MAP 34 : kenapa ada baby?

16K 703 24
                                    

Irfan menarik comforter. Mata dipejam. Cuba menahan rasa loya yang tiba tiba datang.

"Tasy rasa kan.. Bella tu isteri dia kot. And, isteri dia mengandung. Abang dulu pun kan, masa Tasy mengandung abang yang kena alahan." Ujar Anastasia setelah Irfan lena.

"Tapi masalahnya mana kita nak cari bini dia? Kita bukan kenal pun siapa Bella tu." Ujar Eizray. Anastasia angguk. Betul jugak.

"Kesian isteri dia. Mesti tengah risaukan Irfan ni. Kita kena cari isteri dia la abang. Nanti mesti dia happy." Ujar Anastasia sambil menggoyangkan lengan Eizray dan mengemam bibir. Eizray senyum.

"Ya.. kita cari. Jangan goda abang boleh tak?" Ujar Eizray. Sempat lagi. Mencerlung mata Anastasia memandang suaminya.

"Nak kena sepit ketam Tasy ke?" Soal Anastasia. Eizray gelak.
__________________________________

Bella merenung wajah Ara.

"Tapi saya takutlah.." ujar Bella.

"Kalau kita tak report polis, sampai bila kita takkan jumpa Irfan." Ujar Ara. Bella mengeluh.

Report polis? Ish..

"Bella!" Panggil Ariq. Bella dan Ara serentak menoleh

"Anak buah aku jumpa Irfan. Dia cakap Irfan duduk dengan sepasang suami isteri ni.. apatah namanya, lupa. Yang penting Irfan masih dekat Shah Alam. Tak jauh sangat dengan KL ni kalau aku nak pergi jemput dia kejap." Ujar Ariq sambil mencapai kunci kereta di atas meja.

"Saya nak ikut." Ujar Bella.

"Takpayah. Biar aku bawak balik Irfan dulu. Nanti kau boleh slowtalk dengan dia." Ujar Ariq. Kemudian dia memandang Ara.

"Cik Ara jaga Bella. Jaga diri sendiri tu jugak. Jadi apa apa aku jugak susah." Ujar Ariq seraya melangkah keluar. Ara mengecilkan mata.
__________________________________

Bella menggigit bibir. Tak sabar nak tunggu Irfan balik. Dia rasa bersalah. Jadi, dia nak mintak maaf dengan Irfan.

Bunyi pintu dibuka membuat Bella pantas bergerak ke pintu. Dia yakin itu Ariq kerana hanya Ariq dan Irfan yang suka jiwa je redah rumah orang.

"Bella!" Panggil Irfan sambil memeluk Bella. Bella turut memeluk suaminya. Ariq memegang tangan Ara.

"Jom. Balik." Bisik Ariq sambil menutup pintu rumah itu kembali. Tinggallah Bella dengan Irfan.

"Irfan pergi mana? Kenapa tinggalkan Bella?" soal Bella sambil mengusap pipi Irfan. Irfan mencebik dengan matanya berkaca

"Bella marah Irfan. Bella tak suka Irfan balik." Ujar Irfan sambil menunduk. Bella menggeleng lalu tangan Irfan diraih.

"Bella mintak maaf. Irfan maafkan Bella ya?"

"Kenapa Bella mintak maaf? Bella tak buat salah." Ujar Irfan. Kemudian dia mengelap air mata Bella.

"Dah.. jangan nangis. Irfan taknak Bella nangis. Irfan tak marah Bella." Ujar Irfan memujuk. Bella memeluk Irfan.

"Janji jangan tinggal Bella lagi?" Soal Bella. Irfan angguk. Laju.

"Bella.. Irfan pening." Adu Irfan. Bella senyum. Kan betul, Irfan kena alahan. Bella mengambil tangan Irfan lalu dilekapkan diperutnya.

"Dalam ni.. ada baby. Baby Irfan, baby Bella. Sebabtu Irfan pening." Ujar Bella. Irfan kelihatan bingung.

"Kenapa baby duduk dalam perut Bella? Baby tak suka duduk luar ke? Macamana boleh ada baby dalam perut Bella? Bella ambik baby tu dari mana?" Soal Irfan bertubi tubi

Bella tersenyum. Irfan tetap Irfan.

"Baby ni.."

"Irfan nak makan laksa. Sedapla laksa!" Ujar Irfan teruja. Lupakan baby.

Dan.. seperti biasa, setiap soalan yang diajukan Irfan, mesti tak sempat Bella jawab.

"Nak laksa? Bella masak." Ujar Bella. Irfan laju angguk. Kemudian dia melentokkan kepala di bahu Bella.

"Sayang Bella..." gumam Irfan. Bella senyum. Kepala Irfan diusap.

"Sayang Irfan jugak."

Haaa... dah shweet tu maknanya dah nak abis! Hahahahah.

Anda beruntung kerana seketul eychaeyheyn ini sangat baik kerana dia tidak sanggup nak pisahkan Bella dgn Irfan. Hahah.

Mystery Autism Person [C] Where stories live. Discover now