Siri 278-Ikrar Turunan pendekar

903 15 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Dibawah sinar matahari yang kian keras, kami terus melangkah mengikut rentak Jamaluddin. Berlegar-legar disitu, bercampur baur dengan pedagang dan pengunjung. Sesekali secara tidak sengaja saya terlanggar orang yang lalu. Sopan sungguh, orang dilanggar tidak marah. Sekadar senyum dan angkat tangan kemudian terus berlalu. Suara kenderaan dan orang ramai bagaikan bersatu menambahkan rancak dan kemeriahan suasana ditempat tersebut. "Ini belum berapa sibuk," kata Jamaluddin. "Bila paling sibuk?" saya bertanya. "Tunggu sejam dua lagi." "Hummm..." Saya pun tidak melanjutkan pertanyaan. Melihat pada kesibukan ditempat tersebut menguatkan lagi hujah Jamaluddin yang mengatakan kawasan tersebut adalah pusat tekstil dan pakaian yang terbesar di Tanah Jawa. Sesuai dengan usianya yang sudah melebihi satu abad. "Disini semuanya ada, kecuali emak dengan ayah," dicelah-celah orang ramai itu, Jamaluddin masih sempat berjenaka. Datuk senyum panjang dan saya ketawa kecil. "Kita masuk ke dalam bangunan," ajak Jamaluddin. Datuk renung muka saya sambil menggigit bibir. Barangkali berfikir apa untung dan ruginya masuk ke dalam perut bangunan itu. "Bagaimana, setuju?" tekan Jamaluddin. Datuk masih macam tadi, masih berfikir-fikir. "Boleh juga, tapi sebentar saja," satu syarat dari datuk. "Sekadar tengok sekali lalu," balas Jamaluddin. Beberapa minit berikutnya kami sudahpun berada dalam bangunan yang padat dengan pembeli dan penjual yang menjaja serbaneka jenis kain dan pakaian. Tetapi, masalahnya kami tidak boleh bergerak dengan selesa. Laluan yang ada dikiri kanan kedai terlalu sempit dan bising pula. Keadaan begini membuat saya rasa sakit kepala, sakit hati dan sakit mata. "Panas, tak dapat nak tengok apa, orang ramai macam ulat tahi," secara tidak langsung rungutan saya dapat didengar oleh datuk dan rungutan itu pun dipanjangkan ke telinga Jamaluddin. "Kalau begitu kita keluar saja. Sebenarnya saya pun jarang masuk tetapi kali ini saya sengaja mahu menunjukkan kepada awak berdua betapa sempit dan panasnya berada dalam bangunan tu," kata Jamaluddin sambil senyum.

Setelah berlegar-legar lebih dari satu jam dikawasan yang sesak dan padat itu, Jamaluddin membawa saya dan datuk memasuki sebuah lorong dan pengembaraan kami berhenti dihujung lorong yang bercabang tiga. Kami bertiga berlabuh disebuah gerai. KENAL Jamaluddin segera memperkenalkan datuk dengan pemilik gerai tersebut. Orangnya sudah berusia lewat lapan puluhan tetapi, masih nampak bertenaga, macam awal lima puluhan. "Memang saya yang punya gerai ini, tetapi yang berniaga cucu saya, sekadar jual makanan dan minuman," kata pemilik gerai denagn wajah ceria. "Ha, itu cucu saya." Pemilik gerai menuding telunjuk ke arah seorang anak muda, tinggi berkulit cerah. Anak muda yang pada mulanya mahu terus pergi ke belakang gerai membatalkan rancangan bila menyedari kehadiran kami. Dia datang ke arah kami lalu bersalam dengan kami seorang demi seorang. Kemudian meneruskan perjalanan ke belakang gerai. "Dia yang berniaga digerai ini, saya suruh secara paksa. Kalau tidak diberikan tanggungjawab, dia boleh bercampur dengan budak-budak nakal," pemilik gerai membuka rahsia. "Satu tindakan yang bijak," datuk memuji. Setelah melabuhkan punggung dibangku panjang, perbualan semakin rancak. Abdul Jabbar dipanggil oleh penduduk sekitar samada tua atau muda dengan nama Pak Jabbar, warungnya sentiasa jadi tumpuan. "Saya ke sini sekadar membantu cucu, banyak masa saya habiskan disini. Warung sempit ini jadi tempat kawan-kawan sebaya saya berjumpa saya, bercerita dan berborak kisah-kisah muda dulu," cerita Pak Jabbar. Kami sambut dengan ketawa. "Terima kasih Jamal kerana kamu bawa orang Semenanjung ke warung buruk aku. Ini satu penghormatan yang tinggi, terima kasih Jamal." "Bukan saya pak, orang ini," ibu jari kanan Jamal menuding ke arah datuk. "Dia nak kenal denagn sisa-sisa pahlawan Betawi." "Oh, begitu, ini juga penghargaan untuk anak cucu si Pitung, Robinhood Betawi merampas harta benda Belanda yang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat miskin. Tanah Abang ni kebanyakkan penduduknya orang Betawi yang kuat berpegang pada agama," Pak Jabbar membetulkan duduknya sambil menatap wajah saya dan datuk silih berganti. Dan orang tua yang memiliki sepasang mata tajam itu memberitahu, dalam sejarahnya Tanah Abang memang kaya dengan para pendekar. Meskipun mereka kini sudah tiada, nama mereka tetap mengharum, dikenang dan dihormati oleh penduduk setempat. Tetapi, cerita Pak Jabbar sering terganggu kerana kedatangan beberapa kawan-kawan lamanya. Mereka datang sekadar memberi salam, bertanya khabar, kemudian meneruskan perjalanan. PANAS

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 5)(COMPLETE)Место, где живут истории. Откройте их для себя