aku mengorak langkah menuju ke kelas. pintu kelas aku ketuk sebelum melangkah masuk.

" kamu dari mana, chanmi? lambatnya. mata pun bengkak semacam–" tegur cikgu daniel. ehh, renab jadian ni, aku debik kang–

sebok nak tahu hal orang apehal? aku menggulingkan mataku ke atas.

" saya sakit perut tadi cikgu–" jawabku.

" dah tu, mata tu bengkak kenapa?"

" termenangis terok pula semalam tengok cite goblin. sedeyh namati saya cikgu tengok ji eun-tak mati–" cikgu daniel mengangkat keningnya.

" ye ke, ni? ke guanlin buli kamu lagi?" terus terdiam aku dibuatnya.

" mana ada, cikgu! saya jadi budak baik dahh, tak main buli - buli semua nii–" celah guanlin. cikgu daniel mengecilkan matanya merenung guanlin.

" ye ke? setahu saya, saya baru aje nampak awak curi belanja budak junior semalam–"

" haa, itu citer semalam cikgu. hari ni saya insaf dahh. baru tadi subuh tadi haa solat taubat–" seloroh guanlin. cikgu daniel sekadar mengangguk.

" iye ke—"

" cikgu, boleh tolong teruskan mengajar? kalau boleh start dari awal, maklumlah saya ketinggalan tadi. karang susah pula saya nak buat kerja rumah saya–" ucapku berbaur sindiran.

" sape suruh bernyahtinja pun macam bermalam jumaat–" balas guanlin pula.

" eh, eh! sudah! diam boleh tak? haa, yelah. chanmi, dengar baik - baik. saya ulang sekali sahaja–" aku mengangguk.

sempat aku menjeling ke arah guanlin yang beriak wajah tidak puas hati dengan sindiranku tadi.

🐣🐣🐣

bukk!

badanku dihempas guanlin pada loker di kaki lima ini. shit! dia ikut aku pergi tandas rupanya–

" hey, apa masalah kau ha, betina?" tanya guanlin sambil mengunci pergerakanku dengan kedua belah tangannya.

" apa lagi salah saya, guanlin? apa yang saya dah buat kat awak sampai awak buli saya sampai macam ni sekali? apa salah saya, guanlin?! apa?!" dadanya aku tumbuk kuat.

saje aje nak merasa berketul ke tidak. tetiba rasa emo tak terasalah pulak–

" apa salah kau? bila tiba masanya, kau akan tahu jugak nanti. sekarang ni, kau dah ingkar arahan aku–" guanlin mengelus lembut rambutku.

ekoran jarak antara kami berdua, aku dapat rasakan deruan nafas dia yang—

k, aku malas nak bahas kang korang pun turut emm.

" aku dah pernah janji aku nak claim, kan?" guanlin mendekatkan mukanya ke mukaku.

" guanlin, janganlah macam ni–" tanganku menolak pelan dadanya. eo? jantung diaa– berdeguplahh lajulah.

" erk, kenapa jantung awak berdegup laju?" soalanku cukup membuatkan guanlin terkedu. tangan guanlin yang dari tadi mengunci pergerakanku diturunkan.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now