"Tak ada kacau hidup aku? Mulut kau memang boleh cakap macam tu. Sebab kau tak tahu apa point of view aku," bidas Airiel. Dia mengetap gigi geram. Khairul terdiam.

Airiel menoleh ke arahku pula. Anak mataku direnung tajam. Tiada lagi senyuman sinis di bibirnya.

"Kau bagi sihir apa dekat dia?" Aku mengerutkan kening mendengar soalannya itu. Aku tak tahulah dia tanya dengan serius ke perli atau main-main saja. Aku terus menarik tanganku dari genggam kedua-dua lelaki itu.

"Sihir? Kau ingat aku tak ada otak macam kau ke?" Balasku. Ingin saja aku tampar mulut Airiel yang tak habis-habis menyakitkan hati aku tu.

"Ya. Kau memang tak ada otak. Cukup bodoh untuk bekerja bawah betina tu semata-mata nak jatuhkan aku," Ujar Airiel perlahan di telingaku. Khairul mengerutkan kening tidak dapat mendengar apa yang Airiel bisik di telingaku.

Aku mengerutkan kening memandangnya dengan pelik. Aku tak tahu apa masalah Airiel dengan kakak dia. Aku rasa Cikgu Aireen nak suruh aku tengokkan adik dia sebab nak kawal adik dia daripada buat perangai dekat sekolah. Tapi, macam mana dia tahu yang Cikgu Aireen tawarkan aku untuk bekerja bawah dia?

"Jatuhkan kau? Tak pernah terdetik pun lah dalam otak aku nak buang masa jatuhkan kau," Aku menjauhkan diri daripada wajah Airiel yang betul-betul dekat denganku.

Airiel mengetap gigi geram tidak dapat mendengar aku mengaku hubunganku dengan Cikgu Aireen. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya dengan geram. Kedua-dua belah tangannya mencengkam bahuku dengan kuat. Dahiku berkerut menahan sakit. Kekuatan pada cengkaman Airiel membuatkan aku rasa sakit dan takut dengan Airiel yang seperti mahu membunuhku.

Matanya menatapku dengan penuh geram. Kepalaku automatic memandang ke arahnya. Tiada siapa yang suruh tetapi aku memandangnya kembali kerana aku dapat rasakan dia betul-betul marah denganku.

"Betul? Jadi, explain dekat aku apa yang jadi waktu aku masuk bilik perempuan tu dan tengok kau orang berdua tengah duduk dan bincang something yang suspicious. Explain kenapa muka kau pucat waktu tu," Arah Airiel. Kini dia tak mampu menahan sabar lagi.

Wajahku pucat tatkala mendengar Airiel mengungkit hal beberapa hari lepas di mana hari aku perlu memberi jawapan bagi tawaran Cikgu Aireen. Memang aku sudah menolak pun tawaran tersebut tetapi Cikgu Aireen seakan-akan ada kuasa manipulasi membuatkan aku terlalu takut untuk menolak. Malah, untuk mengelak daripadanya pun aku takut.

Khairul terkejut melihat wajahku mula berubah pucat. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara aku dan Airiel. Hatinya mula berubah risau melihat aku tiba-tiba takut dengan Airiel

"Sakit.. Lepaskan aku," Aku cuba mengelak dari soalannya. Airiel mengetap gigi geram.

"Kau bukan sakit, tapi kau tahu perbuatan kau dah tertangkap. Kau mengelak! Bagi tahu aku benda sebenar!" Tengking Airiel kuat.

Jantungku hampir gugur mendengar kuatnya suaranya menengking. Air mataku sudah bertakung di tubir mata.

Khairul mengetap gigi geram lalu lantas melangkah ke arah Airiel. Tangan kanannya diangkat lalu satu penumbuk kuat menghentam rahan Airiel. Tubuh Airiel terus tertolak ke belakang. Cengkaman pada bahuku terus terlerai.

"Cukuplah Airiel. Tak ada kawan bodoh macam kau yang tak puas hati dengan kebahagian kawan baik sendiri. Aku dah cukup sabar nak berusaha baikkan friendship kita macam dulu," Ujar Khairul mendatar lalu menarik lenganku sehingga tubuhku berada di belakangnya.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora