📢📢📢📢📢

"Pengumuman kepada semua pelajar. Sila pergi ke dewan sekolah untuk perhimpunan rasmi."

Aduhh...

Lupa pulak hari ni ada perhimpunan.

Aku baru nak tidur...

"Jaerin. Jomlah" ajak Yena yang sudah berada di pintu kelas.

"Kau pergilah dulu..."

"Okey. Kau jangan lambat pulak."

"Nae..." jawabku malas.

Aku bangun dengan lemahnya.

Aku mengantuk sangat...😩

"Mengantuk ke?" Soal Hyunjae yang tiba-tiba muncul di sebelah aku.

"Tak lah. Mana ada aku mengantuk" balasku menyampah.

Aku berjalan perlahan-lahan menunju ke dewan.

Sampai sahaja di dewan, kelihatan semua pelajar sudah beratur mengikut kelas.

Aku duduk dekat belakang sekali iaitu belakang Soomin.

Sebelah kanan aku, barisan budak lelaki kelas aku.

Hyunjae duduk di sebelah aku.

-

Aku melihat Pengetua Lee yang sedang berucap di depan.

Apa yang dia cakap, langsung aku tak paham.

Sebab apa?

Sebab otak aku sekarang fikirkan cara untuk aku tidur tanpa Cikgu nampak.

"Kau mengantuk ke?" Soal Soomin yang berada di depan aku.

"Haah" jawabku.

"Kau letak je la kepala kau dekat belakang aku."

"Betul ke ni? Kepala aku berat tau"

"Betul. Kau letak je la. Aku tak kisah pun."

Aku pun letakkan kepala aku di belakangnya dengan bahagianya.

Terima kasih Soomin.😄

-

Aku terbangun dari tidurku apabila ada orang cucuk-cucuk lengan aku.

Aku pandang ke arah kanan.

"Kau nak apa?" Soalku dingin.

"Perhimpunan dah habis." Beritahu Hyunjae.

"Dah habis?" Aku pandang ke arah depan.

Pengetua Lee sudah tiada dan hanya ada Cikgu bertugas.

"Soomin-ah. Terima kasih sebab bagi aku tidur dekat belakang kau." Ucapku sambil menepuk-nepuk perlahan belakangnya.

Tiada apa-apa respond dari Soomin.

Aku memanjangkan leher aku untuk melihat wajah Soomin.

Patutlah...

Dia pun tidur juga...

Kepalanya diletakkan di belakang Jiae yang duduk di depannya.

Begitu juga dengan Jiae, Jiae meletakkan kepalanya di belakang Hara yang duduk didepannya.

Masing-masing melelapkan mata.

"Soomin bangun..Pehimpunan dah habis" kejutku sambil menggoncang-goncang badan Soomin.

Soomin bangun dan kejut Jiae di depannya.

Jiae kejut Hara yang berada di depannya.

"Kau tak mengantuk ke?" Soalku pada Hyunjae yang berada di sebelah aku.

"Tak. Aku dah biasa" jawab Hyunjae dengan bangganya.

"Eleh...."😒

-

"Sebelum kamu semua masuk ke dalam kelas, Saya nak panggil pelajar-pelajar yang menyertai Kem Perkhemahan." Kata Cikgu Park.

Pelajar-pelajar yang dah bangun, kembali duduk.

"Nama yang Cikgu sebut, sila berdiri di sebelah kanan saya" ujar Cikgu Park.

"Kelas 5-1 Bae Jinhee. Kelas 5-2 Kang Jiwon. Kelas 5-3 Lee Yunmi. Kelas 5-4 Lee Sangyeon, Jacob Bae, Kim Younghoon, Lee Hyunjae, Lee Juyeon, Kevin Moon, Ji Changmin, Joo Haknyeon, Heo HyunJoon, Kim Sunwoo, Eric Son, Choi Chanhee,Kim Yewon, Choi Hyejin, Park Soomin, Shin Jiae, Shin Hara, Park Mikyong dan Song Jaerin"

Aku yang sedang main rambut Soomin, terkejut mendengar nama aku dipanggil.

"Argh! Yah! Jaerin! Sakitlah!" Teriak Soomin apabila aku tertarik rambutnya semasa aku terkejut tadi.

"Mian-mian" ucapku sambil mengusap kepalanya.

"Weh! Bila masa aku isi borang untuk sertai kem tu?!" Kataku tak puas hati.

"Aku yang tulis borang tu untuk kau" kata Hyunjae selamba sambil berjalan pergi ke arah pelajar-pelajar yang sertai kem berkumpul.

😧

Aku duduk bersama dengan pelajar-pelajar yang menyertai kem itu.

"Eh? Bukan ke kau tak nak pergi kem ni?" Soal Jiwon yang berada di sebelah aku.

"Memang aku tak nak pergi pun kem yang membosankan tu. Tapi, ada orang yang MEMANDAI tulis nama aku untuk sertai kem tu." Kataku sambil menjeling Hyunjae.
















TBC...
FF ni mungkin habis dalam bulan 1 tahun depan kot.
Author ingat nak habis dalam bulan ni.
Tapi nampaknya tak sempat sebab Author busy nak siapkan barang2 sekolah untuk tahun depan.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now