Aku boleh balik!!!

Lapar gila aku...

Apa agaknya HyeKyo Unnie masak eh?😋

Apabila aku keluar je dari kawasan sekolah, aku nampak kereta Jongki Oppa betu-betul di depan sekolah aku.

Nasib baik cermin kereta Jongki Oppa gelap.

Tak adalah pelajar lain nampak dia dekat dalam kereta tu.

Aku terus masuk ke dalam kereta.

"Hai Oppa!" Sapaku ceria.

"Hai. Macam mana dengan sekolah baru?" Soal Jongki Oppa.

"Okey je.."

-

Dalam perjalanan pulang, ada 12 buah motor🏍 melepasi kereta Jongki Oppa.

Aku pandang motor-motor itu.

Macam kenal motor-motor ni..🤔

Itukan...

Motor diorang!!

Aku cari Hyunjae.

Satu per satu motor melepasi kereta Jongki Oppa.

Aku tidak putus asa untuk mencari Hyunjae.

Dan....

Akhirnya aku jumpa dia!🎉

Dia berada di belakang sekali.

Tengok mata je, aku dah kenal dia.

"Amboi... tak kelip-kelip mata tengok budak-budak motor tu.." perli Jongki Oppa.

"Ha? Mana ada.. tengok ni. Mata Jaerin kelip-kelip eh" kataku sambil mengelip-gelip mata aku pada Jongki Oppa.

Jongki Oppa ketawakan aku.

-

🏠🏠🏠🏠🏠

Selesai sahaja aku mandi, aku turun ke tingkat bawah.

Aku duduk di depan tv.

"Jaerin. Macam mana dengan sekolah baru?" Soal HyeKyo Unnie yang ambil tempat di sebelah kanan aku.

"Ok je.." jawabku.

"Tak ada namja yang Jaerin suka ke dekat sekolah tu? Mesti ada ramai namja-namja handsome kan..." tanya HyeKyo Unnie.

Selepas HyeKyo Unnie cakap tentang Namja Handsome, terus aku teringat Hyunjae.

Aku melihat sekeliling aku dulu.

Okey.

Jongki Oppa tak ada.

"Unnie-Unnie. Tadikan ada ramai namja handsome. Tapi salah seorang dari diorang membuatkan Jaerin lemah. Handsome sangat namja tu.." beritahuku.

"Jinjja? Mana lagi handsome. Namja tu ke.. atau Jongki Oppa?" Soal HyeKyo Unnie.

Senang sangat soalan HyeKyo unnie.😏

"Mestilah Namja tu." Jawabku.

HyeKyo Unnie gelak.

"Woah!! Suka nampak..." tegur Jongki Oppa yang sedang menuruni anak tangga.

HyeKyo Unnie berhenti gelak.

Aku letakkan jari telunjuk di bibir tanda jangan beritahu Jongki Oppa.

HyeKyo Unnie menganggukan kepalanya.

"Berbual apa je?" Soal Jongki Oppa yang mengambil tepat di sebelah kiri aku.

Sekarang aku berada di tengah-tengah.

"Berbual tentang masakan.." jawab HyeKyo Unnie.

"Masakan? Yela tu..Jaerin bukan minat masak pun."

"Ele.. Oppa. Itulah..tak nak tahu pasal adik sendiri. Jaerin minat masaklah. Cuma malas je." Kataku acah-acah merajuk.

"Kalau macam tu, Jaerin masaklah untuk makan malam hari ni."

"Tak nak.." aku menjelir lidah pada Jongki Oppa dan masuk ke bilik dimana tempatnya khas untuk bermain video game.

"Ya!Nak pergi mana tu?! Oppa nak main juga" kata Jongki Oppa sambil berlari masuk ke dalam bilik itu.

"Menyebuk je..."

Kami berdua main game sehingga bulan menjelma.🌕









TBC...
Watak sampingan tu lagi beberapa chapter baru muncul tau.
Sebab nak tunggu pasangan THE BOYZ cukup.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now