OPENING. SECARA CLICHÈ

31.5K 176 3
                                    

Semester kedua ni aku gagal dapat penempatan bilik individu. Terpaksa menginap dalam asrama yang dipanggil apartment kolej. Hampeh.

Satu apartment menempatkan 6 hingga 8 siswa. Yang best, penghuni boleh masak. Tak perlu bersusah payah nak turun ke cafe. Apartment siap ada mesin basuh dan peti sejuk.

Yang tak best, takde privasi. Biro Asrama dah letakkan aku sebilik dengan seorang siswa dari jabatan lain. Entah la aku tak kenal.

Beza dengan semester pertama dulu, aku bebas dalam bilik asrama individu. Pendek kata, so much privacy. Tabiat aku dalam bilik, selain melampias nafsu melancap tengok gambar lucah straight, memang tak lain tak bukan berlengging pakai spender. Kawan-kawan rapat aku dah terbiasa tengok aku macam ni. Tapi dengan budak-budak baru ni...

Kau orang rasa diorang boleh terima ke tak anjakan paradigma yang sebegini besar ni?

..........

Sampai bilik, aku terus tanggalkan t-shirt. Pakai jeans jer. Luggage aku biarkan tersandar kat almari. Siap pasang sampul tilam baru beli. Lepak jugak naik tangga sampai tingkat 4 bawak luggage dan barang lain.

Baru bukak zip jeans, aku terus teringat yang aku bukan menginap individu lagi.

Haihh... cepat-cepat aku zip semula.

Fuck.

Pintu bilik aku diketuk.

"Assalamualaikum, kau bilik ni ke?"

Aku pandang pintu bilik. Seorang lelaki tinggi tak pakai baju berdiri dengan banyak barang dalam plastik di tangannya.

Misai kontot dan janggut nipis, rambut sikat rapi macam tu mati-mati aku ingat Hael Husaini.

"Wassalam. Yep. Kau bilik ni jugak ke?"

"Eh tak. Aku bilik hujung. Anyway, selamat berkenalan brader. Aku Hafeez. Sorry tak dapat salam. Tangan aku penuh dah ni baru balik beli barang. Hehehe,"

Eh mamat ni. Bila masa pulak aku tanya

"Oh aha okey. Aku Hakimi. Panggil Kimi je. Takde hal brader,"

Kembali krik krik krik.

Selepas tu ada la 3 dan 4 orang lagi penghuni beransur-ansur masuk, tapi aku buat don't know. Penat der. Lagipun semua bukan sebilik dengan aku.

Anyway, aku masuk bilik ni dulu so I'm ruling.

Agaknya siapalah yang malang sangat jadi pemilik katil sebelah.

KAWAN JER...(CATATAN SI PISANG BESAR)Where stories live. Discover now