Kim Mingyu melemparkan senyuman buat Wayoung dan dibalas dengan senyuman kekok oleh gadis itu.

Jungkook hanya memandang. Amboi-amboi, cucuk jarum.

Tessa tersengih.

"Tengok tu, ada orang mengorat adik awak." gurau Tessa setelah Mingyu berlalu pergi.

"Biarlah. Dah adik saya comel macam saya." kata Jungkook tidak kisah.

Sedikit sebanyak Wayoung terasa. Ingatkan lelaki itu akan marah jika ada seseorang mengoratnya.

"Eii, perasannya. Masuk keranda angkat sendiri!" kata Tessa sambil menampar lengan lelaki itu.

"Sakitlah sayang." Jungkook mengaduh kesakitan. Boleh tahan bisa juga.

Wayoung mengetap bibir. Sakit hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh.

"Saya nak ke tandas sekejap." kata Wayoung lalu berlalu pergi ke tandas dengan laju.

Masuk sahaja ke dalam tandas, gadis itu menangis teresak-esak. Pedih, sakit. Tapi dia tidak mampu menunjukkan kesakitannya.

Cemburu? Memang, dia memang cemburu. Cemburu dengan kemesraan yang dipamirkan oleh Jeon Jungkook terhadap Tessa Alen tanpa langsung memikirkan perasaannya.

"Aku tak kuat." kata Wayoung perlahan sambil meraup rambutnya ke belakang. Hampir lima minit juga gadis itu berada di dalam tandas untuk menenangkan diri.

Setelah membilas mukanya dan menutup sedikit mata yang sembab dengan foundation, gadis itu melangkah keluar.

"Arghh." jerit Wayoung perlahan apabila dia ditarik oleh seseorang.

"Shhh." kata lelaki itu. Dia menutup mulut Wayoung dengan tangannya.

Wayoung menepis tangan lelaki yang menutup mulutnya itu dengan takut.

"Awak siapa?!" tanya Wayoung kuat.

"Shhh. Awak dah tak ingat ke saya siapa?" tanya lelaki itu bersama eyesmile.

Wayoung cuba mengamati wajah lelaki di hadapannya. Macam pernah dilihat.

Oh, ex-boyfriend Tessa.

"A-awak yang dekat restoran haritu kan?" kata Wayoung tergagap-gagap. Dia masih trauma apabila bersama dengan lelaki yang dia tidak rapat.

"Yup. Lupa ke? Saya Jimin." Jimin menghulurkan tangannya untuk berjabat bersama eyesmile.

"Wayoung." Wayoung menyambut huluran tangan Jimin dengan teragak-agak.

"Tahu." sengih Jimin.

"Mana tahu?" soal Wayoung. Lelaki di hadapannya ini semakin menyeramkan.

"Ini Park Jimin lah." kata Jimin bangga lalu meraup rambutnya kebelakang.

" kata Jimin bangga lalu meraup rambutnya kebelakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔ Playboy Paling Hot + jjkWhere stories live. Discover now