlah lagipun lagi sejam nak pukul 8. Kang Taehyung marah” ucap Ji Hye.

“jom!” sahut Jimin sambil menarik Ji Hye bangun.

**************************************************

“wei Taehyung! Namjoon! I got a big news!” Ji Hye menari-nari di hadapan 2 makhluk tersebut.

“pe” jawab Taehyung & Namjoon serentak.

“Jimin! Dia confess dia suka aku! kyaaaaaa!!” Ji Hye terlompat-lompat.

“secepat tu?” soal Taehyung.

“tak silap aku kau baru rapat dengan dia sebulan kan?” soal Namjoon pula.

“well dia dah lama usha aku Cuma dia tak berani nak luahkan. Aku tak sangka dia ada simpan perasaan kat aku jugak” ujar Ji Hye sambil tersenyum lebar.

“yelah tapi jangan sampai lupakan kami pulak, jangan berkepit sangat dengan dia. Aku risau kau abaikan pelajaran, kau nak grad dah hujung tahun ni” ujar Taehyung.

“ish kau ni Oppa, agaklah aku nak buat camtu. Study comes first!” ucap Ji Hye.

“hah yela tu, haritu masuk class lambat sebab tengok Jimin main basketball” celah Namjoon. Ji Hye menyiku perut Namjoon membuatkan lelaki tersebut mengaduh sakit.

“Appa & Eomma mana Oppa?” soal Ji Hye sambil memandang kiri kanan.

“pergi majlis anak kawan diorang, tu kat dapur ada lauk favourite kau. aku tinggalkan sikit untuk kau” ujar Taehyung.

“yeke? Thanks Oppa!” ucap Ji Hye sambil mencium pipi Taehyung & berlari ke dapur.

“euww ada air liur” Taehyung mengelap pipinya yg dicium Ji Hye tadi.

***************************************************

morning Eomma Appa and Oppa” ujar Ji Hye sambil menarik kerusi di sebelah Taehyung.

“aik ceria je? selalu pagi-pagi muka macam zombie” tegur En Kim.

“ada apa-apa yang kami tak tau ke? Taehyung? Kamu tau sesuatu?” soal Pn Kim.

“I got full marks for this quiz. Hebat tak?” soal Ji Hye sambil meletakkan kertas kuiz 2 hari lepas di atas meja makan.

“camni baru nak Appa. Hah kamu Taehyung, result carry marks dah keluar?” soal En Kim.

“belum, mungkin 2-3 hari lagi. jangan risau Appa. Confirm full marks punya” riak Taehyung.

“eleh kau berlagak” jeling Ji Hye.

“hek eleh jeles la tu carry marks tak pernah full ” cebik Taehyung.

stop arguing kids. Eomma sepak kang” jeling Pn Kim. Ji Hye & Taehyung terus diam namun masih menjeling antara 1 sama lain.

**************************************************

“weh Ji Hye jom makan kat gerai yang baru bukak tu, dengar citer makanan dia sedap” Namjoon menggalas beg keluar dari kelas.

“makan? Erm aku….” Ji Hye teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya.

“kau nak dating dengan Jimin?” teka Namjoon. Ji Hye mengangguk perlahan.

“sokaylah, kita keluar esok jelah” putus Namjoon.

“kau jangan balik lambat sangat, bye” ucap Namjoon lalu berlalu pergi.

*********************************************

Ji Hye memandang kiri kanan mencari kelibat Jimin. Mereka dah berjanji nak berjumpa di Library. Akhirnya dia ternampak Jimin bersama 3 lg lelaki berada di sudut library. Ji Hye berdehem.

“ah awak dah sampai. erm guys, kenalkan ni Ji Hye” Jimin berdiri di sebelah Ji Hye. Ji Hye senyum sambil sedikit tunduk.

“Jungkook” ucap lelaki berambut hitam.

“I’m Yoongi” ujar lelaki berambut blonde pula.

“Seokjin. Boleh panggil Jin atau Oppa” Jin buat flying kiss. Ji Hye tergelak.

“yahh kau jangan nak buat hal” Jimin menjeling Jin.

“okey guys, kitaorang nak gi dating. So pape hal whatsapp je” Jimin mengambil begnya. Ketiga-tiga kawanya hanya mengangkat tangan sebagai tanda okey.

Huhu setelah sekian lama ku tak update hehehe. Agak malas sebenarnya selepas melihat reader yg tak seberapa banyak. Putus harapan 😣. Jadi kepada anda yg dah baca ni, silakan vote okeyhhh. Mmmuah!!

Okey ninada sikit part untuk yg akan datang

"Aku kesiankan Jin Hye"

[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]Where stories live. Discover now