TDP

4.4K 271 10
                                    

Lima tahun kemudian...

Eva sudah berumur 14 tahun. Dia hanya ada seorang kawan iaitu Yuko. Dia dan Yuko selalu meluangkan masa di taman sekolah. Tanpa pengetahuan Eva, Yuko mula mencintai Eva dalam diam.

Yuko memandang ke arah kolam ikan. Ikan-ikan berenang di dalam kolam bulat itu. Airnya berwarna putih dan ada lagi air pancut. Kolam ini dijaga oleh kebun.

'Saya akan melamar awak, Eva. Apabila umur awak genap 23 tahun dan hari tu merupakan hari jadi awak saya nak awak jadi isteri saya' bisik hati Yuko.

Bagi Yuko Eva seorang gadis yang berbeza. Dia seorang yang pendiam mulanya. Namun telah lama berkawan, rupanya Eva peramah. Eva hanya senyum. Mata dia biru. Anak mata dia lah yang telah menambat hati Yuko. Tiada gadis lain di hatinya. Dia akan pastikan Eva akan jadi miliknya walau Eva itu pelik dan berbeza.

Yuko pula seorang jejaka yang peramah dan baik hati. Bentuk mukanya bujur. Eva paras bahu dia. Walau ramai lagi puteri yang lebih cantik dari Eva dia tetap nakkan si Eva.

"Hai, Yuko" tegur Eva. Dia memakai gaun berwarna hitam dan seluarnya pun warna hitam. Rambut silver diikat tocang. Kulitnya berwarna putih kemerahan.

"Hai"

"Maaf lah sebab saya lambat" Eva menuju ke arah Yuko.

"Awak tak lambat lah"

"Yuko, awak tahu esok hari apa?" soal Eva.

"Perlawanan di antara anak raja"

"Saya takut kalau saya cederakan orang, Yuko" Eva berasa sedih.

"Eva, jangan risau. Awak kena kawal kuasa awak. Saya tahu kuasa awak memang pelik. Sebab itu saya suka awak" perkataan suka itu di perlahankan.

"Hmmm" Eva hanya mengangguk. Dia sepertinya tidak dengar perkataan suka itu

......................................................................

Gelanggang dipenuhi orang ramai. Mereka duduk di atas kerusi. Gelanggang itu sebesar dua buah bilik. Semua murid tidak sabar menyaksikan perlawanan itu. Siapa menang, dia akan jadi wakil sekolah untuk pertandingan perlawanan.

Juri-juri ada empat orang. Mereka akan menilai sendiri perlawanan itu. Mereka duduk di kerusi yang ada meja bersama. Sehelai kertas berada di atas meja. Dua perempuan dan dua lelaki.

Seorang lelaki menuju ke arah mikrofon. Dia pegang mikrofon. Rambutnya berwarna unggu. Dia memakai baju unggu. Kulitnya berwarna coklat.

"Baiklah, para pelajar sudah bersedia?" soal pengacara. Murid-murid berikan tepukan gemuruh.

"Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi saya perkenalkan juri kita. Yang rambut warna coklat tu namanya Fia. Belum berkahwin, nanti boleh jumpa" Pengacara itu mengeyet mata.

Seorang lelaki ketuk kepala pengacara itu "Kau tu hanya dibenarkan jadi pengacara bukan mengorat perempuan"

"Maaf, juri kedua iaitu Elice. Juri ketiga kita Zen dan juri terakhir kita Iimz. Baiklah, tanpa membuang masa lagi mari kita mulakan perlawanan. Peserta pertama Puteri Olivia daripada kerajaan Ice"

Seorang murid perempuan menuju ke arah gelanggang. Rambut dia berwarna biru cair dan dia kuasa ais. Warna bajunya berwarna biru cair dan campuran putih.

"Peserta kedua ialah Puteri Eva daripada kerajaan Bule"

Eva terserentak apabila namanya disebut. Eva pun menuju ke arah gelanggang.

"Baiklah, mari mulakannya" Pengacara itu menekan loceng.

Tanpa sebarang amaran, Olivia menyerang Eva. "Ceracak ais" ais-ais tajam menuju ke arah Eva.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now