Suasana di taman oliver sangat tenang apabila waktu pagi di ceriakan dengan kanak-kanak yang bermain di buaian cukup untuk menceriakan hari Haniz Raihana yang bersantai sambil menjilat aiskrimnya sebelum telefonnya berdering meminta untuk diangkat.
"penggacau manalah ni, sikit2 nak call takde orang lain ker" bebel Haniz Raihana seorang diri sambil mencari telefonnya dalam beg. Raihana membaca nama pemanggil lalu mengangkat panggilan tersebut.
" Hello ma, cepatnya rindu pagi tadi baru jumpa dah rindu, kalau macam ni Rai tak leh keluar lagi lah nanti mama rinduuuu" jawab Raihana terlebih dahulu .
"Rai jangan tukar topik, Rai ade kat mana sekarang ni? tengahari nanti uncle irham nak datang lunch kat rumah kita, tolong teman mama beli bahan nak masak nanti boleh? Mama ingat nak masak lebih sikit sebab aunty misha pon datang sekali" balas puan Honeyza.
"Okay! Nanti Rai balik tapi sebelum tu Rai nak pergi kedai buku kejap nak cari komik yang terbaru" jawab Raihana sambil menyimpan barangnya kedalam beg. "Okey! Jangan lambat sangat tau" . " Yes!!! Ma'am" sambung Raihana sebelum menamatkan panggilan.
Raihana bergerak ke basikal yang di rantai di tempat parkir motor lalu menyimpan rantai ke dalam beg galasnya lalu membetulkan rambutnya yang diikat satu sebelum memakai helmet s-works smith takeovernya. Itulah basikal kegemaran dia s- works tarmac disc berwarna merah yang dihadiahkan pada Raihana ketika berumur 15 tahun oleh atuknya semasa hari jadinya.
Tengku Alhanur Haniz Raihana
binti Tengku Alhanur Reihan. Berumur 17 tahun anak kepada CEO HR holding. Kalau anak orang kaya kenapa bawak basikal tak bawak kereta? Itulah persoalan yang dibenci Raihana, apa kalau bawak basikal tu miskin ker orang jepun pon bawak apa!
------------------------------------------------------
Selepas membeli komik putera dan sedikit cd kamen rider. Raihana terus membelah jalan untuk menuju ke rumahnya sebelum mamanya melontar bom kerana lambat.
Dia berhenti disebelah kereta lamboghini yang membuka atap keretanya ketika dia menunggu di lampu isyarat bertukar hijau. Dia menjeling matanya sambil melihat pemandu dan penumpang di dalam kereta tersebut.
'ish!.. rosak mata aku tengok dua orang ni yang perempuan pon baju macam kain tak cukup jer kereta mahal kain semeter takkan tak leh beli? Yang laki pulak tangan tu gatal nak pegang peha perempuan yang tak cukup kain tu terdedah sana sini' bisik hana di dalam hati.
" you dah kenapa dari tadi tengok kami or you ni tengok kereta ni alah maklumlah tak mampu setakat bawak basikal jer" tegur perempuan yang tak cukup kain tu dengan ketawa yang mengejek. ' What! Dia cakap aku tak mampu! Yang kat rumah tu apa campur dengan kereta abang riz yang sikit2 nak kereta baru sebab tercalar. Mengada!
"Ehh, taklah saya tengah berfikir berapa harga kain semeter untuk bagi awak sebab awak macam tak cukup jer?" balas raihana dengan muka mengejek. "How dare you! said that to me. Do you know who i am?" balas perempuan tu dengan muka marah. " Oh no, you must shock if you know who i am, perempuan miskin!" tengking nya sebelum lampu isyarat bertukar hijau." what the.... Ish3 kaya duit, miskin adab" balas raihana sebelum mengayuh basikalnya.
------------------------------------------------------
Raihana sampai di pagar keselamatan perumahan Greenade lalu diberikan senyuman kepada pengawal keselamatan disitu. "assalamualaikum pak kamal" ucap Raihana sedikit menjerit dan dibalas dengan balasan pak kamal sebelum bergerak ke rumahnya.
Perumahan ni mempunyai lebih 20 rumah. Rumahnya berada jauh daripada rumah yang lain. Jadi untuk sampai ke rumahnya mengambil masa yang lama untuk sampai kalau kereta cepatlah sikit sampai tapi dia bawak basikal. Dari jauh dia dapat melihat mamanya bersembang dengan mak cik laila, pembantu rumah aunty lis, mama memang bukan bukan sejenis orang yang sombong sebab mama kata kalau sombong dapat apa? lagi orang benci lagilah buat dosa jer.
Raihana POV
Aku memarkir basikalku di garaj milikku sebab papa cakap tak lah berebut. Jadi setiap ahli keluarganya ada garaj sendiri. Biasanya keretaku diletakkan di basement bawah tanah sebab aku jarang guna kereta kerana aku lebih selesa menggunakan basikal ataupun motor.
Jadi yang ade dalam garajku hanyalah motor gp dan basikal2 aku yang mempunyai melebihi 10 basikal sampai mama kata aku suka membazir dan ugut nak jual basikal aku kalau aku tak ikut cakap dia, siapa sanggup kalau benda yang paling kau sayang nak kena jual? jadi aku ikut jelah apa yang mama nak.
Aku bukan jenis yang membazir tapi bila aku nampak jer basikal yang lawa aku tak boleh aku tak kuat nak lawan dan aku tak jual basikal aku sebab bagi aku setiap basikal aku ada kenangan tersendiri kadang2 aku derma jer tapi mama dah bagi limit kat kami untuk menggelakkan pembaziran katanya.
End pov
" Hai!, ma lama berbincang , sampai Rai balik pon tak sedar" sakat Raihana sambil menyalami tangan mama.
"tak lah kongsi2 resepi jer ingat nak masak ketam lunch nanti sebab aunty misha suka makan ketam lagi2 lobster, tu yang tanya resepi dengan mak cik laila kut dia boleh ajarkan" jawab tengku honeyza sambil jari bermain didagunya.
" Mama masak ketam lah Rai dah lama tak makan ketam gulai kuning mama, rindunya!!!" jerit Raihana sambil membayangkan masakan mamanya. Rindu!
" ish! Bisingnya tak eloklah anak dara menjerit macam dah nak tercabut telinga mama ni dengar" sambil menunjukkan telinganya sakit.
"Alah, anak dara mama jugak, anak ikut perangai parents dia jadi Rai ikut mamalah" sambil memeluk pinggang mamanya. "Apa kamu cakap" marah tengku Honeyza menyebabkan Raihana berlari ke dalam rumah dengan laju.
Walaupun nakal mana pun Raihana dia tetap akur cakap mamanya. Tengku Honeyza tersenyum gembira dengan perangai Raihana yang suka menyakatnya. Tiba2 dia teringat anak sulungnya lalu bergegas ke dalam rumah.
To be continue.........
YOU ARE READING
Missing You
RandomHaniz Raihana - seorang yang misteri, tak suka bergaul, senyap, selalu dihina di sekolahnya. Di gelar miss basikal buruk sudah terbiasa bagi Raihana "oops, eh jess kau tak ingat ker sebab apa dia datang sini, kalau bukan sebab majikan orang tua dia...
