WFY 03 (E)

87 6 1
                                    

In my dreams ,
You with me,
We'll be everything I want us to be...

Aku mengeluh perlahan apabila tidurku diganggu lagi. Sudah beberapa kali telefon Iphone 11 miliknya itu berbunyi namun dia tidak mengangkat panggilan itu.

"Takkan tak faham-faham lagi. Kalau orang dah tak angkat tu maknanya tak nak diganggulah. Pagi-pagi pun nak mengacau orang." bibirnya mengomel perlahan.

Dia bangun dari katilnya untuk mengambil telefon di atas meja solek.

Patutnya aku off phone ni semalam... Ara!!!

"Hello!" jawabnya sedikit kasar.

"Uih, garangnya cik kak kita ni. Janganlah marah, Thiaaaaa...." suaranya meleret seolah memujuk Fathiah.

"Kaulah! Aku mengantuk tau. Call banyak kali kenapa?" tone suaranya kembali lembut.

"Sorry.. just nak make sure kau betul-betul dah balik Malaysia."

Tengku Ammara Amna. Sepupunya. Anak kepada papa Arriel dan mama Annira. Juga kawan baiknya.

"Ya, I'm back! Finally after 7 years.. walaupun aku rasa aku patut stay lagi lama kat sana."

Ayat akhirnya itu diperlahankan sedikit. Ara cuma mendiamkan diri. Dia tidak mahu terlepas cakap apa-apa yang akan menyakitkan hati Fathiah.

"So, bila kau nak datang jumpa aku dengan Mar ni?" Suaranya diceriakan.

"Esok? Harini aku nak jumpa anak-anak ummi dulu. Dah janji."

"Deal! Esok bagitau location."

Selepas panggilan diletak, Fathiah termenung seketika. Dia memandang permandangan di luar biliknya.

Siapa sangka aku boleh berada di sini 8 tahun lepas?

💙The DaIra's💖

Mummy Lina💙
Ma , pa , Thia dah selamat sampai Malaysia. Dia ada kat rumah Lin sekarang.

Hayden terus menutup telefon bimbitnya setelah membaca mesej yang dihantar oleh  ibu saudaranya itu.

Dia mengusap rambutnya kasar sebelum berlalu ke bilik air. Fikirannya masih bercelaru.

Setelah bersiap untuk ke pejabat, Hayden melangkah ke ruang makan. Kelihatan sarapan pagi sudah tersedia.

"Aden.. jom sarapan dengan bonda." Haifa muncul dari dapur sambil menatang dulang berisi teko berisi kopi O.

"Ayahanda mana?"

"Ayahanda awal-awal lagi dah pergi pejabat. Ada breakfast meeting katanya."

Hayden yang mendengar hanya mengangguk kepala. Dia mula melabuhkan duduk.

Haifa yang turut serta menuangkan air kopi Hayden. Dia tersenyum apabila anaknya mengucapkan terima kasih.

"Bonda.."

"Hmm.."

"Bonda nak balik Malaysia?"

Pertanyaan anaknya itu menyebabkan gerak-geri Haifa terhenti. Dia memandang wajah kacak anak sulungnya itu.

"Kenapa? Aden tak nak balik ke?"

"Aden t-tak... pasti.." balasnya teragak.

"Bonda.. rindu nak jumpa keluarga bonda. Keluarga ayahanda. Lagipun bonda dengar... DaIra ada masalah baru-baru ni."

Hayden tersentak. Dia memandang wajah ibunya dengan dahi yang berkerut.

DaIra? Bukan company?

"DaIra?"

Haifa dan Hayden saling membalas pandangan sebelum Haifa menganggukkan kepalanya.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Hope you guys enjoy it.😘

TBC

Waiting For YouWhere stories live. Discover now